Bab 2 KEBANGKITAN MEIJI (1868 - 1912)
Negara Jepun adalah sebuah negara yang moden yang pesat pada masa kini di rantau asia.
Walhal, negara Jepun tidak terelak daripada peperangan dunia kedua yang memberi kesan
kepada seluruh negara di dunia. Hasil pembacaan saya membongkar rahsia kejayaan negara
Jepun dengan melihat pencapaian-pencapaian di zaman pemerintahan Meiji yang lebih di
kenali sebagai Era Pemulihan Meiji (Meiji Restoration).

Maharaja Meiji Di Zaman Kegemilangannya.
Zaman pemerintahan
Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang
bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di
dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun
Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar
Meiji yang membawa maksud pemerintah yang menerima pencahayaan, struktur
pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur
dalam awal 30an dan penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak
tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat
Jepun Baru, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman
pemerintahan Meiji. Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting
seperti di bawah:
1.
Penghapusan
sistem feudalisme
2.
Pemodenan
angkatan tentera darat dan tentera laut
3.
Komunikasi
dan perhubungan
4.
Pendidikan
5.
Undang-undang
6.
Kesusasteraan
7.
Ideologi
dan agama
8.
Ekonomi
9.
Perindustrian
10. Dasar
kewangan dan fiskal
11.
Politik
12.
Media cetak
13.
Kebudayaan
2.1 Pemansuhan
Sistem Feudalisme
Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun.
2.2 Pemodenan
Angkatan Tentera Darat dan Laut
Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan
angkatan tentera darat dan laut. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan
daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem
kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang
berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di
pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar
oleh pegawai tentera asing.
2.3 Komunikasi
dan Perhubungan
Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin
telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi.
Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif
dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan
pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan
kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan
lagi sistem komunikasi di Jepun.
2.4 Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di
anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja
Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada
pelajar-pelajar di sekolah.
2.5 Undang
undang
Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.
2.6 Kesusasteraan
Bidang
kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari
barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya
William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah meningakatkan minat rakyat
Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara karya mereka yang telah di terjemah
kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Selain
itu, ada juga Pilgrims Progreess dan The Bible(Old Testament).
Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat pendidikan
dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan beliau, telah wujud bentuk
keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan telah di gunakan dengan
meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga,
masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik,
sosial, pendidikan dan sebagainya.
2.7 Ideologi
dan Agama
Peranan
ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan
semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di namakan Kokutai secara rasmi.
Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya
memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap
suci.
2.8 Ekonomi
Ekonomi
Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaj Jepun
percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme.
Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti
pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan
eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih
kurang 600,000.Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor
pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun
1870 1880. Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan
golongan di Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat,
semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini
telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada
golongan feudalisme.
2.9 Perindustrian
Dalam
bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilang
besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam industri
pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka.
2.10 Dasar
Kewangan dan Fiskal
Pemerintahan
Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai. Namun, setelah Kementerian
Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem
kewangan dari barat. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep
pengunaan wang kertas. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika
itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem
perbankan moden pula telah di serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat. Kerajaan
Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada
perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam
pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. Selain itu, banyak
wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam
proses menumpaskan pemberontakan samurai.
2.11 Politik
Perlembagaan
baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pada
tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan
kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan
kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini,
langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan
yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang
dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik.
2.12 Media
Cetak
Dari
segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada
keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping itu juga,
pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah
Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.
2.13 Kebudayaan
Dari
segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik,
seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui
dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik
pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak pring piring
hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal
ialah tarian ballroom. Di samping itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional
dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan.