MEDIA HIBURAN MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA


KONSERT DIVA - DIVA HABIS...

Pemilihan empat diva untuk Konsert Diva memang bertepatan sekali. Anita Sarawak, Hetty Koes Endang, Sheila Majid dan Siti Nurhaliza masing-masing mempunyai keistimewaan tersebut tersendiri. Tidak hairan mereka digelar sebagai 'diva'.

Pada pandangan saya, Anita Sarawak memang hebat dengan persembahannya. Hetty pula punya vokalnya yang mantap, Shiela Majid penyampaian tersendiri dan Siti Nurhaliza penuh kelembutan baik dari segi suara dan gaya. Dia juga hebat dengan populariti.

Sebenarnya, banyak rintangan sepanjang perjalanan ke konsert Diva di Harbour Pavilion, World Trade Centre, Singapura. Nak pergi sidang akhbar, sesat sejam, cari World Trade Centre sesat dua jam pula. Bayangkan dari pukul 2 5 baru jumpa. Mujur Siti masih buat latihan.

Biarpun sejak awal kami telah diberitahu tidak dibenarkan mengambil gambar ketika latihan tetapi kami mencuba juga. Siti rupanya dijaganya begitu rapi. Janji dengannya nak ambil gambar lepas latihan tapi tahu-tahu dia dibawa keluar melalui pintu belakang.

Tidak dinafikan sejak 6.00 petang, orang sudah mula berpusu-pusu dengan tiket masing-masing. Ada yang berharga $60, $80 dan $100. Yang datang pula pelbagai gaya dan fesyen.

Hampir pukul 9.00 malam barulah acara bermula di mana persembahan pembukaanya daripada dj Ria dan Warna. Boleh dipuji cara pembukaannya. Terkejut jugak bila Sheila jadi budak kecil ketika lagu Lagenda berkumandang. Setengah lagu baru disambut oleh Sheila Majid sebenarnya. Sheila muncul degan gaun pendek beropol dan berkelipan lagak remaja belasan tahun.

Sheila seperti biasa tetap mendendangkan lagu-lagu dari album lama dan barunya seperti dari album Warna, Sinaran, Jatuh Cinta dan Ku Mohon. Tepukan gemuruh daripada penonton membuat Sheila seperti tidak mahu berganjak daripada pentas.

Lagu terakhirnya Antara Anyer dan Jarkata membuka tirai untuk menjemput penyanyi keduanya iaitu Hetty Koes Endang. Sejak muncul dengan lagu pertama hingga ke akhir, Hetty nampaknya seperti melepaskan gian menyanyi.

Bukan sahaja suaranya yang mantap, tetapi cara dia berkominikasi dengan penonton dan lawak spontan darinya cukup hidup. Memang terpelas rindu kerana sudah lama tidak mendengar lagu-lagu pilihannya seperti Hadirlah Kasih, Tak Ingin Sendiri Lagi, Keroncong Kasih, Hati Lebur Jadi Debu dan lain-lainnya. Naik bulu roma menghalangnya untuk bergerak bebas biarpun dia mengenakkan tudung dan jubah.

Adik bongsu diva, Siti Nurhaliza muncul dengan gaun labuh berwarna merah. Sepelas berduet dengan Hetty, Siti muncul dengan lagu Inggeris dan dituruti dengan beberapa buah lagu daripada album terbaru dan album lamanya. Jelas diva muda ini masih belumcukup pengalaman untuk berinteraksi dengan penonton jika dibandingkan dengan diva-diva yang lebih berpengalaman darinya pada malam itu.

Anita Sarawak muncul...tepukan penonton begitu gemuruh dan dia terus menyanyi tanpa henti. Lagu-lagu yang dibawanya mengenangkan kembali zaman kegemilangannya dulu. Anita masih terus petah bercakap dalam loghat orang Singapura. Aksinya di pentas tidak membayangkan dia seorang wanita sudah berusia 48 tahun. Memang Anita hebat.

Air mata menitis bila tiba-tiba Anita ternampak kawan rapat lamanya penyanyi Rahimah Rahim. Terus mengajak Rahimah ke pentas dan mereka menyanyi beberapa baris lagu bersama.

Seniwati Normadiah pula malam itu telah dianugerah sebagai 'diva veteran'. Dan anugerah itu, memang layak diberikan kepada primadona ini.

MH juga mendapat beberapa cerita-cerita menarik di belakang pentas:
1. Kasihan wartawan yang bertugas. Kami diberi tiket berharga $80 sahaja(terima kasih) tetapi sayangnya, tempat kami du sudut dan mengiring dari pentang. Jadi hanya nampak artis beraksi dari sepi sahaja. Jurugambar juga, tidak diberi kebebasan untuk merakamkan aksi artis di pentas dengan baik.

2. Khabarnya, projek untuk empat orang artis ini mencapai bayaran lebih kurang $120 ribu, betul ke?

3. Betul ke...Sharifah Aini ditawarkan untuk konsert ini tetapi menolak kerana sibuk.

4. Hetty Koes Endang tetap muncul biarpun kurang sihat.

5. Siti Nurhaliza berada seminggu lagi di Singapura kerana mendapat tawaran menyanyi untuk siri TV.

6. Anita Sarawak terus pulang ke LA pada keesokan harinya.

7. Anita Sarawak bawa jiran baiknya dari LA ke Malaysia dan Singapura.

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1