BERITA HARIAN RABU 16 MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA


SITI NURHALIZA - SITI TAK JADI CUTI PANJANG

Mulanya penyanyi top Siti Nurhaliza pernah mengumumkan niatnya untuk bercuti selama setahun sejurus tamat kontraknya dengan syarikat rakaman, Suria Records, awal tahun depan.

Alasannya, beliau ingin berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Bagaimanapun, si manis itu kini membatalkan rancangan awalnya.

Bukan bermakna beliau tidak akan berehat, hanya tempohnya disingkatkan. Semuanya demi peminat, kata Siti dalam akhbar Berita Harian Malaysia.

"Memang jika diikutkan, Siti mahu berehat setahun tetapi pujukan yang tidak putus-putus daripada peminat yang mendesak Siti terus menyanyi, menyebabkan Siti mengubah fikiran."

"Bagaimanapun, selepas dipertimbangkan semula, Siti tetap mahu bercuti. Hanya tempohnya tidaklah sampai setahun seperti dirancangkan."

"Siti belum menetapkan berapa lama akan berehat, mungkin dua atau tiga bulan saja...Ramai yang pujuk jangan berehat lama-lama. Siti terfikir juga. Ini tanggungjawab, ini kerja. Jadi Siti terpaksa melupakan hasrat itu demi peminat," katanya.

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1