Pengenalan Sains Selangor


Sekolah Menengah Sains Selangor ataupun SMSS yang terletak di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang telahpun ditubuhkan pada 1  Januari 1973. Panorama di dalamnya cukup indah sehinggakan boleh membuat hati anda terpaut padanya walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah projek untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan tetapi pada tahun 2000, projek ini telahpun dihentikan. Sekolah Menengah Sains Selangor adalah sebuah sekolah yang serba lengkap dengan kemudahan seperti 3 buah padang, pusat sumber berhawa dingin, bas, bengkel  dan sebagainya. Sains Selangor juga terkenal kerana kehebatan pelajar-pelajarnya dalam permainan ragbi. Antara panorama yang paling menarik di sini adalah tamannya yang indah dan kolam kura-kura.Untuk mengenali sekolah ini dengan lebih lanjut sila kunjungi laman rasminya di alamat http://smss.webjump.com.

Sumber: http://smss.webjump.com.


 

 
 

Alumni.Net - Bringing School Friends Together
Hosted by www.Geocities.ws

1