Kelab Sukan Kebajikan dan Sosial

Kelab ini ditubuhkan di bawah Jabatan Kerja Raya, Larut Matang Dan Selama, Taiping dan Jurutera Daerah adalah ditetapkan sebagai Pengerusi kelab dan beberapa ahli jawatankuasa terdiri dari Naib Pengerusi, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa mesyuarat agung setiap tahun.

Beberapa Biro diujudkan di dalam kelab ini bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti kelab;

 

Antara Aktiviti-Aktiviti  Kelab:

Biro Kebajikan/Sosial Dan Gimnasium.

Mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W bertempat di Dewan JKR, Larut Matang Dan Selama, Taiping dengan penceramah undangan Ustaz Haji Zulkarnain Bin Hj.Ibrahim, pesara Pegawai Dakwah Pejabat Agama Ipoh.

Ceramah Nuzul Quran di Dewan JKR, dengan penceramah undangan Ustaz Zainordin Bin Hj.Abu Bakar, Imam Mesjid Taiping. Bersama Ketua Jabatan menguruskan Majlis Berbuka Puasa dengan kakitangan JKR Larut Matang Dan Selama, Taiping.  

Mengumpul pakaian-pakaian terpakai dari kakitangan JKR dan menyumbangkan kepada penduduk-penduduk Rancangan PPRT Pengkalan Aur.

Menganjurkan Majlis Fardhu Ain setiap petang Jumaat dua kali dalam tempoh sebulan mulai jam 3.00 petang, dengan penceramah Ustaz Ahmad Jilbas Moklis Bin Hj.Mokhtar dan Ustaz Zainordin Bin Abu Bakar.

Gimnasium Kelab Sukan

Satu ruang bilik tingkat bawah bangunan JKR telah disediakan dengan beberapa peralatan bersukan yang sesuai untuk digunakan oleh ahli-ahli kelab selepas waktu pejabat.

Biro Kebudayaan Dan Kesenian

Biro ini bergiat cergas dalam kumpulan kompang yang terdiri dari lapan hingga sepuluh orang pemain, dan sedia menerima undangan untuk majlis-majlis perkahwinan di sekitar bandar Taiping dan juga diluar daerah dengan bayaran yang berpatutan.

Banglo Permai View

Banglo ini terletak di Bukit Larut yang dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell, jarak perjalanan dari bandar Taiping ke kaki Bukit Larut adalah sejauh lebih kurang 3 kilometer.

Untuk menginap di Banglo Permai View perlulah membuat tempahan melalui Bhg.Pentadbiran Pejabat JKR Larut Matang Dan Selama, Taiping dengan kadar sewaan 6 orang pertama sebanyak RM 80.00 satu malam dan setiap tambahan satu orang RM 10.00 boleh memuatkan seramai 15 orang sahaja.

Kantin Kelab Sukan

Kantin ini diuruskan oleh pengusaha dengan kadar sewa yang telah ditetapkan dan menjalan kan perniagaan dari jam 7.00 pagi hingga jam 4.30 petang pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat dan sehingga jam 12.30 tengahari pada hari Sabtu. Kantin ini juga memberi kemudahan kepada kakitangan pejabat JKR dan pejabat-pejabat yang berhampiran untuk menikmati minuman pagi, tengahari dan petang, dan turut menyediakan jamuan untuk mesyuarat dan sebagainya.

Biro Hal Ehwal Wanita

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh biro ini khusus untuk ahli-ahli wanita sahaja. Antara aktiviti yang dijalankan:

Kelas Masakan, dengan berbagai-bagai jenis kueh dan juga lauk.

Ceramah                      -  Teknik menanam sayur cara haideroponik.

Gubahan                      -  Membuat bunga daripada straw.

Memotong Dan Menjahit Baju Kurung.

Majlis Hari Lahir           -  Meraikan hari lahir ahli wanita.

Senamrobik                 -  Untuk ahli wanita di Dewan JKR.

Mengurus Jamuan      -  Untuk aktiviti-aktiviti jabatan dan kelab sukan.

 

Karaoke

Satu ruang di Dewan JKR tingkat bawah bangunan JKR terdapat satu set peralatan karaoke untuk kemudahan ahli-ahli kelab menggunakannya selepas waktu pejabat, disamping melapangkan fikiran setelah penat bekerja seharian. Banyak lagu-lagu yang disediakan dalam bentuk kaset video untuk digunakan oleh ahli-ahli yang berbakat di dalam bidang nyanyian.

Biro Sukan Bola Sepak

Kelab ini terdapat kemudahan padang bola sepaknya sendiri yang terletak di kawasan perumahan JKR, Jalan Panglima, Assam Kumbang, Taiping bagi memudahkan ahli-ahli kelab menjalani latihan.

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

 

Biro Sukan Badminton

Kelab ini juga terdapat kemudahan gelanggang badminton di dalam worksyop JKR  yang terletak di Jalan Panglima, Assam Kumbang, Taiping bagi memudahkan ahli-ahli kelab menjalani latihan.

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

 

Biro Sukan Bola Tampar

Kelab ini juga terdapat kemudahan satu gelanggang Bola Tampar yang terletak di belakang rumah Tuan Jurutera Daerah, JKR,LM&S. Taiping bagi memudahkan ahli-ahli kelab menjalani latihan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

 

Biro Sukan Ping Pong

Kemudahan latihan disediakan di Dewan JKR dengan dua buah meja untuk permainan ping pong, untuk ahli-ahli menjalani latihan setiap petang selepas waktu pejabat.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

  

Biro Sukan Sepak Takraw

 

Kemudahan gelanggang disediakan sebanyak dua tempat iaitu Gelanggang Sepak Takraw di belakang rumah Tuan Jurutera Daerah, dan Gelanggang Sepak Takraw di Jalan Panglima, Assam Kumbang, untuk ahli-ahli kelab menjalani latihan.

  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

  Mengadakan pertandingan tertutup antara ahli kelab.

 

Biro Sukan Dewan

Berbagai jenis peralatan permainan sukan dewan telah disediakan oleh kelab ini seperti Carrom, Dart, Congkak, Dam, dan Catur bagi memudahkan ahli-ahli kelab.

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

Hosted by www.Geocities.ws

1