PENJAMINAN KUALITI

PEMENTORAN

2.0 PEMENTORAN

2.1 DEFINISI PEMENTORAN

      Pementoran adalah proses menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan PdPc.

2.2 TEMPOH PELAKSANAAN PEMENTORAN

       Aktiviti pementoran dijalankan sepanjang tahun.

2.3 OBJEKTIF PEMENTORAN
  1. Memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur dan garis panduan kepada pensyarah.
  2. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan pensyarah.
  3. Membimbing dan membantu pensyarah menyelesaikan masalah.
  4. Meningkatkan profesionalisme dan kualiti kerja pensyarah.
2.4 JENIS PEMENTORAN
       i.  Formal

           Pementoran formal dijalankan secara terancang dan berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme pensyarah.

       ii.  Informal

            Pementoran informal dijalankan tanpa jadual yang ditetapkan.

2.5 PERSONEL PEMENTORAN

        Pementoran dalaman dijalankan oleh:-

2.6 PERANAN PERSONEL PEMENTORAN 
  1. Menetapkan tajuk, objektif, jadual dan kaedah pementoran.
  2. Menyediakan dokumen/ bahan rujukan pementoran.
  3. Menjalankan pementoran bagi tajuk yang ditetapkan.
Contoh Pertama:

Tajuk: Penghasilan Item Objektif

  1. Memberi pensyarah pengetahuan dan kefahaman mengenai prinsip pembinaaan item.
  2. Memberi contoh-contoh item objektif yang menetapi prinsip pembinaan item.
  3. Membimbing pensyarah menghasilkan item yang menepati prinsip pembinaan item.
  4. Menilai item yang dihasilkan oleh pensyarah.
Contoh Kedua:

Tajuk: Kefahaman Kehendak Tugasan

  1. Memberi pensyarah pengetahuan dan kefahaman tentang kehendak tugasan.
  2. Menjelaskan keperluan alat dan bahan bagi melaksanakan tugasan.
  3. Membimbing pensyarah dalam menyediakan jadual pelaksanaan tugasan.
  4. Membimbing pensyarah menyediakan senarai semak pelaksanaan tugasan.
  5. Memberi pensyarah pengetahuan dan kefahaman tentang peraturan pemarkahan dan bagaimana mentaksir hasil kerja pelajar dengan menepati peraturan pemarkahan.
  6. Menjalankan penilaian kefahaman pensyarah dengan menggunakan PKM 1

          MUAT TURUN BAHAN PEMENTORAN