URTV MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA

SITI NURHALIZA - SOALAN YANG SITI RASA BOSAN NAK JAWAB...

1. Soalan tentang ciri-ciri teman lelaki. Malasnya nak jawab.

2. Tentang lakonan, sebabnya Siti memang tak minat nak berlakon buat masa sekarang.

3. Tentang keluarga yang mengongkong Siti. Mana ada semua tu sebab Siti tidak dikongkong.

4. Tentang benarkah Siti ni dah jadi jutawan.

5. Tentang Siti ni dah demand.

6. tentang Siti ni dah lupa diri. Astaghfirullah. Kenapalah soalan macam ni ditanya.

7. Tentang Siti ni gunakan bomoh. Lagi satu soalan yang mengarut.

8. Kenapa taknak bergambar dengan artis lelaki. Berapa kali Siti nak jawab soalan ni, haiyyaaa.

9. Betul ke Siti bertunang atau bercinta dengan si anu...si anu...

10. Soalan-soalan macam nilah...ha ha ha

SITI NURHALIZA - PERKARA YANG SITI TAK SUKA BUAT TAPI KENA JUGA BUAT...

1. Blow rambut. Tapi kena juga buat terutama untuk show dan sesi fotografi.

2. Kena spray rambut. Sebabnya Siti tak suka lepas tu kena cuci rambut nak buang kesan kena spray.

3. Kena mekap tebal-tebal. Tapi nak buat macam mana kalau dah ada show dan sesi fotografi yang mesti kena bersesuaian dengan lighting.

4. Tak suka buang masa dalam perjalanan tapi terpaksa juga kena tempuh... maklumlah KL ni kan jam.

5. Tak suka nak lipat baju tapi kena juga lipat baju. Sebab tak nak berserabut.

6. Tak suka makan ubat tapi kena juga makan sebab nak jaga kesihatan.

7. Tak suka pakai kasut yang bertumit tinggi. Tapi kalau ada show dan fotografi...apa nak buat.

8. Tak suka jawab soalan yang sama tapi kalau dah orang tanya...kenalah jawab juga.

9. Tak suka pakai lipstik merah menyala. Tapi kena pakai kerana kena sesuaikan dengan keadaan.

10. Tak suka nak kemas baju dalam beg setiap kali kena out-station tapi siapa lagi nak buat kalau bukan Siti, kan?

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1