BIODATA KU
NAMA ; JASPAL SINGH A/L NACHATAR SINGH.
UMUR ; 21 TAHUN
NO. KAD PENGENALAN ; 801108-07-5259
ASAL ; PULAU PINANG
AGAMA ; SIKH
E-MAIL ; [email protected]
Di sini saya ingin memberitahu serba sedikit mengenai latarbelakang pendidikan saya. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jelutong Barat dari tahun satu ke tahun enam. Selepas menduduki peperiksaan UPSR, saya ke Sekolah Menengah Jelutong dari tingkatan satu ke tingkatan lima.
Setelah mendapat keputusan SPM, saya di tawarkan untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Abdullah Munshi. Setelah dua tahun, dengan keputusan STPM saya memohon untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Malangnya saya gagal untuk memasuki mana-mana IPTA pada tahun tersebut (2000). Setelah itu saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di Kolej Teknologi Pulau di Balik Pulau yang menawarkan program berkembar dengan USM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (USM). Ketika belajar di sana saya memohon untuk kali kedua iaitu untuk sesi 2001/2002 dan berjaya di terima masuk dalam jurusan Perumahan Bangunan Dan Perancangan. Keputusan untuk meninggalkan kolej dan meneruskan pengajian di USM induk adalah amat susah untuk di buat, tetapi setelah meneliti pro dan kontra serta mendapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman saya memilih untuk berhenti dari kolej dan belajar di USM. (Universiti Sains Malaysia)

Sekarang setelah belajar untuk satu semester, rasanya saya telah membuat keputusan yang baik. Kursus HBP ini sememangnya sesuatu yang baru bagi saya dan merupakan pengalaman yang baru bagi diri saya. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan ini menambahkan minat saya untuk terus menceburi bidang ini. Saya bercita-cita untuk mengkhusus dalam bidang Q.S dan berharap harapan saya ini akan tercapai. Akhir sekali saya ingin berjaya dalam hidup dan memenuhi harapan kedua-dua ibubapa saya.