Assalamualaikum...

Semoga paparan ini dapat menjadi renungan kita
 bersama.

1. Takabbur

Takabur, membesarkan diri, Rasulullah s.a.w. ada bersabda dalam suatu hadith Qudsi, firman Allah yang sekira-kira bermaksud :"Kebesaran, ketinggian itu selendangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa yang cuba merebut (bersifat dengan) salah satu dari keduanya, Aku akan campakkan dia ke dalam nereka jahanam, Aku tidak peduli."  (HR : Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

Hadith ini bermakna bahawa ketinggian dan keagungan hakiki itu dua sifat yang hanya kepunyaan Allah SWT, tidak layak bagi selainNya. Orang yang membesarkan dirinya itu seolah-olah ia merebut sifat Allah, orang yang demikian sefatnya memang sesuai dilemparkan dia ke dalam neraka.

Nabi s.a.w. ada bersabda yang sekira-kira bermaksud:"Tidak masuk
 syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat
 timbangan biji sawi
 sifat takabbur (membesarkan diri).

Bagi mengelakkan diri dari sifat takabbur,
 hendaklah:

i. Mengingatkan bahawa segala kelebihan dan nikmat yang dimilikinya seperti harta, pangkat, ilmu dan sebagainya, semuanya adalah dari Allah dan nikmatNya yang wajib disyukuri, bukan untuk dimegahi.
ii. Jangan menolak kebenaran, kerana sesuatu yang benar itu dari Allah.
iii. Jangan melekeh / merendah-rendahkan orang lain, kerana sesuatu kekurangan yang ada padanya. Ini kerana yang sebenar-benar mulia ialah yang paling bertqwa.

Oleh kerana takabbur itu sifat hati yang tercela, maka lawannya iaitu sifat tawadhuk (tunduk hati / merendah diri terhadap kebesaran Allah) adalah kelakuan hati yang terpuji.

Nabi s.a.w. bersabda yang sekira-kira bermaksud :"Tiada seseorang itu bersifat tawadhuk kerana kebesaran Allah, melainkan Allah akan meninggikan (memertabatkanya)."  (HR : Muslim)

 2. Hasad Dengki

Hasad dengki, iaitu bercita-cita mahu supaya hilang nikmat dari orang lain. Nabi s.a.w. bersabda yang sekira-kira bermaksud :"Jangan dengki setengah kamu akan setengah, dan jangan memutuskan silaturrahim, dan jangan marah-memarahi sesama kamu (benci-membenci) dan jangan membelakangkan setengah kamu akan setengah pada ketika berjumpa, bahkan hendaklah kamu bersaudara wahai ham-hamba Allah."

Dan sabda Nabi s.a.w. lagi yang sekira-kira bermaksud :"Hasad dengki ini memakan kebajikan sebagaimana api memakan / membinasakan kayu api." (HR : Abu Daud)

3. Marah
Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w. katanya :"Perintahkan daku sesuatu pekerjaan dan mohon disedikitkan perintah itu." Maka Nabi s.a.w. bersabda yang sekira-kira bermaksud :"Jangan engkau marah."

Lelaki itu mengulangi lagi permintaanya, maka Rasulullah mengulangi lagi sabdanya yang sekira bermaksud :"Allah telah memuji orang yang dapat menahan marahnya sebagaimana firmanNya di dalam al-Quran (yang sekira-kira bermaksud) :"Orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafi kesalan orang lain…."  (HR : Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w yang sekira-kira bermaksud :"Sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia mahu bertindak ia boleh bertindak nescaya  dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan keimanan pada hari qiamat." (HR : Abu Daud)

4. Bakhil Dan Kasihkan Harta

Firman Allah SWT yang sekira-kira bermaksud "Sesiapa yang dipeliharakan Allah dirinya dari sifat kikir (bakhil) maka merekalah orang yang berjaya (mendapat kemenangan)." (At-Taghaabun : 16)

Nabi s.a.w. bersabda yang sekira-kira bermaksud  :"Hendaklah kamu menjauhi sifat bakhil kedekut, kerana sesungguhnya telah binasa orang- orang sebelum kamu disebabkan bakhil kedekut."

Dan sabda Nabi s.a.w lagi yang sekira-kiranya bererti :"Tiga perkara  menjadi sebab kebinasaan iaitu sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikuti, dan seseorang yang mengkagumi dirinya." (HR : At-Tibrani)

Ingatlah orang yang bakhil itu akan mendapat siksa Allah, dicela manusia di  dunia, harta tidak akan bersama ke dalam kubur, harta adalah kepunyaan Allah, diberika kepada manusia untuk kegunaan sebagai alat kemudahan, untuk dibelanjakan di jalan kebaikan, ianya dari tanah dan akan kembali ke tanah. Kalau seseorang itu bakhil kerana menyimpan harta dicadangkan untuk anaknya seolah-olah ia meninggalkan anaknya dalam kebaikan dan ia akan datang mengadap Allah dengan kejahatan. Ini adalah tindakan yang bodoh, ingatlah bahawa harta adalah alat yang mesti digunakan bagi mencapai keredhaan Allah.

5. Cintakan Kemegahan

Cintakan kemegahan adalah punca kebinasaan. Firman Allah SWT yang sekira-kiranya bermaksud :"Kebahagiaan di negeri akhirat itu Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak hendakkan ketinggian di muka bumi dan tidak mahukan berlakunya kerosakan, akibat yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Qasas : 83)

Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang akan mendapat kebahagian di akhirat ialah mereka yang suci hatinya daripada menghendaki dua perkara tersebut, dan termasuk di dalam "ketinggian"  itu ialah kemegahan.

Tidak menghendaki kemegahan bukan bermakna menolak segala jawatan dan dari menjadi pemerintah, yang dilarang ialah  bermegah-megah dengan  jawatan dan kuasa yang diberi kerana seseorang yang  diberi jawatan itu adalah memikul tangungjawab dan amanah dalam menyempurnakan tugas- tugas yang dipikul ke atasnya. Ia tidak ada kelebihan dari orang lain, masing-masing memikul tugas dan tangungjawab, yang paling baik ialah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya dengan jujur dan  ikhlas. Lihat Nabi Yusuf a.s. meminta supaya diberi jawatan menteri (pertanian / perbendaharaan). Negara menjadi makmur di masa ia memegang jawatan. Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, `Umar, `Uthman, Ali semuanya telah memegang jawatan kepala negara, apa yang menjadi hasrat dan cita-cita ialah menyempurnakan tangungjawab di dalam menuju keredhaan Allah SWT dengan tetap mematuhi dan melaksanakan titah perintah Allah.

 6. Cintakan Dunia

Dimaksudkan dengan dunia di sini ialah sesuatu yang tidak memberi manafaat selepas mati. Firman Allah SWT yang sekira-kira bermaksud :"Adapun orang-orang yang melanggar batas-batas hukum, dan mengutamakan kepentingan hidup dunia (dengan mengikut keinginan yang diharamkan) maka di neraka jahimlah tempat kediamanya. Adapun orang- orang yang takutkan kebesaran Allah lalu menahan diri dari mengikut kehendak hawa nafsunya (dengan selalu berada di dalam batas-batas ketaatan kepada hukum Allah dan RasulNya) maka di syurgalah tempat menetapnya."  (An-Naazi'aat : 37 – 41)

Sabda Nabi s.a.w. yang sekira-kira bermaksud :"Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan." (HR : Al-Baihaki)

Kehidupan dan kesenangan di dunia adalah sementara, manakala kehidupan dan kesengan di akhirat adalah kekal. Dunia merupaka tempat untuk berusaha bagi mencapai kebahagiaan di akhirat. "Dunia adalah ladang akhirat"

Keduniaan banyak daya penariknya, sesiapa yang lemah imanya akan terpikat dengan keindahannya lalu mencintainya. Maka lupalah dia  kepada Allah dan kepada akhirat yang kesemua orang akan kembali kepada Nya.

7. Mengkagumi Diri (`Ujub)

Iaitu menganggap dan merasakan dirinya lebih dari orang lain, seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadat dan sebagainya tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupakan yang ianya pemberian dari Allah kepadanya. Mengkagumi diri ini adalah punca takabur.

Sifat mengkagumi diri ini suatu kelakuan hati yang sangat berbahaya dan tercela, ia membinasakan pahala ibadat, dan menghilangkan pertolongan Allah. Firman Allah SWT yang sekira-kira  bermaksud :"Ingatlah peristiwa hari peperangan Hunain, yang mana kamu telah merasa bilangan kamu cukup ramai (lalu kamu memandang lekeh / gampang kepada kekuatan musuh hingga kamu dikalahkan), anggapan kamu itu tidak menolong kamu sedikitpun." (At-Taubah : 25)

Ibnu Mas'ud ada berkata :"Kebinasaan itu berpunca dari dua perkara iaitu i) putus asa dari rahmat dan kurnia Allah dan ii) merasakan diri lebih dari orang lain lalu memandang lekeh kepadanya (mengkagumi diri).

8. Ria'

Memperlihatkan amalan kepada manusia, sama ada
 bertujuan mahukan
 pangkat di dalam hati manusia, atau mahukan manafaat
 kedunian dengan
 amal ibadatnya seperti mahukan upah atau kepujian.
 Ria' adalah haram,
 dan dinamakan juga sebagai syirik kecil
 (tersembunyi). Firman Allah
 yang sekira-kira bermaksud :"Maka kecelakaanlah bagi
 ahli-ahli
 sembahyang yang mereka itu lali dari menyempurnakan
 sembahyangnya,
 iaitu merekayang ria'." (Al-Maa'uun : 4 – 6)

Sabda Nabi s.a.w yang sekira-kira bermaksud :"Bahawa
 sesuatu yang
 paling aku takuti berlaku atas kamu ialah syirik
 kecil iaitu ria',
 yang mana pada hari qiamat Allah akan berkata kepada
  orang-orang yang
 ria' semasa di dunia ketika Allah memberi balasan
 kepada mereka.
 Pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjukkan
 amalan kepadanya
 semasa di dunia, adakah kamu akan dapati apa-apa
 balasan di sisi
 mereka?" (HR : Ahmad)

Sebab-sebab yang boleh menimbulkan ria' ialah :

i) Suka dipuji.
ii) Takut dicela.
iii) Tamakkan harta.

Maka bagi menghilangkan ria', hendaklah dihilangkan
 sebab-sebanya.
 Hendaklah diingat bahawa suka dipuji, takut dicela
 dan tamakkan harta
 itu merupakan racun yang membinasakan pahala
 amalannya. Ingatlah
 bahawa Allah yang memberi ganjaran bukan manusia.

9. Loba Makanan / Lahap Makanan

Loba makanan adalah antara punca kejahatan kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan. Daripada perut juga lah terjadi keinginan faraj dan membawa loba harta. Dari inginkan harta membawa kepada inginkan kemegahan kerana dengan kemegahan senang mendapat harta. Dari situ terbit pula sifat ria', takabbur, dengki dan berseteru.

Sabda Nabi s.a.w. yang sekira-kira bermaksud :"Tiada memenuhkan manusia suatu bekas yang lebih berbahaya dari perutnya, adalah cukup bagi seseorang makan beberapa suap yang boleh membetulkan tulang belakangnya … maka jika tak dapat tidak makan bolehlah ditambah kadar sepertiga, bagi minumannya sepertiga dan sepertiga bagi pernafasan." (HR : Ahmad dan Tarmizi)

Tersebut dalam Asar yang membawa makna :"Antara kamu yang paling utama di sisi Allah ialah orang yang paling selalu berlapar (berpuasa) dan banyak berfikir. Dan di antara kamu yang paling dibenci Allah ialah setiap pemakan, banyak minum dan banyak tidur.

10. Banyak Bercakap / Loba Berkata-kata

Banyak bercakap itu suau sifat yang tercela. Bila banyak bercakap akan terkeluar dari mulutnya perkataan yang sia-sia. Perkataan sia- sia itu menyebabkan gelap hati, malahan membawa kepada mati hati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang sekira-kira bermaksud :"Tiada yang  menyebabkan manusia tersembam atas muka mereka ke dalam nereka melainkan dosa yang dihasilkan oleh lidah mereka." (HR : Tarmizi)

Dan sabda Nabi s.a.w. lagi yang sekira-kira bermaksud  :"siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap baik- baik, atau berdiam diri." (HR : Bukhari dan Muslim)

Dan sabdanya lagi yang sekira-kira bermaksud :"Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang di antara tempat misai dan janggutnya (mulut / lidah) dan apa yang di antara dua kakinya (kemaluan) nescaya aku jamin syurga untuknya." (HR : Bukhari)

Dan sabdanya lagi yang sekira-kira bermaksud :"Siapa yang banyak cakapnya, banyaklah tersalahnya, sesiapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya, maka sesiapa yang bayak dosanya, nerekalah tempat yang layak baginya." (HR : Abi Na'im)

Pada ketika kita hendak bercakap perkara yang sia-sia atau yang tidak berfaedah, hendaklah difikirkan bahawa jika kita menyebut nama Allah sama ada dengan berzikir, berselawat, beristighfar, bertahlil, bertahmid, bertaqdis, berdoa dan sebagainya galang ganti kepada perkataan yang tidak berfaedah itu. Kita akan mendapat fedah yang besar kerana berzikir itu adalah umpama sepotong emas, dan perkataan yang sia-sia itu ibarat seketul tanah yang keras. Maka adalah wajar bagi orang yang berakal mengambil ketul emas itu dan tingalkan tanah keras yang tidak berharga itu, ini jika perkataan sia-sia itu tidak berdosa. Maka sekiranya perkataan yang hendak dicakapkan itu mengandungi dosa, maka ianya adalah seumpama api. Apakah waras orang yang meninggal seketul emas lalu merebut api yang kelak membakar hangus akan dirinya sendiri?

Di antara kata-kata yang bedosa ialah : berdusta, mengumpat, berbantah-bantah, mengejek, menyenda-nyenda, berseloroh dengan kata- kata yang menimbulkan kemarahan dan dendam, dan memuji-muji yang menjadi punca kebinasaan kepada yang dipuji. Adapun yang tidak merosakkan ianya tidaklah terlarang begitu juga berseloroh, seperti pernah Nabi s.a.w. berseloroh kepada seorang perempuan tua katanya :"Tidak masuk syurga perempuan yang tua." Maksudnya akan dijadikan muda ketika masuk syurga.

Wassalam.

Hosted by www.Geocities.ws

1