Penulisan dari saudara
Soldadua yang telah tersiar di e-group Bani-Hasyim di http://groups.yahoo.com/group/Bani-Hasyim/
Baca dan cuba anda fahami mesej beliau.
Izul 2002
From: "soldadua" <[email protected]>
Date: Mon Apr 8, 2002 10:14 pm
Subject: Imam Mahdi - Mengapa manusia berpaling darinya
(SEBARKAN DEMI KEBENARAN YANG HAQ)
Assalamualaikum wbt,
Dari Surah Al Baqarah
"Dan setelah
datang kepada mereka Al Qur'an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada
mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Rasul) untuk
mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka
apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka la'nat
Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu"
Seperti mana yang
berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW, umat Islam ketika itu berdoa memohon
diturunkan seorang Rasul untuk memberikan kemenangan bagi mereka, di dunia dan
akhirat. Kemudian mereka berpaling daripadanya kerana dia bukanlah orang yang
mereka sangka-sangka kan. Nabi Muhammad bukanlah seorang yang terpelajar, tidak
berguru, tidak reti membaca Al Quran dan bukanlah keturunan pemerintah ketika
itu. Mereka mahu orang yang terpelajar, orang yang ramai guru, golongan
cendikiawan Islam.
Tetapi mereka lupa
akan hakikat bahawa hanya keturunan Ibrahim saja yang boleh memegang kunci
Ka'abah ketika itu. Mengapa dan apakah rahsia di sebalik nya? Kita fikirkan
bersama.
Kemudian, 1400++
kemudian, sekali lagi umat Islam memohon untuk diturunkan seorang Rasul untuk
memberikan kemenangan kepada mereka. Dan sekali lagi Allah SWT telah menunaikan
permintaan hamba-hambanya. Sekali lagi juga manusia menolak kehadiran Al Mahdi,
atas sebab-sebab yang sama dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad
SAW.
Dan sekali lagi
manusia lupa bahawa hanya keturunan Ibrahim melalui Saidina Ali dan Siti
Fatimah saja yan boleh membuka kunci rahsia kepada Islam yang sebenarnya.
Itulah Bani Hasyim. Sejarah sedang berulang semula tetapi kebanyakkan manusia
tidak menyedarinya.
Tanda-tanda kerasulan Nabi Muhammad SAW terletak pada Kitab
Injil sebelum diturunkan Baginda kepada umat manusia. Begitu juga Al Mahdi yang
kisah nya juga WAJIB tercatit di dalam Al Quran sebelum turunnya Baginda.
Mengapa saya panggil Imam Mahdi Baginda? Kerana dia keturunan Raja-raja. Imam
seluruh umat manusia adalah keturunan Ibrahim. Imam adalah ketua yakni pemimpin
yakni pemerintah yakni junjungan. Tetapi manusia lupa.
Oleh kerana manusia
tidak memahami isi kandunga Al Quran, maka umat Islam kini adalah mereka yang
sebenarnya berpaling dari apa yang mereka pohonkan selama ini.
Sangkaan manusia Imam
Mahdi turun dari langit, sedangkan Nabi Muhammad sendiri dilahirkan. Jadi
adakah Imam Mahdi terbang dari langit atau dilahirkan sebagai manusia biasa
seperti kita juga? Kalau dia turun dari langit, mengapakah dia mempunyai musuh?
David Copperfield boleh terbang, adakah dia Al Mahdi? Kalau kamu berfikiran
keanak-anakan seperti mana ulamak-ulamak Islam kini, maka itulah Imam kamu. Itu
sebab lah mengapa bila kamu melihat perkara sedemikian berlaku, kamu kagum
orang itu, kamu kagum kehebatan nya, kamu kagum dengan ilmunya, dan itulah yang
kamu kehendaki. Boleh terbang atas gaung, boleh tembus tembok batu, boleh kena
potong dua tapi masih hidup dan segala kehebatan-kehebatan seterusnya......
Dajjal atau Al Mahdi
macam tu? Mari kita fikirkan bersama.
Dari Surah Al A'raaf yang bermaksud
"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan
dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku.
Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan
jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau
menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus
menempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka selalu lalai dari padanya"
Apakah rahsianya
apabila seorang hamba Allah bergelarkan Sunan Kalijogo menulis di Internet akan
Al Mahdi yang sebenarnya? Ketika umat Islam heboh bahawa Al Mahdi akan muncul
pada tahun 2000, manusia kelihatan kecewa bila perkara itu tidak berlaku.
Sedangkan pada tahun itulah Sunan Kalijogo mula-mula menulis id Internet
mengenai Al Mahdi.
( www.geocities.com/kalijogo_2000/index.html
)
Di situlah apa yang disebutkan sebagai "Kemunculan Al
Mahdi". Apabila dia muncul pun, manusia tidak sedar.
Dan pada waktu yang
sama, penulisan Sunan Kalijogo telah dikeluarkan di beberapa majalah di dalam
dan luar negeri tetapi di Malaysia sambutannya dingin sekali. Mengapa? Apakah
bezanya rakyat Malaysia dengan Orang Quraisy Mekah? Tidak ada bezanya kerana
umat Islam disini ego dengan gelaran "Negara Islam" "Negara
Islam Contoh" "Negara Islam Terbaik" dan seterusnya.
Yang Islamnya
hanyalah pada namanya saja. Sebagai contohnya, kamu ada pemimpin Islam di
negara ini tetapi mengapakah antara Islam sendiri berpecah? Bukankah Mahathir
Bin Mohamad itu seorang Islam? Mengapakah umat Islam sendiri menentang sesama
Islam? Bertelagah? Siapakah yang benar-benar hendak duduk membantu beliau
melaksanakan tugas beliau sebagai pemimpin di negara ini? Siapakah di antara
kamu yang benar-benar ikhlas dan tidak meminta apa-apa imbuhan? Ahli-ahli
politik dan ulamak-ulamak sekarang semua kotor bergelumang dengan kehidupan
mewah dan hidup di atas wang semata-mata. Bagaimanakah boleh seorang pemimpin
seperti PM bergerak bila yang disekelilingnya semuanya kotor-kotor belaka?
Apabila yang kelilingnya nampak kotor, maka dengan sendirinya PM sendiri nampak
kotor. Sedangkan itulah pemimpin kamu.
Maka siapakah hendak
membersihkan dia? Siapakah yang mampu? Itulah mengapa Allah menyuruh manusia
mencari AULIYA' sebagai pemimpin umat manusia. Dan bukanlah AULIYA' ini dari
jenis pemimpin-pemimpin yang zalim, zalim terhadap diri sendiri, keluarga,
rakyat, negara.
Janganlah kamu
orang-orang PAS tersenyum kerana menyangkakan kamu itu bersih sangat. Kalau kamu
kata kamu bersih sangat, mengapakah PAS menerima wang sebanyak RM 98 juta untuk
pilihanraya? Kalau tidak percaya, sila berjumpa dengan Timbalan Menteri Besar
Kelantan sendiri. Berapa ramai pula pemimpin PAS yang menerima sogokan untuk
meluluskan projek-projek? Berapa ramai pulakah pemimpin-pemimpin PAS dan
ulamak-ulamak (PAS maupun UMNO) yang mengarang kitab-kitab sendiri, dipindahkan
ayat-ayat Allah dari AL Quran ke buku mereka atau kaset mereka, lalu mereka
jual untuk keuntungan yang sedikit? INILAH ORANG-ORANG CELAKA LAKNAT !!!
(Sila rujuk AL
Baqarah)
(Sila rujuk www.geocities.com/izul_2002/)
Imam di masjid juga
menerima imbuhan. Susah yang hendak cari orang yang sanggup kerja secara
percuma macam Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW itu hamba Allah,
ulamak-ulamak sekarang ini hamba Wang. Nak harapkan ulamak memecahkan rahsia AL
Quran, nama AL Mahdi pun dia tak tau kat mana nak cari. Macam mana nak cari
sebab mata dah naik kotor atas perbuatan kedua tangan mereka sendiri.
Jadi bukankah masing-masing yang dikeliling PM itu semuanya
kotor? Baik penyokong maupun pembangkang. PM harapkan muka baru boleh membantu
beliau, tetapi lihatlah apa yang jadi. Baik MB Pahang maupun MB Selangor,
ingatkan muka baru ini bersih, rupa-rupanya dua kali lima jugak. Kalau angin
tidak bertiup, masa kan pokok bergoyang. Fikirkanlah. Jadi siapa lagi yang
boleh PM harapkan apabila yang lainnya sudah tenggelam dengan kehidupan duniawi
kerana terpengaruh dengan bisikan DAJJAL?
Yang saya lihat
bersih, cekap dan amanah hanyalah PM seorang saja. Dari mula dia memimpin
negara ini sehingga lah sekarang, dia cuba sedaya upaya dia untuk menaikkan
taraf kehidupan rakyat Malaysia. Dia dah kerja penat lelah, bertahun-tahun
lamanya, siang malam, adakah kamu mampu melaksanakan tugas seperti dia?
Kemudian bila dia binakan PutraJaya untuk rakyat Malaysia, dah orang tuduh
itulah mahligai beliau. Apakah minda masyarakat Malaysia ini dungu dan biol
sehingga tidak mampu melepasi batasan tersebut? Sampai bilakah Mahathir mampu
jadi PM? Sudah dia katakan bahawa itu semua adalah untuk masa hadapan. Tidak
kah kamu berfikir?
Maka masa hadapan apakah yang dia maksudkan? Masa siapakah
yang akan datang tidak lama lagi? Mengapakah Allah menggerakkan Mahathir untuk
membina PutraJaya, KLIA, infrastruktur besar-besaran, peningkatan perlabuhan
dan sebagainya?
Mari kita fikirkan
bersama.
Yang pastinya, Al
Mahdi turun dengan kisahnya tercatit di dalam Al Quran, nama beliau di dalam Al
Quran seperti mana nama Nabi Muhammad tertulis di dalam Injil. Dia akan
memberikan kemenangan kepada umat Islam di dunia ini, bukan kerana dia
berperang, tetapi kerana dia berbaik-baik. Namanya yang tercatit di dalam
kitab-kitab Injil, Hindu dan Buddha akan membawa umat manusia masuk ke dalam
Islam tanpa paksaan. Tetapi ini semua tidak dihiraukan oleh umat Islam sendiri.
Dari Surah Yunus yang bermaksud
"Mereka berkata:
"Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa yang kami
dapati nenek moyang kami mengerjakannya , dan supaya kamu berdua mempunyai
kekuasaan di muka bumi? kami tidak akan mempercayai kamu berdua."
Sedarlah wahai
manusia, kehadiran Imam Mahdi bukan setakat menyatukan umat manusia, tetapi
juga untuk membetulkan semula Islam yang sebenarnya sudah tersasar jauh dari
landasanya yang sebenar. Allah menjanjikan seorang Rasul pada manusia untuk
menunjukkan jalan kepada Nya. Itulah apa yang telah dilaksanakan oleh Baginda
Nabi Muhammad SAW yang kemudian mendapat tentangan yang hebat. Yang pastinya itulah
juga penentangan yang akan diterima oleh Baginda Al Mahdi. Mengapakah?
Jawapannya - Kerana
Manusia Tewas dengan Dajjal tanpa mereka sedari.
Sejarah sedang
berulang. Ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu supaya kamu mendapat petunjuk.
Hanya yang benar-benar bertakwa saja yang akan mendapat jalannya. Yang lain
akan berpaling. Adakah kamu salah seorang dari mereka? Fikirkanlah bersama.
Maka sebarkanlah
perkara ini, agar umat Islam mendapat pedoman di dalam pencarian mereka
terhadap Rasul Allah yang ditunggu-tunggu ini.
Wasallam Al Ikhlas.
SOLDADUA.