����������� JIHAD YANG SEBENAR NYA

Sejak kebelakangan ini, persoalan mengenai jihad amat kerap dibangkitkan. Terbaru ialah mengenai golongan militan Islam yang mahu menegakkan kerajaan Islam melalui jihad bersenjata. Perkara ini bukan baru malahan ianya impian ramai umat Islam di negara ini, iaitu jihad melalui jalan kekerasan, melalui pertumpahan darah. Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah oleh mu bahawa Jihad yang sebenarnya bukanlah melalui peperangan mahupun pertumpahan darah. Jihad yang sebenarnya ialah Perjalanan Membetulkan Diri Sendiri. Firman Allah di dalam Surah Al �Ankabuut yang bermaksud

�Dan barangsiapa yang berjihad, makasesungguhnyajihadnyaituadalah untukdirinyasendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam�

Sebagai seorang Islam yang memegang kepada rukun Iman, mengapakah tidak kita rujuk Al Quran sebagai pedoman? Perlaksanaan sesuatu jihad tanpa pedoman mampu menyesatkan. Maka siapakah di antara kita yang mampu menentukan Jihad yang sebenar-benarnya? Maka sekali lagi, mengapakah tidak kita rujuk Al Quran, yang terang lagi menerangi? Firman Allah di dalam Surah Al Hajj yang bermaksud

�Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong�

Apakah perkara yang dinyatakan di ayat di atas yang ramai tidak mengambil iktibar? Siapakah Rasul yang menjadi saksi ke atas diri saudara-saudara?


JIHAD YANG BERSALAHAN

Sedarlah wahai saudara-saudaraku bahawa perjalanan jihad kamu adalah melalui jalan peperangan. Peperangan yang bagaimanakah yang hendak kamu laksanakan? Adakah melalui pertumpahan darah dengan saudara seugama atau dengan mereka-mereka yang bukan menganuti Islam? Mengapakah ini yang dikatakan sebagai jalan jihad?

Ianya adalah kerana masing-masing hendak menegakkan ugama atau perjalanan masing-masing. Masing-masing bertindak untuk mencari kebenaran. Masing-masing mengaku bahawa mereka lah yang benar, mereka lah yang mengetahui yang sebenarnya padahal masing-masing sebenarnya meraba-raba di dalam kegelapan.

Sanggupkah seorang Islam membunuh seorang Islam yang lain sedangkan mereka mendoakan kesejahteraan seluruh muslimin dan muslimah? Mampukah kamu menjawab kepada anak isteri mereka sekiranya suaminya terbunuh atas hasil usaha tangan kamu sendiri? Mampukah kamu menjawab kepada seluruh muslimin dan muslimah mengapakah kamu membunuh seorang Islam yang mendoakan kamu, kedua-dua ibubapa kamu, keluarga kamu?

RAHSIA SEGALA UGAMA

Sebenarnya, bukanlah untuk Islam memusuhi antara satu dengan yang lain. Bukanlah untuk Islam memusuhi ugama lain. Bukanlah untuk Hindu, Kristian, Buddha memusuhi Islam atau antara satu dengan yang lain. Ketahuilah bahawa segala ugama adalah direstui oleh Allah SWT dan masing-masing akan mempunyai bahagian masing-masing di akhirat kelak. Firman Allah pada Surah Al Maa-idah yang bermaksud

�Sesungguhnya orang-orang mu'min, orang-orang Yahudi, Shabiin dan orang-orang Nasrani, siapa saja (diantara mereka) yang benar-benar saleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.�

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa kita semuanya adalah hamba Allah juga, tidak kira ugama mana sekalipun yang anuti. Setiap ugama mempunyai matlamat yang sama iaitu mencari kebaikan dan kebenaran masing-masing. Hanya apabila tiba satu ketika kelak, segala rahsia agama-agama akan dihuraikan, baik Islam, Hindu, Kristian, Nasrani, Buddha sekalipun. Tetapi yang boleh menceritakan balik perkara ini ialah seorang manusia yang berugama Islam yang mengetahui sejarah yang sebenarnya. Hanya Islam sahaja yang mengetahui rahsia agama Nasrani, dan juga Hindu dan Buddha dan seterusnya.


MENCARI PERJALANAN YANG SEBENAR

Tidak kurang dari yang berugama Islam yang telah mencapai tahap makrifat. Seperti mana ugama-ugama lain juga, golongan-golongan makrifat dari Hindu, Buddha, Nasrani juga tidak kurang jumlahnya. Perkara ini banyak dinafikan oleh ramai golongan terpelajar Islam, atau yang digelarkan sebagai cendikiawan Islam mahupun ulamak-ulamak. Ini adalah kerana sebenarnya pengajian masing-masing yang tidak sampai ke arah tujuan nya yang sebenar, lalu tidak dijumpai mereka jalan ke arah mencapai makrifat.

Tetapi umat Islam sendiri lebih menekankan makrifat ke arah pengamal perubatan atau yang digelar sebagai pawang atau bomoh kerana mereka mempunyai kelebihan untuk berhubung dengan alam ghaib. Tidak kurang juga sebilangan ulamak-ulamak yang mencapai makrifat dan menggunakan kelebihan ini pula untuk mengubati sakit manusia. Adakah perkara ini yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW kepada umat Nya? Adakah kelebihan makrifat ini digunakan untuk bidang perubatan atau sebenarnya untuk mencari jalan kebaikan dan kebenaran? Mengapakah makrifat kini disalah gunakan? Mengapakah makrifat dianggap penipuan dari sebahagian umat manusia dan sebahagian lain menerimanya sedangkan Baginda Rasulullah telah menunjukkan pada manusia akan kelebihan Baginda berhubung dengan alam ghaib. Begitu juga dengan para-para sahabat terutamanya Saidina Ali KW.

Di sinilah pentingnya atau apa yang disebut sebagai kelebihan mereka yang makrifat, iaitu mampu melihat kebenaran. Seperti mana bapa saudara Siti Khadijah yang berugama Nasrani yang telah mengatakan bahawa Baginda lah Nabi Muhammad. Inilah sejarah yang telah ditunjukkan kepada manusia, tetapi tidak kita ambil sebagai iktibar. Sebenarnya, masing-masing mencari yang benar, mencari pemimpin yang satu. Apabila pemimpin ini diketahui oleh semua ugama , maka dia akan boleh menyatukan semua ugama. Baik ulamak Nasrani, Hindu dan Buddha sekalipun apabila rahsianya dibuka, maka denga sendirinya mereka akan berbalik semula pada Islam dan akan mengikuti jalan Islam yang sebenarnya. Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Al Quran pada Surah Al Nashr yang bermaksud

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong

Tidakkah saudara-saudara memikirkan perkara ini? Maka siapakah yang mampu menyatukan seluruh umat di bawah satu naungan?

RAHSIA JIHAD

Pandangan umum masyarakat Islam di waktu ini mengenai penganut ugama selain Islam ialah mereka inilah yang dikatakan sebagai orang kafir. Padahal itu bukanlah perkara yang sebenarnya. Sekiranya mereka inilah golongan kafir, maka mengapakah Allah SWT merestui ugama mereka malahan memberi jaminan kepada mereka akan balasan baik bagi mereka yang beriman kepada ugama mereka?

Dan adakah saudara-saudara sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah salah seorang yang sedang melaksanakan tugas menyatukan umat-umat di negara ini yang terdiri daripada berbilang bangsa dan ugama? Mengapakah penganut Kristian dibebaskan dengan cara kristian, sepertimana penganut Buddha bebas dengan cara mereka, begitu juga Hindu yang bebas melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penganut Hindu?

Tidakkah saudara-saudara sedar bahawa penyatuan umat inilah yang dituntut oleh Islam? Adakah saudara benar-benar beriman kepada Al Quran dan menyaksikan perkara yang disampaikan dengan penuh keimanan? Firman Allah dalam Surah Al Maa-idah yang bermaksud

�Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu".

Adakah saudara-saudara mampu mengatakan bahawa saudara-saudara lah orang yang berugama? Atau saudara lah orang-orang yang beriman? Padahal di dalam jiwa kamu penuh dengan perasaan benci terhadap ugama lain, benci terhadap penganut ugama bukan Islam, benci kepada orang Islam yang tidak menurut kehendak kamu? Dan saudara bukanlah orang yang mahu menegakkan apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW, tetapi mencipta peribadi kamu sendiri, dan kemudian lahirlah pula kepercayaan kamu sendiri yang kamu gelarkan sebagai Islam, dan akhirnya wujud lah satu perjuangan yang saudara-saudara gelarkan sebagai jihad, sedangkan ianya sebenarnya sudah lari dari tujuan asal.

Sedang Perdana Menteri Malaysia berusaha dengan penuh gigih untuk menyatukan umat di negara ini, di berikan hari-hari perayaan untuk penganut mereka sambut, dibebaskan mereka mengamalkan kepercayaan mereka. Bagaimanakah pula jihad beliau kepada semua bangsa jika dibandingkan dengan puak-puak militan yang mahu berperang? Tidakkah saudara-saudara faham bagaimanakah susahnya Perdana Menteri kita melaksanakan jihad beliau? Dan ketahuilah wahai saudara-saudara ku, bahawa inilah apa yang dikatakan sebenar-benarnya Jihad, iaitu perjuangan untuk menyatukan tanpa sebarang pertumpahan darah, tanpa peperangan. Tidakkah saudara-saudara bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa seperti beliau? Tidakkah saudara-saudara nampak, bahawa antara empat orang Perdana Menteri, hanya Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sahaja yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat? Bagaimanakah kewibawaan beliau di dalam menyatukan umat di seluruh negara ini di bawah satu naungan? Tidakkah kamu ahli-ahli jihad memerhatikan nya? Bukankah dialah orang yang benar berwibawa untuk menyatukan umat?

Adalah benar, bahawa walaupun Perdana Menteri Malaysia cuba untuk menyatukan umat, namun usaha beliau untuk menyatukan umat masih belum berjaya sepenuhnya. Kita walaubagaimanapun, sebagai hamba Allah bersyukur kerana dia lah salah seorang yang berwibawa untuk mengamankan negara ini. Kemungkinan sekiranya Allah mengkehendaki kepada beliau, maka Perdana Menteri akan dapat mententeramkan segala agama di negara ini. Tidakkah kamu bersyukur kepada Allah SWT? Setelah Perdana Menteri melaksanakan tugasnya bersungguh-sungguh, dengan penuh dugaan, dengan segala payah untuk bertanggungjawab ke atas empat ugama terbesar di negara ini dari segala sudut, mungkin tidak cukup rehat, mungkin juga tidak cukup tidur, adakah saudara juga sanggup bertanggung jawab seperti beliau?

Di sini timbul persoalan, mengapakah para-para ulamak tidak sedar akan jihad yang Perdana Menteri Malaysia laksanakan? Baik ulamak UMNO, PAS, ADIL tidak menyedari akan hakikat perjuangan Perdana Menteri kamu sendiri, sedangkan saban hari dia menerima tohmahan dari pelbagai lapisan masyarakat akan kejahilan beliau tentang Islam. Sedangkan adakah kamu terfikir bahawa mungkin dia yang tahu akan rahsia nya? Sekiranya saudara benar-benar mahu melaksanakan perjalanan jihad, maka laksanakan lah jihad saudara sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Pernada Menteri kita. Bantulah beliau untuk menyatukan umat masyarakat tidak kira ugama, bangsa maupun warna kulit. Carilah jalan jihad yang sebenarnya ini.

Tetapi mengapakah kini rahsia jihad Perdana Menteri dibuka, sedang beliau sendiri sebenarnya tidak tahu bahawa apa yang dia laksanakan itulah Jihad? Siapakah yang tahu rahsia perjuangan jihad Perdana Menteri sehingga mampu untuk dibukakan di khalayak ramai?


PEWARIS NABI

Sudah berzaman umat Islam ditanamkan kefahaman bahawa ulamak adalah pewaris nabi. Ulamak bagaimanakah yang dikatakan sebagai pewaris nabi sedangkan ketika sebelum wafatnya Nabi Muhammad, Baginda telah memberitahu kepada para sahabat bahawa yang paling ditakutinya ialah ulamak yang memesongkan. Siapakah antara ulamak yang memesongkan?

Di antaranya mereka adalah ulamak yang tidak mahu menyatukan umat, ulamak yang membezakan antara umat Islam, ulamak yang mengatakan jihad adalah menentang orang yang berugama, ulamak yang tidak menyampaikan apa yang telah disampaikan melalui Al Kitab, ulamak yang berbohong dan berbagai lagi karenah ulamak yang tidak dilihat sebagai salah atas kerana kedudukan mereka. Dan antara yang paling menyedihkan apabila ulamak-ulamak menjual kan ayat-ayat Allah untuk mendapat keuntungan daripadanya. Apakah yang telah Allah Firmankan di dalam surah Al Baqarah? Mengapakah orang yang menjualkan ayat-ayat Allah untuk upah wang yang sedikit ini lah orang yang celaka dan dilaknati Allah?

Berapa ramaikah di antara ulamak-ulamak kini yang melakukan ini? Berapa ramaikah ulamak yang mengarang kitab, mengeluarkan kaset, berceramah, mengajar murid, mengubati orang dan seandainya, dan menerima upah di atas kerja yang telah mereka laksanakan ini?Mengapakah ulamak-ulamak ini dipandang tinggi oleh masyarakt sedangkan Allah tidak memandang lansung kepada mereka? Bukankah itu pokok isinya Firman Allah itu? Oleh kerana ulamak tidak tahu memegang amanah lah, maka akhirnya rahsia ini dibukakan kepada khalayak ramai.

Dan sehinggalah tiba waktu nya seorang hamba Allah yang bergelar Sunan Kalijogo mengeluarkan kisah di laman internet di http://www.geocities.com/kalijogo_2000/

Di dalam siri-siri internet beliau, Sunan Kalijogo lah yang telah menghuraikan segala rahsia yang selama ini tertutup bagi umat manusia.Memang benar sekiranya dikatakan saya telah menceduk penulisan Sunan Kalijogo, tetapi bukan untuk mencari nama, tetapi untuk menyampaikan kebenaran.

SUNAN KALIJOGO

Sunan Kalijogo adalah salah seorang ahli jihad yang terkenal di Tanah Jawa. Beliaulah juga seorang Wali malah diangkat ke martabat Penghlu segala Wali di antara wali-wali di Tanah Jawa atau lebih dikenali sebagai Wali Songo. Di dalam Siri Internet, beliau telah menyatakan akan lahirnya seorang insan yang bergelar Raja Adil atau Satrio Peninggit oleh masyarakat Jawa. Tetapi di negara kita ini, gelaran beliau sebagai Al Mahdi adalah lebih dikenali. Mungkin ramai yang sukar menerima kisah yang disampaikan oleh Sunan Kalijogo, tetapi sedar atau tidak saudara bahawa tidak ada seorang manusia yang mampu menghuraikan isi kandungan Al Quran sepertimana yang telah Sunan Kalijogo lakukan?

Beliau telah menyatakan bahawa Raja Adil, Satrio Peninggit, Imam Mahdi hanyalah gelaran bagi insan yang dicari-cari oleh manusia. Bukan setakat Islam, malahan Kristian, Hindu serta Buddha juga mencari orang yang sama. Di sini lah Sunan Kalijogo telah membuka satu rahsia yang tidak pernah manusia di zaman ini dengar sebelum ini, iaitu nama nya Al Mahdi. Ramai ulamak yang berpendapat bahawa Al Mahdi hanyalah satu kisah dongengan yang tidak wujud di dalam Al Quran. Pendapat mereka ini benar, kerana mereka tidak memahami Al Quran. Maka oleh itu, janganlah dipersalahkan mereka yang mengatakan bahawa Al Mahdi tidak tertulis di dalam Al Quran. Di dalam Taurat, kisah Nabi Allah Isa AS telah tertulis, di dalam Injil pula kisah Baginda Nabi Muhammad SAW pula telah diturunkan dan apakah pula rahsia yang diceritakan di dalam Al Quran?

Sunan Kalijogo telah membawa pembaca untuk merujuk dua kisah di dalam Al Quran iaitu di dalam Juzuk 29. Pertama, mengenai Kerajaan Allah Ta�ala dan yang kedua mengenai Orang Yang Berselimut. Di sini Sunan Kalijogo telah menyatakan bahawa Al Mahdi yang selama ini bersembunyi dari pandangan manusia sebenarnya telah diperkenalkan melalui Al Quran pada Surah Al Muzammil. Beliaulah yang dikatakan sebagai orang yang berselimut, selagi tidak dibukakan selimutnya, selagi itulah manusia tidak akan mengetahui rahsianya. Tetapi ulamak-ulamak ramai menolak kisah ini dan menganggap bahawa Sunan Kalijogo telah menafsirkan Al Quran dari segi ilmu pelajaran beliau. Tetapi di sinilah penting nya ahli makrifat untuk membenarkan apa yang telah dinyatakan oleh Sunan Kalijogo.

Dan ketahuilah nama Al Mahdi yang disebutkan di dalam Al Quran itulah Rohbul Masyrik yakni Raja Masyrik.

Bagi yang makrifat, saksikanlah sendiri sama ada benar atau tidak bahawasanya Rohbul Masyrik lah memerintah, dan Kerajaan Nya lah Kerajaan Allah Ta�ala. Mengapakah orang yang sama juga dikatakan memerintah di alam ghaib, dari Timur sampai Barat. Di sini juga perhubungan di antara Injil danAl Quran telah disambung oleh Sunan Kalijogo dengan menyatakan bahawa Rohbul Masyrik lah yang telah dinyatakan di dalam kedua-dua kitab sebagai pemimpin manusia di penghujung zaman.

Dari Injil Yesaya yang bermaksud �43:5 Janganlah engkau takut, karena Aku adalah sertamu; dari pada Masyrik akan Kudatangkan anak cucumu dan dari pada Maghrib akan Kuhimpunkan dikau.�

Dan Dari Al Quran Surah Al Muzammil �Dia lah Raja (Tuhan) Masyrik dan Maghrib, Tiada Tuhan Melainkan Dia, Maka Ambillah Dia Sebagai Wakil Untuk DiSerahkan Segala Urusan.�

Dan mengapakah di dalam Injil juga menyatakan bahawa segala-galanya akan diserahkan kepada Bani Masyrik pada penghujung kisah? Rujuklah kepada ulamak Kristian yang sampai makrifat untuk menghuraikan kepada mu. Dan mungkin di antara ulamak Islam sendiri menolak bahawa nama orang yang dicari-cari ini tertulis di dalam kedua kitab ini. Sedangkan di dalam Al Quran jelas bahawa

Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka

Maka siapakah di antara kamu yang akan menafikan Firman Allah ini?

Beginilah kamu, kamu ini (sewajarnya) bantah membantah tentang hal yang kamu ketahui, maka kenapa kamu bantah membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui?; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.� Dari Surah Ali Imran.

Pernahkah saudara fikirkan ayat ini?


SIAPAKAH ORANG YANG BERSELIMUT

Kini setelah Sunan Kalijogo mengenalkan kita kepada namanya Al Mahdi, maka kini tibalah kita kepada persoalan siapakah dia? Dan mengapakah dia? Di dalam masyarakat Islam, apabila kisah seperti ini disampaikan, maka akan wujud dua jenis golongan iaitu Golongan kiri danGolongan kanan. Setiap satu daripada golongan ini membawa kepercayaan masing-masing. Golongan kiri, adalah golongan yang menolak sama sekali. Yakni orang-orang yang tidak menyakini bahawa adanya utusan Allah atau Rasul Allah pada zaman ini. Mereka-mereka inilah orang yang menolak Firman Allah pada Surah Al Hujuraat yang bermaksud

�Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasul Allah�

Manakala golongan kanan pula adalah mereka yang menerima petunjuk dari Allah dan beriman kepada hari akhirat. Tetapi yang menyedihkan, jumlah manusia pada golongan kanan ini jumlah nya kecil dibandingkan dengan golongan kiri kerana terlalu sedikit yang benar-benar beriman kepada Al Quran. Tidakkah manusia terfikir bahawa Allah sentiasa memberi wahyu kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Ramai yang mengaku menerima wahyu malahan ada pula yang mengaku mampu berkata-kata dengan Allah, padahal wahyu ini disampaikan tidak lain hanyalah melalui malaikat. Lupakah kita pada Surah 42 yang bermaksud

�Dan tidak mungkinbagiseorangmanusiapunbahwaAllah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya denganseizin-Nya apa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.�

Dan bagi mereka yang benar-benar mengkaji isi kandungan Al Quran, maka pastilah mereka tahu bahawa Malaikat Jibrail lah yang akan muncul sebagai seorang lelaki bercahaya-cahaya ketika menyampaikan wahyu. Dan Allah juga ber Firman pada Surah Yunus,

�Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka�

Maka jelas bahawa, pada satu-satu waktu, hanya seorang sahaja yang menerima wahyu. Oleh kerana itu, seorang Rasul pastilah orang yang menerima wahyu dan orang yang boleh menceritakan kepada manusia rahsia yang terkandung di dalam Al Quran. Namun fakta ini semuanya sudah diketepikan oleh manusia, kerana sekarang ini zaman sains dan teknologi, yakni zaman akal dan bukan lagi zaman wahyu maupun petunjuk. Kemunculan seorang Rasul pula tidak lengkap sekiranya dia turun tanpa bukti yang nyata. Ini lah mengapa Sunan Kalijogo menerangkan mengenai Kerajaan Allah Ta�ala. Sebelum ini ulamak mana sekalipun tidak dapat menghuraikan mengenai kisah ini, lebih-lebih lagi tentang Panji Kerajaan Nya. Sunan Kalijogo juga turut melibatkan ahli-ahli makrifat untuk memastikan sama ada apa yang beliau sampaikan itu benar atau tidak. Bagi ahli-ahli makrifat yang mencapai tahap Makrifatullah, ianya tidak menjadi persoalan kerana memang benar Kerajaan Allah Ta�ala lah yang berkuasa malahan Rasul yang dicari-cari manusia itu memerintah di alam ghaib ketika ini dan akan memerintah alam nyata pada satu waktu nanti. Bagi kebanyakkan umat Islam, ini adalah cerita dongeng sedangkan bagi yang makrifat pula tahu bahawa Panji Kerajaan Allah Ta�ala sudah pun berkibar di serata alam ghaib sehingga di beberapa tempat di alam nyata ini. Oleh kerana itulah maka Sunan Kalijogo menyarankan para pembaca untuk menemui Priyai Abdullah Qossim. Priyai adalah salah seorang Bani Hasyim (keturunan Nabi Muhammad) yang diiktirafkan, baik di Indonesia maupun oleh pihak di Mekah sekalipun. Menurut asal usul keturunan nya, beliau yang menulis kelambu Ka�abah ini adalah berketurunan dari Wali Sunan Gunung Jati, Yang Sunan Syarif Hidayatullah. Priyai Abdullah Qossim adalah salah seorang hamba Allah yang telah mencapai tahap Makrifatullah kini menetap di rumah Sunan Gunung Jati di Ceribon yang berusia lebih kurang 400 tahun. Beliau adalah salah seorang yang telah menerima Panji Kerajaan Nya dari Wakil yang dicari-cari ini. Priyai mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai turutan dari Baginda Nabi Muhammad SAW sehingga ke zaman ini. Mengapakah perkara ini tidak mahu umat Islam laksanakan sekiranya mereka benar-benar mencari kebenaran?

Dan setelah di makrifatkan, maka apa pula kaitan di antara salasilah keluarga dan Panji Kerajaan Allah Ta�ala?

Lupakah saudara-saudara bahawa mereka yang dipilih oleh Allah itu datang dari satu keluarga juga? Apakah erti isi kandungan Surah Ali Imran? Dari manakah lahirnya Keluarga Ibrahim? Dari manakah pula datangnya Bani Hasyim? Dan bukankah mereka inilah Ahlul Bait? Firman Allah di dalam Surah Ali Imran yang bermaksud

�Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing)�

Firman Allah di dalam Surah Huud yang bermaksud

�Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah."

Dari manakah lahirnya para-para Nabi dan Rasul-rasul sekiranya tidak dari keturunan yang sama? Adakah ini juga hendak dinafikan padahal Firman Allah pada Surah Al An�aam yang bermaksud

�Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Yaqub kepadanya. Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) yaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. dan Zakaria, Yahya, 'Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang shaleh. dan Ismail, Alyasa', Yunus dan Luth. Masing-masing Kami lebihkan derajatnya di atas umat (di masanya), Dan Kami lebihkan (pula) derajat sebahagian dari bapak-bapak mereka, keturunan dan saudara-saudara mereka. Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul) dan Kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus�

Bukankah jelas sekarang bahawa Rasul-rasul dan Nabi-nabi datang dari salasilah keluarga yang sama? Oleh kerana itu, wajiblah seorang Rasul itu datang dari keturunan yang terpilih. Dan lupakah kamu kepada siapakah pemerintahan Kerajaan Nya Allah Ta�ala itu diberikan? Firman Allah di dalam Surah An Nisaa� yang bermaksud

�ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya ? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.�

Firman Allah di dalam Surah Al A�raaf yang bermaksud

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk".

Mengapakah Keluarga Ibrahim diberikan Kerajaan Nya, dan mengapakah Nabi Allah Musa sekali lagi mengingatkan manusia akan anugerah Allah kepada mereka? Dan bukankah pada hari berbangkit, manusia akan mengetahui juga bahawa perjalanan seorang Rasul itu adalah di dalam Kerajaan Allah Ta�ala? Firman Allah di dalam Surah Al Furqaan yang bermaksud

�Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir. Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul"

Maka adakah sesiapa yang di antara saudara-saudara yang mahu mengatakan bahawa Sunan Kalijogo itu menipu atau tukang sihir atau hanya seorang penyair sedangkan dia menyampaikan apa yang tertulis di dalam Al Quran? Inilah rahsia yang telah dibukakan oleh Sunan Kalijogo yang ulamak-ulamak di dunia ini semuanya kabur. Ramai yang tidak mahu mengakui kebenaran ini kerana tidak mahu tunduk kepada seorang yang tidak dikenali, kerana dasar ilmu yang tinggi mereka pelajari dari tempat-tempat pengajian Islam yang terkenal, dengan guru-guru yang ternama. Tetapi kenalkan saudara-saudara dengan Sunan Kalijogo? Sunan Kalijogo yang sebenarnya sudah wafat. Jadi siapakah yang mampu menggunakan nama seorang Wali untuk menyampaikan sekiranya dia bukan dari keturunan yang sama? Tidak ada orang di dunia ini yang mengetahui rahsia keluarga masing-masing melainkan dari darah dagingnya sendiri. Seperti mana Firman Allah di dalam Surah Al Ahzab yang bermaksud

�Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu�

Hak keatas rahsia Al Quran terletak kepada Nabi Muhammad serta keturunan Nya. Begitu juga dengan hak ke atas Zabur, Taurat dan Injil itu hanya dianugerahkan kepada keluarga yang sama. Oleh itu maka rahsia Al Quran juga dibawa oleh keluarga yang sama sehingga ke zaman ini. Dan hanya kerana itulah keturunan Sunan Kalijogo yang juga Bani Hasyim sahajalah yang mampu membuka rahsia di dalam Al Quran yang selama ini tertutup bagi manusia. Dan barang siapa yang merapatkan diri kepada Nya, maka akan diturunkan sedikit demi sedikit rahsia Nya melalui Wakil Kerajaan Nya. Inilah yang dikatakan pada penghujung ayat tersebut iaitu kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu. Inilah juga kisah para-para sahabat yang sentiasa mengelilingi Baginda Nabi Muhammad SAW dan mendengar cerita yang disampaikan oleh Baginda. Dan dari pada sahabat lah manusia mewarisi keilmuan Islam dan sedikit demi sedikit, ianya menjadi hilang. Walaupun begitu, yang tetap mewarisi dengan hak tentang rahsia sebenarnya tetap lah dari keturunan Nya sahaja.

Dan setelah 1400 tahun, maka akan bangkit semula satu golongan yang akan menegakkan semula Islam iaitu Bani Hasyim. Dan apabila datangnya Bani Hasyim, Jin dan Syaitan akan menjadi takut. Dan ini jelas bagi ahli-ahli makrifat kerana pemerintahan Rohbul Masyrik di alam ghaib amat ditakuti oleh segala Jin di seluruh alam ini. Benar atau tidak, carilah mereka yang makrifat.

Sunan Kalijogo turut membawa perhatian pembaca kepada satu lagi kisah yang cukup memeranjatkan iaitu orang yang dicari-cari itu kini berada di Lembah Kelang. Namun setelah dikaji secara terperinci di dalam Al Quran dan kitab-kitab Sirah Rasul, maka rahsia ini dengan mudah dapat diungkapi. Percayakah saudara-saudara bahawa segalanya telah termaktub di dalam Al Quran?

Kisah kemunculan Nabi Muhammad dan Rohbul Masyrik mempunyai banyak persamaan yang ketara.

Pertama, kedua-dua tokoh ini menyampaikan di pasar-pasar. Sepertimana Firman Allah di dalam Surah Thaa Haa yang bermaksud

�Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.�

Di sini keimanan manusia diuji ketika Baginda Rasulullah menyampaikan di pasar-pasar, sedangkan para-para ulamak sibuk di masjid-masjid. Mahukah manusia menerima orang-orang yang menyampaikan di pasar-pasar?

Kedua, kedua-dua tokoh ini menetap di sebuah lembah. Kota Mekah itu sendiri berada di dalam sebuah lembah yang di kelilingi oleh gunung-ganang dan bukit bukau. �� Begitu juga dengan Rohbul Masyrik yang berada di Lembah Kelang, Cuma kotanya sahaja yang belum dapat dikenal pasti. Mungkin kah Ibu kota Kuala Lumpur atau Ibukota Shah Alam atau Kelang sebagai Bandar di Raja? Fikirkanlah.

Sepertimana Mekah, kedua-dua kota ini adalah pusat aktiviti komersil. Kedua-duanya penuh dengan manusia, ramai alim-ulamak, banyak tempat beribadah dan banyak perkara mungkar yang berlaku. Namun di manakah sebenarnya letaknya kota itu dizaman ini. Ini telah dijelaskan melalui kisah Kisah Nabi Musa AS diperintahkan mencari orang yang mengetahui rahsia.

�Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".

Tempat pertemuan dua lautan adalah disebutkan sebagai Semenanjung, iaitu yang mempunyai batas di antaranya yang boleh menghalang air dari melepasi. Dan air dari dua lautan ini akhirnya akan bertemu di penghujung. Di sini juga telah diceritakan bahawa Nabi Allah Musa sanggup berjalan bertahun-tahun sehingga berjumpa tempat tersebut, bermakna bahawa kedudukan Semenanjung ini adalah jauh dari tempat Nabi Musa sendiri yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk tiba di tempat itu. Pernahkah saudara menonton sebuah rencana mengenai seorang pengembara yang berjalan bertahun-tahun bersama-sama untanya dan akhirnya sampai ke Semenanjung Malaysia? Tidakkah saudara-saudara fikirkan?

Di sinilah rahsia ini sedikit demi sedikit diungkapi oleh Sunan Kalijogo. Bahawa orang yang dicari-cari itu, yang mengetahui rahsia yang tersembunyi berada di sebuah Semenanjung. Kisah ini juga tidak lari dari Sabda Nabi Muhammad SAW iaitu �Selepas aku, keluarga aku akan ditindas dan akan menjadi orang perlarian. Maka carilah Imam keluarga ku�

Di sini rahsia nya ialah keturunan Bani Hasyim telah merantau sehingga ke Tanah Jawa lalu menyebarkan Islam di sana. Apabila muncul nya Wali Songo terutamanya ��� Sunan Kalijogo, maka Hindu di Tanah Jawa dengan mudah ditundukkan tanpa sebarang pertumpahan darah. Tanah Jawa di bawah pemerintahan Kerajaan Mataram atau lebih juga dikenali sebagai Kerajaan Majapahit menjadi aman makmur.

Sunan Kalijogo yang sepatutnya memerintah, telah menyerahkan takhta kerajaan Mataram kepada saudara nya Raden Patah untuk disandang. Oleh kerana itulah sehingga ke hari ini, Raja Jawa hanya menggunakan gelaran Mangku Bono sahaja, iaitu sebagai pemangku untuk jangka masa 500 tahun. Sunan Kalijogo pula terus berjalan untuk menyampaikan Islam kepada penduduk-penduduk Tanah Jawa melalui caranya yang unik dan cukup halus. Oleh kerana itulah Sunan Kalijogo bergelarkan Penghulu segala Wali atau juga disebutkan sebagai RAJA WALI.

Sehinggalah ke zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Belanda yang sedang membesarkan empayar mereka pula kemudiannya telah menakluki Tanah Jawa dan seterusnya memburu keturunan Wali Songo yang amat digeruni mereka. Di sinilah mereka ditekan dengan bertubi-tubi, diikuti dengan pendudukan Jepun sehinggalah Indonesia merdeka pada tahun 1947. Namun di antara waktu itu, sudah ramai rakyat Indonesia, khususnya berketurunan Majapahit yang telah melarikan diri ke tanah ���� seberang. Maka setelah itulah barulah tanah seberang ini dinamakan Tanah Melayu sempena mengambil makna Melayu yang di dalam bahasa Jawi bermaksud �Orang Perlarian�.

Kebanyakkan mereka menetap di Lembah Kelang. Di situlah ekonomi Tanah Melayu mula berkembang sedikit demi sedikit. Melalui perhubungan keturunan Sunan Gunung Jati yang ramai di negara Cina, maka dengan mudah rakyat Cina dapat dibawa masuk ke negara ini untuk membantu di dalam meningkatkan ekonomi Tanah ��� Melayu. Dan akhirnya pada tahun 1957, maka Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya ditukarkan nama kepada Malaysia.

Maka tidakkah kamu berfikir? Maka pada siapakah sejarah ini dipegang? Pada siapakah rahsia Al Quran itu dipegang? Siapakah yang mengetahui rahsia jihad Perdana Menteri? Sepertimana Sabda Nabi Muhammad SAW, carilah Iman Keluarga Nya di antara orang-orang perlarian itu.

Dan kenyataan ini sudah cukup kuat terutamanya setelah dirujukkan kepada Al Quran. Begitu juga pada satu lagi hadis riwayat At Tharmizi yang bermaksud �Peganglah kepada Al Quran dan keturunanku�. Namun hadis seperti ini banyak tidak dibuka kerana akan menggugat kedudukan para-para ulamak yang bukan dari keturunan Bani Hasyim.

KESIMPULANNYA

Mengapakah persamaan-persamaan ini wujud? Pernahkah kita fikirkan bahawa ciri-ciri Rasul itu sebenarnya sudah termaktub di dalam Al Quran? Pusat Islam di Malaysia sendiri kadang-kadang gagal menangani masalah orang yang mengaku-ngaku sebagai Rasul atau Nabi atau Al Mahdi kerana kurangnya beriman kepada Al Quran. Mungkin ramai yang menafikan hal ini, tetapi bukankah ini semua kenyataan? Seperti mana manusia menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW di zaman Nya, begitulah juga manusia akan menolak kehadiran Rohbul Masyrik.

Tidakkah saudara-saudara fikirkan bahawa kaum musyrikin Mekah itu adalah orang-orang Islam juga? Bukankah mereka menganut ugama Ibrahim? Bukankah Nabi Allah Ibrahim itu mendirikan Ka�abah? Bukankah Nabi Allah Ibrahim itu seorang Islam? Mahukah musyrikin Mekah menerima sedangkan mereka semua sudah Islam? Sedangkan ulamak-ulamak menyampaikan di sekeliling Ka�abah, Nabi Muhammad pula menyampaikan di pasar-pasar. Rohbul Masyrik juga menyampaikan di pasar-pasar. Di sebalik wajahnya, tidak ramai yang tahu rahsia sebenar diri nya. Dia lah keturunan Bani Hasyim, dia lah pemegang Panji Kerajaan Nya Allah Ta�ala, dia lah yang amanat kan untuk menyampaikan kepada manusia, menyatukan umat manusia. Alangkah berat tanggungjawab Nya. Tetapi manusia tidak sedar ini semua kerana atas anggapan apa yang diceritakan di dalam Al Quran itu semuanya sejarah. Sedangkan ianya juga menceritakan kisah yang akan berlaku. Lupakah kamu semua ini? Bukankah Al Quran itu petunjuk sepanjang zaman? Berapa ramaikah kita yang benar-benar beriman kepada Nya? Mengapakah Rohbul Masyrik menjadi Raja di Tanah Jawa? Mengapakah Nabi Muhammad perlu pulang ke Madinah? Mengapakah Madinah yang menerima dengan tangan yang terbuka? Pernahkah difikirkan semua ini?

Apa perlu kita mencari Al Mahdi� � kata seorang kenalan. Tambahnya lagi �Sekiranya Al Mahdi itu ada, dia akan muncul juga, jadi kita tunggu saja lah�.

Lupakah kalian nikmat mereka yang terlebih dahulu beriman? Tidakkah saudara-saudara rujuk Al Quran? Siapakah golongan ini dan mengapakah mereka yang dahulu masuk syurga? Atau adakah saudara salah seorang dari mereka yang kurang keimanan terhadap seorang Rasul Allah, sehingga tidak mahu bangun mencari kebenaran? Lupakah kamu pada Firman Allah di dalam Surah Al Muddatstsir yang bermaksud

�Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah!�

Adakah kamu mengagungkan tuhan mu dengan mendiamkan diri? Fikirkanlah.

Dan kini timbul satu persoalan. Mengapakah setelah diceritakan oleh Sunan Kalijogo sama ada melalui sebaran Internet mahupun melalui majalah-majalah, surat-surat khabar, media massa tertentu, ramai pula yang mengaku-ngaku bahawa itulah kisah mereka? Yang mengeluarkan cerita itu adalah Sunan Kalijogo. Maka hanya layaklah bagi Sunan Kalijogo sahaja yang tahu rahsia sebenar yang disampaikannya. Adalah juga pihak kami dimaklumkan bahawa ramai orang yang mahu mengaku, bermakna mereka mahu takhta Kraton di Tanah Jawa tersebut. Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka ini adalah satu pengkhianatan kepada Allah Ta�ala? Siapakah yang melantik mereka? Adakah tuhan selain daripada Allah yang melantik mereka? Siapakah tuhan mereka? Tahukah mereka milik siapakah Kerajaan Allah Ta�ala? Pada siapakah Panji Kerajaan Nya diserahkan? Mengapakah begitu mudah manusia mengaku-ngaku sedangkan mereka adalah jahil tentang perkara ini? Mengapakah sebelum ini tidak ada seorang pun yang sanggup mengeluarkan cerita ini? Mengapakah Sunan Kalijogo yang menceritakannya? Tidakkah kamu berfikir? Sekiranya kamu mahu mengaku bahawa kamu lah orang yang benar, maka keluarkan satu cerita yang lebih baik dari apa yang telah Sunan Kalijogo sampaikan. Keluarkan salasilah keluarga kamu, keluarkan panji kerajaan mu, keluarkan lah rahsia yang terkandung di dalam Al Quran. Tunjukkan kepada kami semua nama mu yang tercatit di dalam Al Quran dan Injil. Dan sampaikan lah.

Tundukkanlah ugama-ugama selain dari Islam dan bawa mereka masuk ke dalam Islam. Pergilah berjumpa dengan ulamak Hindu, Buddha dan Kristian, dan bawa mereka masuk ke dalam Islam. Dan sekiranya kamu tidak mampu, maka mengapakah kamu mahu mengaku? Lupakah kamu hanya seorang Rasul sahaja yang mengetahui rahsia segala-gala agama sehingga mampu menundukkan mereka tanpa peperangan? Bukankah ini yang telah Nabi Muhammad SAW tunjukkan? Bukankah ini yang telah Sunan Kalijogo Raden Mas Said tunjukkan kepada kita semua? Dan inilah yang akan dilaksanakan juga oleh Rohbul Masyrik. Inilah Jihad yang sebenarnya !!! Menyatukan umat tanpa pertumpahan darah, tanpa sengketa, tanpa bunuh membunuh.

Maka siapakah di antara kamu yang mahu mengaku?

Maka tidak mahukah kamu mengamankan? Carilah jalan jihad yang sebenarnya. Contohilah Perdana Menteri Malaysia, dia yang sedang meniti perjalanan jihad. Namun seperti dia juga, manusia memerlukan seorang Rasul untuk menunjukkan jalan yang sebenarnya.


PENUTUP

Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang boleh dinyatakan di sini, tetapi sebenarnya segala-galanya sudah tertulis di dalam Al Quran. Namun dari apa yang telah disampaikan di sini sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan panduan. Ingatlah bahawa:

Rasul itu namanya di sebut di dalam Injil dan Al Quran

Rasul itu berketurunan Keluarga Ibrahim, Bani Hasyim (bersalasilah)

Rasul itu menerima wahyu dari Jibrail

Rasul itu memegang tampuk Kerajaan Allah Ta�ala

Rasul itu memegang Panji Kerajaan Allah Ta�ala

Rasul itu memerintah di alam ghaib sehingga ke nyata

Rasul itu di sebuah kota, di sebuah lembah, di sebuah Semenanjung

Keseluruhan cerita nya sudah disampaikan di dalam Al Quran. Cuma manusia kurang beriman kepadanya. Tetapi maklumat yang terpenting di antara semua ialah apabila Sunan Kalijogo menyatakan bahawa Rasul itu mempunyai Khotamul Nurbuwah. Kerana hanya yang benar sahaja yang memiliki tanda dibelakang. Semuanya tercatit di dalam Al Quran.

Segala rahsia ini boleh dipastikan oleh mereka yang mencapai Makrifatullah. Khabarkan kepada golongan ini, lihatlah sama ada benar atau tidak

Rohbul Masyrik itu lah Malik (Pemerintah)

Rohbul Masyrik itu lah Al Mahdi, Raja Adil, Satrio Peninggit

Rohbul Masyrik itu lah Rasul Allah

Ingat akan Firman Allah pada Surah Ali Imran yang jelas lagi nyata

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

Kalimah apa yang dimaksud kan itu? Kalimah itulah

Yang bermaksud

Dialah Tuhan (Raja) Masyrik dan Maghrib, Tiada Tuhan Melainkan Dia, Maka Ambillah Dia Sebagai Wakil Untuk Diserahkan segala urusan.

Dan sekiranya kamu benar-benar mahu berjihad, maka serukanlah seluruh umat di dunia ini untuk bersatu. Marilah kita bersama-sama membantu untuk menegakkan. Firman Allah di dalam Surah Ash Shaaf yang bermaksud

�Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana 'Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang�

Firman Allah di dalam Surah Az Zukhruf yang bermaksud

Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka".

Maka tidakkah kamu berfikir bahawa Sunan Kalijogo lah yang mengetahui rahsia ini sebenar-benarnya? Pernahkah saudara terfikir mengapakah negara Malaysia masih aman sedangkan negara-negara jiran huru-hara? Firman Allah di dalam Surah Al �Ankabuut yang bermaksud

�Dan apakah mereka tidak memperhatikan,bahwasesungguhnyaKamitelah menjadikan(negeri mereka)tanahsuciyangaman,sedangmanusia sekitarnya rampok-merampok.�� Maka mengapa(sesudahnyatakebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat Allah?�

Dan ingatlah saudara-saudaraku, Firman Allah di dalam Surah Al Jaatsiyah yang bermaksud

�Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya. �

MAHUKAH SAUDARA-SAUDARA MENJADI SALAH SEORANG YANG MENAFIKAN AL QURAN?

Zul Iskandar

22 Ogos 2001

Lembah Kelang

Hosted by www.Geocities.ws

1