Ke Laman Utama
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 4 April 1994 oleh pasangan suami isteri berjawatan Pengetua dan Guru.

 
Aktiviti Awalan
Menjalankan aktiviti perusahaan binaan, landskap, kimpalan dan memproses ayam. Semua ini diuruskan oleh ahli keluarga. Berikutnya tumpuan diberikan kepada perusahaan kimpalan dengan membuat khemah-khemah untuk disewa dan juga untuk dijual.

 
Perkembangan
Daripada membekalkan ayam, perusahaan ini berkembang menjadi membekalkan makanan dengan membuka sebuah kedai untuk sarapan pagi dan pada ketika ini secara tidak langsung menyediakan masakan untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian.

 
Aktiviti Utama
Menyewa berbagai jenis kanopi dengan segala jenis serta warna scallop untuk majlis perkahwinan. Sedia menerima hingga 10 tempahan dalam satu masa. Mempunyai tukang jahit berpengalaman yang dapat menyiapkan tempahan-tempahan scallop dalam masa yang singkat.
Next!!!
Hosted by www.Geocities.ws

1