BINTANG-BINTANG MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA


FOLLOW UP - TIDAK PERNAH MELENTING BILA DITEGUR: "SITI MENGHORMATI PERASAAN MEREKA"

Selepas disiarkan beberapa surat peminat yang mendakwa berlakunya perubahan terhadap artis kesayangan mereka Siti Nurhaliza(Dulu dan Sekarang), kali ini Bintang-Bintang menyiarkan pula maklum balas peminat lain yang tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Sememangnya, teknologi IT yang diketengahkan oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat telah banyak membantu dari segi masa dan tenaga. Kecanggihan tersebut sekaligus telah membolehkan komen dan maklum balas diperolehi dengan pantas berbanding menggunakan surat biasa satu ketika dahulu.

Melalui maklum balas yang diterima, dakwa peminat perubahan tersebut sememangnya perlu mengikut kesesuaian masa dan taraf profesional Siti yang meningkat. Dakwa mereka lagi, Siti merupakan artis seba boleh yang agak berbeza dan patut dibanggakan berbanding segelintir artis lainyang sengaja mencari publisiti.

Malah sikap Siti yang tidak pernah melenting bila berhadapan dengan gosip merupakan pemangkin utama kejayaanya. Buktinya jelas dapat dilihat apabila Siti hanya berdiam diri ketika teruk dihentam oleh media masa sewaktu timbil isu tidak mahu bergambar dengan artis lelaki tidak lama dahulu.

Selain itu, dipetik dalam sebuah akhbar mingguan bertarikh 31 Januari - 6 Februari 2000, Siti juga pernah berkata: "Maklumlah terlalu banyak perkara berlaku dalam hidup Siti sepanjang tahun 1999 sehingga melibatkan peribadi Siti. Kebanyakan gosip tersebut mengaitkan Siti dengan orang tertentu atau rakan artis tertentu di negara ini sehingga kadangkala menguji kesabaran Siti."

"Syukur alhamdulillah. Siti berterima kasih kepada keluarga Siti terutamanya terlalu memahami diri Siti. Merekalah tempat Siti berunding seta berkongsi segala pengalaman suka duka di bidang seni."

Diperenggan akhir pula Siti berkata: "Soal mereka suka atau sebaliknya terpulang kepada hak masing-masing. Apa yang penting Siti menghormati perasaan mereka."

Daripada penjelasan tersebut, ia jelas menggambarkan bahawa Siti menghormati perasaan peminatnya walaupun sering digosip atau ditegur. Soal ketidakpuasan hati terpulanglah kepada seseorang individu itu untuk menilaikannya mengikut hak masing-masing.

Kesimpulannya, Siti sememangnya mengambil berat setiap teguran daripada peminat dan tidak pernah membelakangkannya. Oleh itu, tidak timbul soal perubahan atau lupa diri seperti yang disiarkan dalam majalah ini bilangan 38.

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1