| arjuna's puisi no1 | |||||||||||||
| bila sangsi menggamit | |||||||||||||
| bila sangsi menggamit, jangan menjelma, bila sangsi melambai, takut mampir tiba, bila sangsi memeluk, mati. |
|||||||||||||
| nukilan seorang kawan | |||||||||||||
| dipelabuhan waktu kolek di ikat, sireh pengasih seri di lipat, kaki melangkah kejap di pelantar, tangan melambai usah di hantar tiada ufti setinggi kenangan tiada budi setinggi kemanusian tiada upah setinggi kemesraan redha dihati satu penyeksaan insan datang dan pergi juga yang tinggal jasa,budi dan kenapa? yang keroh usah diwudhuk mandi yang jernih juga pembersih nurani terima kasih kerana kemudi akan bermudik ke muara hati |
|||||||||||||
| ipoh 1985 sajak ini saya buat khas untuk Dato Wan Mukhtar semasa saya di DBI. Di hidupkan kembali dan dideklamasi di perhimpunan bulanan JPBD terakhir Dato Wan Mukhtar pada 4hb jun 2003 |
|||||||||||||