PENJAMINAN KUALITI

PENYELARASAN

4.0    PENYELARASAN

4.1    DEFINISI PENYELARASAN

          Penyelarasan adalah satu proses untuk memastikan keseragaman penskoran.

4.2    TEMPOH PELAKSANAAN

         Aktiviti Penyelarasan dijalankan sebelum, semasa, selepas pelaksanaan pentaksiran dan penilaian.

4.3    OBJEKTIF PENYELARASAN
  1. Menyelaras pengetahuan dan kefahaman pensyarah terhadap panduan penskoran.
  2. Memastiikan pensyarah memeriksa hasil kerja pelajar berdasarkan panduan penskoran
  3. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.
  4. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
  5. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua pelajar.
  6. Memastikan penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh pihak kolej
4.4    PERSONEL PENYELARASAN

         Penyelarasan dalaman dijalankan oleh:

4.5    PERANAN PERSONEL PENYELARASAN

        1. Mengadakan taklimat penyelarasan bagi memastikan pensyarah faham dengan panduan penskoran.
        2. Meningkatkan kompetensi pensyarah untuk memastikan pemeriksaan hasil kerja pelajar berdasarkan panduan penskoran.
        3. Menjalankan pemeriksaan rawak/ semak balas pada sepuluh sampel hasil kerja pelajar yang diperiksa oleh pensyarah bagi memastikan skor yang diberi menepati menepati keupayaan sebenar pelajar.

           * BORANG PENYELARASAN SKOR CALON – BPSC/PA

        4. Memastikan pensyarah menjalankan pemeriksaan semula sekiranya pemeriksaannya tidak menepati panduan penskoran dan keupayaan sebenar pelajar.
        5. Melakukan penyelarasan kedua dan ketiga sekiranya penyelarasan menunjukkan pemeriksaan pensyarah tidak menepati panduan penskoran.
        6. Memastikan pensyarah konsisten dalam pemberian skor.
        7. Mengesahkan skor pelajar bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor

          MUAT TURUN BAHAN PENYELARASAN