Bab 3 KRONOLOGI PENAKLUKAN JEPUN
Jepun mendarat di Pantai
Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan
pertempuran hebat antara tentera India British
dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan
ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu.
Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang
menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak
dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.
Lockheed Hudson Mk V
Pihak Jepun berjaya
menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke
arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa
perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya
menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang
mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur
menuju ke Kuantan, dan
satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom
Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan
Jepun pada 12
Disember 1941, dan
kemudiannya Alor Star
pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan
Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Pihak Jepun
telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai
bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama
lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi.
Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus
menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera British, Australia dan India, Pertempuran Tanah
Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.
Ketumbukan ke 5
tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang
Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941,
pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu
Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada
pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang
mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa
yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa
pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara
Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di
sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera
British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan
pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar
menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah
satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun
mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan
yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal,
kordinasi, taktik
dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam China. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal
terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan
mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal,
yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantari berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas
pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah
mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert
Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak
memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi
Matador dan Operasi Krohcol
sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut,
terdiri daripada kapal
tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips
telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun
mendorong kepada Penenggelaman
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941,
menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun
untuk meneruskan pendaratan mereka.
Sementara itu di
pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan
pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan
Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke
- 40 supaya menyerang bahagian timur jalan.. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke
kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal
akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi
menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.
Mejar Jeneral
Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke
Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran
tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke -
11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina
selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.
Kekalahan tentera
British dan India ini di Jitra
oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941
dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai
barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang
kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di
persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa
kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera
darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu,
ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember
1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya
menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan
meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke
Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Jitra jatuh ke dalam tangan
Jepun pada 12
Disember 1941, dan
kemudiannya Alor Star
pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan
Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Sementara itu Pulau
Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga
ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang
berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun.
Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu
sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan
mereka dari penduduk tempatan.
Pada 23 Disember
Major-General Murray-Lyon dari Division Infantari India ke-11 ditukarkan dari
bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan
daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara
rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan
kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar.
Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka
terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan
mereka.
Tentera Jepun mara
ke selatan dan menawan Ipoh
pada 26 Disember.
Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran
Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British
terpaksa berundur. Pada 7
Januari 1942, dua pasukan
Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun
laluan mudah ke Kuala
Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander
Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala
Lumpur. Ianya tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka
seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur
tanpa ditentang pada 11
Januari 1942. Pulau
Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.
Barisan pertahanan
British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur.
Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia diletakkan
pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka
bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen
Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali
dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Major-General Gordon
Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami
kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh (Tentera Imperial Australia) di Gemas. Pertempuran tersebut,
berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar
kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah
dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun
kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu
memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di
persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett
meletakkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi
mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun
yang mendarat dari laut dan Brigade tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
Pihak British
mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak
Jepun pada 17 Januari
1942 di selatan Muar.
Diketuai oleh AIF Liftenan-Kolonel Anderson, tentera India yang berundur disokong
oleh tentera Australia membentuak pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi
membenarkan sisa tentera Komenwelth berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu
mengelakkan dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun kekawasan selamat. Apabila Pasukan
Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia ditangan musuh, Anderson, dengan
jumlah yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan
diri masing-masing'. Mereka yang mampu melalui hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai
ke ibupejabat batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan
kesemua kecuali dua dari 135 disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong.
Leftenan-Kolenal Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur..
Di
sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Wavell memerintah
pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu
jatuh ke dalam tangan Jepun