PANCA INDERA (MINGGUAN MALAYSIA) - 21 MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA

Pada satu malam di minggu yang lalu Huzz berpeluang berbual dengan seorang pengarang di sebuah akhbar. Katanya: "Dah 30 tahun saya kahwin belum berlakulah isteri saya meninggalkan dapur kerana nak tengok muka artis di TV sampai ikan goreng hangus.

"Tapi sejak dia minat dengan Siti Nurhaliza dia boleh lupakan dapur seketika kerana nak tengok muka Siti tu. Begitulah hebatnya Siti menarik minat anak-anak dan isteri di rumah.

"Muka dia yang macam anak patung tu buat ramai meminatinya. Saya pernah berdepan dengannya, tak saya nafikan dia sopan dan santun. Sesiapa pun terutama yang dah berusia macam saya tentu ada suka dengannya bukan melihat dia kerana cantik saja tapi sopan santun anak muda tu buat kita jadi sayangkan dia.

"Kerana saya tahu isteri saya punyalah minatkan Siti saya berusahalah nak membelikan dia tiket untuk konsert Siti, begitulah CD, jangankan isteri, anak-anak besar dan kecil pun suka. Hmmm....saya dengar cerita kononnya Siti tu nak dijodohkan dengan sepupunya sendiri? Betul ke?

Ehh cerita baru tu! Tapi bab kahwin tu ni abang Siti suruh tunggu sampai adiknya berusia 25 atau 26 tahun. Hah masa tu kita tengok sapalah duduk sebelah Cik Siti waktu bersanding. Sepupu sendiri kah? Hartawan kah? Anak Raja kah? La ni kata Siti banyak gosip tentangnya. Termasuklah cerita Yusry KRU pun kena gosip katanya!

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1