PENJAMINAN KUALITI

PENGESANAN

5.0    PENGESANAN (VETTING)

5.1    DEFINISI

         Pengesanan ialah satu proses untuk menilai instrumen pentaksiran.

5.2    TEMPOH PELAKSANAAN

         Aktiviti Pengesanan dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan PB dan PA.

5.3    OBJEKTIF PENGESANAN
  1. Memastikan instrumen pentaksiran menepati silibus
  2. Memastikan item yang dibina sesuai mengukur hasil pembelajaran kursus
  3. Memastikan item yang dibina menepati Assessment Specification Table (AST)
  4. Memastikan item yang dibina menepati tahap taksonomi dalam JSPB
  5. Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai
  6. Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi
  7. Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran
  8. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran
5.4    JENIS PENGESANAN

      i. Pengesanan Dalaman

         Pengesanan dalaman dilaksanakan oleh pihak kolej.

      ii. Pengesanan Luaran

          Pengesanan luaran dilaksanakan oleh pegawai/panel penasihat luar yang dilantik oleh Pengarah

5.5    PERSONEL PENGESANAN

         i.  Pengesanan dalaman dijalankan oleh mana-mana pensyarah yang dilantik oleh Ketua Program/Ketua Unit Akademik.

         ii.  Pengesanan luaran dijalankan oleh Panel Penasihat Luar yang dilantik oleh Pengarah.

5.6    PERANAN PERSONEL PENGESANAN

       1. Menyemak instrumen pentaksiran yang dihasilkan oleh pensyarah bagi memastikan:-

       2. Mengesahkan instrumen pentaksiran sekiranya menepati kriteria pentaksiran

       3. Membimbing pensyarah untuk membuat penambahbaikan sekiranya instrumen tidak menepati kriteria pentaksiran

          MUAT TURUN BAHAN PENGESANAN