| >Paku Di Tiang ( Renungan
buat semua dan diri sendiri )
>>> >>>Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang >>>anak >>>lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan >>>suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan >>>nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, >>>puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya >>>amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan >>>seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. >>>Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni >>>terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku >>>akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali >>>kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. >>>Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan >>>kucabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia >>>janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang >>>tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. >>>Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. >>> Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut >>>tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang >>>yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan >>>paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan >>>tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek >>>kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan >>>dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu >>>dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan >>>noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik >>>itu,Mat >>>mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari >>>tiang. >>>Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak >>>lagi >>>paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang >>>melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, >>>semakin banyak kebaikan >>>yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga >>>akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. >>> Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah >>>anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. >>>Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik >>>melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula >>>menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan >>>tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada >>>yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku >>>itu >>>telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap >>>kekal >>>ditiang, bersama dengan karatnya." >>> Rakan yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang >>>seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit),kita >>>mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur >>>menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, >>>bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun >>>sedang >>>diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. >>>Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, makakita telah >>>membenamkan sebilahpaku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa >>>kita,meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. >>>Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum >>>dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut. >>> >>>Wassalam. >>> >>> Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, >>>ialah >>>orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka >>>sujud,tasbih >>>memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka >>>meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penuh >>>kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan) >>>sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. As-Sajdah ayat >>>15-16. |