ARCHIDAY
Berikut telah saya buat sedikit rumusan mengenai perjalanan
"ARCHIDAY" yang dianjurkan oleh architecture club.
Para jemputan yang telah memberi ucapan adalah seperti berikut:-
1.)EN. WAN BURHANUDDIN
2.)PROFESOR MADYA DR. ABDUL MAJID ISMAIL
3.)EN. ABU HASSAN
4.)EN. OW
 
UCAPAN DARIPADA EN. WAN
petikan daripada ucapan En. Wan
- moto yang dipilih untuk "archidayy" ialah "Back To Malaya".Idea moto ini
tercetusnya daripada "Penang Declaration Of Architecture Millenium 3".
- "Back To Malaya " diambil seebagai pengideaan semula iaitu walaupun
perubahan berterusan telah berlaku dari satu generasi ke satu generasi
yang lain namun kita harus menerap unsur-unsur yang baik menerusi
kajian , seterusnya menghasilkan rekabentuk yang mesra alam, supaya
kesinambungan alam dapat berkekalan .
- jika dilihat dengan teliti majoriti kaampung-kampung di Malaysia pada
masa kini tidak sama seperti zaman dahulu. Saban hari sebanyak banyak
perubahan yang berlaku sehingga mewujudkan satu fenomena yang
dipanggil "Global Village"
- "Archiday" diadakan pada tahhun ini adalah untuk membuat satu
penelitian dan kajian tentang bangunan lama dan mencari nilai yang ada
untuk diterap kepada konsep masa kini.
- sebagai seorang khalifah Allah yang maana Allah telah memberi amanah
kepada kita untuk memakmurkan bumi.Kita semua , kita harus
berpegang kepada konsep 'mesra alam' dalam penghasilan sesuatu
benda, iaitu tidak menguasai alam tetapi menjadi sebahagian
daripadanya.
- ilmu itu adalah pekara yang sangat pennting dan perlu diberi keutamaan
dalam segala aspek penghasilan.
- unsur api atau cahaya seringkali digammbarkan sebagai ilmu seperti
mana yang dicatatkan dalam Ayat al-Quran .
- kita juga harus mengutamakan undang-unndang alam , iaitu bertindak
tanpa melebihi mengikut hawa nafsu dan ada batasannya.
- sebagai insan kita perlu memahami modeel penghasilan dan segala
aspek penghasilan adalah demi alam.
- ini merupakan syarat bagi survivor , ssesuatu yang menentang alam
tidak akan berkekalan dalam alam.
 
UCAPAN DARIPADA DEKAN (DR. ABDUL MAJID ISMAIL)
- sebagai khalifah di muka bumi ini kita harus sesuaikan diri dengan alam
tetapi bukan memusnahkannya supaya generasi akan datang dapat
menikmatinya.KIta tidak mahu generasi akan datang tidak berpeluang
untuk mengecap nikmat alam yang kita nikmati sekarang ini.
- dengan demikian barulah dapat mewujudkkan senibina yang mesra alam
yang tidak menyusahkan orang lain .
- jika kita dapat lihat sekarang ini bannyak perubahan berlaku dalam
kampus USM : banyak kawasan hijau dimusnahkan dan digantikan
dengan bangunan-bangunan moden , sesetengah spesis tumbuhan
dibawa dari Afrika dan ditanam di USM telahpun pupus, bangunan
bersejarah bercorak senibina kolonel dirobohkan kerana telah usang .
- bangunan seperti ini sebenarnya mempunnyai niali kajian yang begitu
tinggi untuk diterapkan ke dalam senibina tempatan .
- banyak arkitek hari ini lupa diri mereeka , lupa akan tugas mereka
sebagai seorang arkitek dan lupa juga pada asas senibina.
- mereka lupa asas senibina atau sengajaa lupa senibina tempatan.
- mereka banyak bergantung kepada kemajuuan teknologi dan mengikut
bulat-bulat teknologi pada bangunan barat tanpa mengkaji
kesesuaiannya .
- ada pula yang mementingkan keuntungan  dan kenaikan pangkat sahaja
.
- kita sebagai generasi baru dalam alam  senibina harus berubah sikap
sedemikian , dan wujudkan semula sikap yang positif :
bertanggungjawab
- program ini dijalankan dengan objektiff menambah ilmu dengan
menerapkan konsep senibina yang betul .
 
UCAPAN DARIPADA EN. ABU HASSAN
- jika dilihat pada keadaan sekarang ini kebanyakan rekabentuk
dihasilkan dalam masa yang singkat dan tergesa-gesa kerana semua
orang hendak bertindak cepat , ataupun seseorang arkitek
yang mempunyai idea dan kreativiti tetapi peruntukan yang ada tidak
mengizinkannya berbuat demikian .
- arkitek hari ini banyak perlu tunduk kkepada keperluan klien berasaskan
garis panduan Persatuan Arkitek Malaysia .
- kawalan arkitek secara umumnya : klienn , kos dan undang-undang kecil
.
- secara amnya , seseorang arkitek hanyaa menggunakan 10 % daripada
jumlah kerjanya dalam praktikal , 50% dalam kaedah mencari projek dan
yang lain pula menuntut bayaran daripada klien .
- kita harus peka terhadap sebarang peruubahan yang berlaku dalam alam
senibina .
- empat bidang yang perlu dititikberatkaan semasa kerja dijalankan :
kualiti kerja , teknologi yang sedia ada , masa untuk penyiapan kerja dan
maklumat untuk menjalankan kerja .
- Kualiti kerja yang ditunjukkan banyak  bergantung kepada misi ,
pemahaman IT dan maklumat yang dibekalkan .
- kita sebagai pelajar harus praktis bannyak dan mempunyai sikap positif
untuk belajar setiap masa .
- persediaan untuk menjadi seorang arkittek yang berjaya : pemahaman
tentang teknologi yang sedia ada , kekuatan untuk eksplotasi (
menjelajah ) , dan analisis serta praktis .
 
UCAPAN EN. OW
- jika dilihat kepada keadaan sebelum merdeka , corak bangunan di
Malaysia dikawal oleh arkitek British dan Jepun.	
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1