Kumpulan Nasyid Jilul Quran Menempa Kewujudan Sejarahnya Sejak Januari 1998 Lagi. Semasa Itu Kumpulan Ini Masih Tidak Diserikan Dengan Nama Jilul Quran. Bilangan Ahlinya Pada Masa Itu Ialah 15 Orang Putera Dan 3 Menteri Penasihat Yang Sama-Sama Memerah Keringat Berjuang Memartabatkan Syiar Islam Melalui Penyampaian Berbentuk Lagu-Lagu Nasyid. Guru Pembimbing Pada Masa Itu Ialah Ustaz Abd. Rahman, Ustazah Mahya Ahmad Dan Ustazah Siti Zubaidah Awang Dan Ahli-Ahlinya Masih Lagi Diperingkat Awal Penglibatan. Kerana Itu Minat Terhadap Lagu-lagu Berbentuk Nasyid Di Kalangan Warga Smk Abdullah Munshi Masih Berkurangan. Tambahan Pula Alat-Alat Yang Ada Tidak Mampu Digunakan Untuk Memberikan Persembahan Yang Lebih Mantap Dan Bertenaga.

Segalanya Bermula Apabila Timbul Idea  Seorang Guru Agama Untuk Menubuhkan Sebuah Kumpulan Nasyid Tetap Di Smk Abdullah Munshi. Lantaran Itu Rombakan Telah Dibuat Terhadap Barisan Ahli Lama Untuk Mewujudkan Sebuah Kumpulan Yang Lebih Baik. Semua Barisan Ahli Baru Adalah Terdiri Daripada Kalangan Penghuni Asrama Memandangkan Tugas Untuk Memilih Ahli Baru Diletakkan Di Bahu Warden Asrama. Oleh Itu Penyanyi Utama Yang Lama Iaitu Saudara Sherilaida Aidarus Telah Menyatakan Hasrat Hatinya Untuk Meninggalkan Kumpulan Ini Walaupun Jiwanya Masih Menyintai Sahabat Seperjuangan, Ini Disebabkan Oleh Beliau Tidak Dapat Menetap Di Asrama Lagi.

Sempena Dengan Pemilihan Penyanyi Utama Yang Baru, Penyanyi Kedua Iaitu Saudara Khairul Suhada Awaludin Telah Menggantikan Tempat Penyanyi Utama.Bermula Dari Situ Kami Telah Berusaha Dari Hari Ke Hari Untuk Mempertingkatkan Lagi Mutu Persembahan Kami.Latihan Yang Kerap Kali Diadakan Telah Sedikit Sebanyak Membantu Kami Menghasilkan Paduan Suara Yang Lebih Harmoni.Kebetulan Pada Masa Tersebut Asrama Kami Telah Mengadakan Satu Pertandingan Nasyid Antara Dorm.

Jadi Untuk Mencuba Bakat Dan Keinginan Untuk Mengukur Sejauh Mana Kekuatan Kumpulan Kami Mengambil Bahagian.Alhamdulillah,Berkat Nikmat Yang Allah Kurniakan Kami Telah Berjaya Menjadi Johan Pertandingan. Lagu Yang Kami Bawakan Pada Masa Itu Ialah Lagu Malam Dan Salim Wa Salim Yang Dipopularkan Oleh Kumpulan Hijjaz. Selepas Kejayaan Inilah Kumpulan Ini Dikenali Sebagai Jilul Quran Yang Membawa Maksud Generasi Al Quran.

Secara Tidak Sedar Lagu Yang Kami Bawakan Itu Telah Meniggalkan Kesan Yang Mendalam Di Hati Para Pendengar. Lagu Malam Khususnya Telah Menjadi Siulan Di Kalangan Warga Smk Abdullah Munshi. Setelah Itu Kami Telah Dijemput Pula Untuk Mengadakan Persembahan Pada Hari Anugerah Kecemerlangan. Masalah Timbul Apabila Kebanyakan Ahli Terpaksa Menumpukan Perhatian Kepada Peperiksaan Pmr Yang Bakal Menjelma. Keadaan Ini Telah Menyebabkan Latihan Yang Kerap Tidak Dapat Diadakan . Pada Kali Pertama Sesi Pra-Dengar Oleh Pihak Pentadbir, Kami Telah Mendapt Kritikan Yang Hebat Namun Keadaan Berubah Apabila Kami Mula Memberi Perhatian Kepada Latihan. Lagu Yang Dibawakan Pada Masa Itu Ialah Lagu Bismillah Dendangan Raihan Dan Juga Lagumaulidur Rasul Ciptaan Kumpulan Rabbani.Kami Juga Mamasukkan Lagu Malam Sebagai Memperingati Keajaiban Yang Membawa Kami Kepada Tahap Ini. Selepas Latihan Demi Latihan Akhirnya Kami Telah Berjaya Menarik Perhatian Semua Hadirin .Ini Ditambahkan Lagi Dengan Pujian Pujian Yang Diberikan Oleh Hadirin Kehormat Kepada Kami Melalui Pihak Sekolah.

Sejak Itu Kami Mula Mendapat Peruntukan Kewangan Dari Banyak Pihak Terutamanya Daripada Pihak Persendirian Yang Mahu Melihat Usaha Penyebaran Dakwah Berbentuk Nasyid Diteruskan. Daripada Sumbangan Tersebut Kami Telah Berupaya Menempah Pakaian Khas Nasyid Dan Juga Membeli Peralatan Muzik Yang Lebih Baik. Sesungguhnya Itulah Keagungan Sifat Pemurah Allah Swt Kepada Hamba-Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Berusaha Untuk Memartabatkan Nama-Nya Di Muka Bumi

Tetapi Keadaan Dan Masa Mampu Mengubah Segalanya. Selepas Tamat Peperiksaan Pmr Kebanyakan Ahli Telah Berjaya Meneruskan Pengajian Mereka Di Institusi Pengajian Yang Lebih Baik. Walaupun Bilangan Ahli Yang Tinggal Masih Mampu Meneruskan Usaha Ini Namun Kata Sepakat Telah Diambil Untuk Memberi Peluang Kepada Pelapis Baru Bagi Meneruskannya. Walaupun Begitu Jilul Quran Tidak Hanya Tiggal Nama. Kami Telah Menggunakan Nama Jilul Quran Sebagai Nama Kumpulan Kami. Kami Juga Tetap Memenuhi Beberapa Jemputan Di Beberapa Tempat Yang Difikirkan Wajar Dipenuhi.

Jika Difikirkan Satu Persatu, Terlalu Banyak Pahit Dan Manis Telah Kami Tempuhi Bersama, Jika Hendak Diceritakan Segala Suka Dan Duka Sudah Pasti Ianya Tidak Akan Berkesudahan. Walaupun Barisan Ahli Telah Membawa Haluan Masing-Masing Harapan Kami Semoga Nama Jilul Quran Terus Tersemat Di Sanubari Setiap Ahli Kerana Apa Pun Yang Telah Berlaku Antara Kita Yang Pasti  Nama Jilul Quran Telah Banyak Meninggalkan Kenangan Pahit Manis Buat Kami Insyaallah

All In All Is All We Are

  Sekian Wassalam

INFORMASI TERKINI LAGENDA JILUL QURAN

Copyright © 1997-2001 Lagenda Jilul Quran, Inc. All rights reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1