Bab 1 PENGENALAN
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan
satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik
perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah
Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran
orang-orang Melayu umum �
pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih �
sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri
daripada
British, India, Australia
dan penduduk
Melayu dari
pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula
dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa
Perang Dunia II.


Lt. Jeneral
Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu
Sewaktu
antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.
Sebaik
sahaja Perang
Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union
dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300
hingga 500 kapal
terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal
tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun. |}