Subject: [Dakwah] KITA SEMUA PASTI AKAN MATI!!!!
>
>Dgn NamaMu Ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
>Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW
>Assalamualaikum Warahmatullah  -- "TAKUTLAH KEPADA ALLAH">
>
>Ingatlah pada kematian setiap saat.
>
>BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
>
>Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
>"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan  masuklah satu 
kumpulan
>malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
>menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai 
kelutut.
>Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik 
roh 
>dari
>lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang 
lagi 
>satu
>kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
>sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang 
lagi
>satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga 
sampai ke
>kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
>
>Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
>"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail 
A.S.
>akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang 
nazak itu
>dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu 
>melihat
>syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. 
Ini
>adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus 
pandangannya
>kepada sayap Jibrail A.S.
>
>Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.  akan 
>menebarkan
>sayap disebelah kiri Maka orang yang  nazak tu dapat
>melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
>melihat orang disekelilinginya. Ini adalah  kerana terlalu takutnya 
apabila
>melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
>
>Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
>seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. 
Apabila
>malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut 
maka
>keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
>
>"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
>kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah 
S.W.T."
>
>Setelah malaikat maut mendengar penjelasan  itu, maka dia pun kembali 
>kepada
>Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang 
mukmin 
>itu.
>
>Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
>"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
>
>Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat 
maut
>pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah 
sedekah
>dari arah tangan orang mukmin itu,
>keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
>
>Maka berkata tangan:
>"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah 
>ini,tangan
>ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak 
yatim
>dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
>
>Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
>orang mukmin dari arah tangan  maka malaikat maut    cuba
>pula dari arah kaki.  Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan 
sebab
>kaki berkata:
>"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa 
berjalan
>berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
>dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
>
>Apabila gagal malaikat  maut,mencabut roh org mukmin dari arah 
kaki,maka
>malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
>menghampiri telinga maka  telinga pun  berkata:
>"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa 
mendengar
>bacaan Al-Quran dan zikir."
>
>Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata 
tetapi
>baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan 
>bagimu
>dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
>kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
>
>Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
>
>Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
>
>"Wahai  malaikatKu, tulis AsmaKu diitelapak tanganmu dan
>tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
>
>Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
>maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
>Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
>maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
>tenang.
>
>Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
>setelah ia keluardari jasad.  Maka berkata Abu Bakar R.A:
>"Roh itu  menuju ketujuh tempat:
>
>1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
>2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
>3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
>4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut 
kehendak
>mereka.
>5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi 
tidak
>dilangit sampai hari kiamat.
>6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak 
>misik.
>7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka 
diseksa
>berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
>
>Telah bersabda Rasullullah S.A.W :
>
>"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat 
pada
>hari mereka keluar dari kuburnya :
>
>1. Orang-orang yang mati syahid.
>2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
>3. Orang berpuasa di hari Arafah.
>
>Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.
>
>*Kalau rajin.....Tolong sebarkan kisah ini kepada  saudara Islam
>yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
>berkekalan bagi orang yang  Mengajarnya meskipun dia sudah mati
 
Hosted by www.Geocities.ws

1