UTUSAN MALAYSIA
Khamis 15 Mei 2003
Muka 3
Implan koklea bantu
kanak-kanak pekak
Oleh
ROSLAH OTHMAN
MEMANG
tiada siapa dapat menelah kekurangan pada diri Hafiz Rahman (nama sebenar
dirahsiakan), kanak-kanak berusia tiga tahun ini.
Di
sebalik senyuman dan kelincahannya, dia sebenamya mengalami cacat pendengaran
sejak lahir.
Anak
bongsu daripada empat adik-beradik ini dikesan tidak dapat mendengar apabila
ibunya, Rahmah Ahmad (bukan nama sebenar), mendapati dia tidak bertindak balas
termasuklah tidak menyahut panggilannya.
Bimbang
dengan keadaan Hafiz, Rahmah mengambil inisiatif membawanya ke hospital untuk
dirujuk kepada pakar kanak-kahak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM).
Setelah
menjalani pemeriksaan oleh pakar kanak-kanak, pakar telinga, hidung dan tekak
di hospital tersebut, Hafiz dikesan mengalami masalah pendengaran.
Pakar
menasihatkan agar Hafiz menjalani pembedahan pacakan (implan) koklea (telinga
dalam) bagi menghasilkan rangsangan pendengaran dan meningkatkan kebolehannya
bertutur.
Demi kasih sayang serta mahu melihat Hafiz menjalani kehidupan
normal seperti kanak-kanak sebaya lain, kedua orang tuanya bersetuju biarpun
kos pembedahan tersebut melibatkan jumlah yang besar iaitu kira-kira RM70,OOO.
Mereka bukan sahaja terpaksa mengeluarkan wang simpanan sendiri,
bergolok gadai tetapi juga terpaksa meminta bantuan sanak-saudara dan
rakan-rakan rapat bagi membolehkan pembedahan dijalankan.
Berkat
doa orang tuanya, Hafiz selamat menjalani pembedahan implan koklea pada
pertengahan tahun lalu.
Dengan
alat tersebut, Hafiz semakin jelas dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Kekurangan yang ada sebelum ini tidak sedikitpun menghalang Hafiz bergaul
dengan rakan-rakan sebaya.
Hafiz
merupakan antara 67 pesakit kanak-kanak di Malaysia yang telah berjaya
menjalani pembedahan implan koklea oleh pasukan koklea UKM.