KUALA LUMPUR, 9 Mei � Sistem pilihan raya perlu diperbaiki bagi membolehkan kerajaan dibentuk berdasarkan undi popular, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini. Lim menjelaskan walaupun Pakatan Rakyat (PR) memenangi undi popular sekitar 51 peratus dalam Pilihan Raya 2013, Barisan Nasional (BN) sebaliknya membentuk kerajaan dengan memenangi 60 peratus daripada 222 kereusi Parlimen yang dipertandingkan. �Kemenangan 51 peratus untuk undi popular, namun hanya 40 peratus kerusi Parlimen menyaksikan ketidak adilan pembaharuan politik yang menghormati �seorang satu undi; untuk menyelamatkan demokrasi,� kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. �Rakyat Malaysia yang mengundi majoritinya untuk PR berbanding BN akan melihat keputusan yang BN tewas undi popular menajdi kerajaan, sedangkan PR memiliki undi popular hilang kuasa memerintah. Ini hitam menjadi putih dan sebaliknya,� tambahnya. Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PR memenangi sejumlah 5.6 juta undi mengatasi BN, 5.2 juta undi dengan kelebihan 386,000 undi.