URTV MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA


SEMBANG SEMBANG SEMBANG

AYIE - SEBENARNYA SAYA KESIAN TENGOK SITI

Soalan: Sejak Siti Nurhaliza popular, macam-macam gosip timbul antaranya bercinta dengan Zamani Slam, anak VIP, kerabat diraja dan terabru dengan Yusry KRU. Apa komen Ayie sebagai abang dan juga pengurus Siti?

Ayie: Kita rasa benda gosip ni sebagai kejutan sebab kita tak pernah terfikir semua itu. Walaupun Ayie pernah jadi artis tetapi lelaki lain perempuan lain. Mula-mula bila Siti digosipkan dengan kerabat, VIP dan Zamani memang susah juga Ayie nak hadapi keadaan ini kerana ia menyentuh kepercayaan kelaurga. Sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga Siti di Kuala Lumpur, Ayie perlu menjawab segala pertanyaan daripada orang tua terhadap semua gosip yang menimpa Siti. Tapi kita terpaksa banyak sabar kerana ia adalah asam garam dunia artis. Bagi Ayie, macam cerita yang baru-baru ni keluar...Ayie tak nak sebut siapa-siapalah cuma apa yang Ayie boleh katakan Ayie kenal Siti. Selama Ayie jaga dia tak ada pun Ayie tengok dia keluar dengan orang tu. Tapi gosip-gosip macamni tak boleh nak dielakkan...orang nak cakap kita tak boleh nak halang.

Soalan: Macam mana mulanya timbul Siti digosipkan dengan Zamani?

Ayie: Sebelum Siti jadi penyanyi, Ayie terlebih dulu menyanyi tapi...tak ada rezeki. Masa tu Ayie dah kenal artis-artis macam Zamani sebab kita sama-sama buat show, dah jadi kawan. Jadi bila terserempak mereka masa Ayie berjalan dengan Siti, Ayie bercakaplah dengan mereka. Takkanlah kerana Siti penyanyi, Ayie tak boleh bertegur sapa dengan penyanyi lain yang dah jadi kawan Ayie pula tu. Sebenarnya Ayie sendiri tak faham macam mana cerita tu timbul. Ayie dengar macam-macam gosip Siti dengan Zamani. Ayie malas nak ambil kisah cerita-cerita macam ni.

Soalan: Pernah tak Ayie tengok Siti berbual dengan Zamani sebagai rakan artis?

Ayie: Masa buat program TV dulu...pernahlah dia orang berbual. Tapi...tak pernah pula mereka dating.

Soalan: Macam mana pula timbul gosip Siti bercinta dengan Yusry?

Ayie: Saya...tak tahulah. Sebenarnya kalau nak lebih jelas kena tanya SRC(syarikat rakaman). Siti ada rakam satu lagu bukan ciptaan Yusry tapi KRU iaitu Tekanan Jiwa berentak dance music untuk album Pancawarna pada Mac 1999. Bila lagu dah rakam kita buat meeting pilih lagu yang sesuai dengan konsep album. Jadi itulah mula kita bekerjesama dengan KRU, sayangnya sampai sekarang lagu itu masih belum diabadikan dalam album Siti. Cerita tu dah lama...tak adaq pun saya tengok Siti rapat dengan Yusry sepelas itu.

Soalan: Macam mana pula timbul cerita anak Tan Sri yang dikatakan terlalu meminati Siti?

Ayie: Anak Tan Sri tu Ayie tak tahu. Siti anggap semua ni sebagai peminatlah sebab kita tahu Siti ramai peminat dari pelbagai golongan. Bagi Ayie, Siti anggap semua peminat sama dan penghargaan itu amat dihargai. Tapi...peminat tu terlalu memuja sebab Ayie rasa Siti pun tak nak macam tu. Kita bukan manusia yang prefect. Apa yang Siti perjuangkan adalah lagu dan bakat yang dia ada. Minatilah dia sebagai penyanyi dan lagu-lagu yang dia nyanyikan cukuplah. Kalau minat dia lebih-lebih susah juga. Kadang-kadang ada yang datang ke rumah, telefon pejabat, hantar bunga, yang hentam melalui surat-surat...benda-benda ni yang susah. Sebagai manusia bukan semua orang suka Siti.

Soalan: Surat-surat yang menghentam Siti tu adakah kerana dia terlalu kerap keluar majalah?

Ayie: Banyak...tapi dari segi tulisan mereka tu kita tahu penulis tu matang atau tidak. Kadang-kadang dia orang minat orang lain, kadang-kadang dia terlalu fanatik minat Siti, dia marah bila tengok Siti bergambar dengan peminat. Ada peminat yang suruh Siti pakai tudung, macam-macamlah.

Soalan: Pernahkah Siti meluahkan rasa kecewanya kepada Ayie apabila gosip tentangnya diperkatakan?

Ayie: Sebenarnya tanggungjawab Siti berat. Kadang-kadang benda ni ang menggangu fikiran dia. Kadang-kadang kerana gosip-gosip ni sedikit sebanyak membantutkan perjuangan Siti, sedangkan kalau benda ni tak ada mungkin dia rasa happy nak bergaul dengan artis kalau buat program. Tapi benda ni menggangu emosi dan pergaulannya dengan artis.

Soalan: Sebagai pengurus Siti, apakah Ayie juga rasa tertekan bila Siti dilanda gosip?

Ayie: Sebenarnya memang tertekan. Ayie memang rasa tertekan...kadang-kadang Ayie dengar cerita ada orang nampak Siti naik motor besar dengan Ayie sedangkan Ayie tak ada motor besar di KL ni. Lepas tu kelaur cerita kononnya Siti keluar kat sana dengan orang ni...selama Ayie jaga Siti dia tak pernah keluar sendiri melainkan urusan kerja itu pun bersama isteri Ayie, Rozie, ataupun akak Siti ataupun PRO SRC. Maknanya kalau SIti nak keluar berjalan-jalan ataupun shopping, mesti dia ajak Ayie dan Rozie ataupun kakak dia, Ida.

Soalan: Macam mana dengan emak dan abah bila gosip tentang Siti diperkatakan?

Ayie: Mak dan abah di kampung okey...cuma bila masyarakat yang baca gosip macam ini dia orang percaya seratus peratus. Kemudian antasa jiran-jiwan bercerita. Jadi suasana di kampung tak selesa bila mak dan abah nak keluar. Bila A bercerita begini sampai pula pada B macam ni, dia akan tambah-tambah jagi satu cerita yang diolah hebat oleh orang kampung. Mak dan abah boleh terima gosip-gosip ni tapi olahan cerita tu yang buat mak dan abah tak selesa.

Soalan: Sebagai abang, apa pandangan Ayie tentang Siti sebagai remaja. Apakah dia seorang yang suka enjoy?

Ayie: Sebenarnya kadang-kadang Ayie kesian juga tengok Siti. Sepatutnya di awal usia 20-an dia macam remaja lain...mempunyai kawan dan mungkin dia nak lanjutkan pelajaran. Kalau bekerja mungkin dia keluar dengan kawan-kawan untuk shopping. Tapi...Ayie kesian tengok dia. Dunia dia lain dari remaja lain. Mungkin kerana dia minat dalam bidang yang dia ceburi ini jadi dia terpaksa hadapi semua ini...tapi yang penting dia suka dengan apa yang dia buat. Masa budak-budak Siti memang lasak dan suka sukan lasak tapi bila dah pilih muzik perubahan dirinya mendadak. Dia dah matang dan tahu kerjaya dia sebagai penyanyi dan dia lebih suka duduk di rumah baca majalah dan tengok VCD.

Soalan: Bukankah semua yang akan dilakukan oleh Siti sudah diaturkan oleh Ayie? Maksud saya sebagai pengurus.

Ayie: Peringkat awal memang dia perlukan guideline. Terus terang Ayie katakan walaupun Ayie dah berumur 28, tapi nasihat daripada orang tua lebih afdal. Kadang-kadang kita tak terfikir apa yang orang tua fikirkan, kita selalu minta nasihat mak ayah. Dari segi jadual Siti, sekarang...tugas Siti dia perlu tahu kalau show lagu apa dia nak nyanyi dan kita selalu berbincang. Tapi...kalau jadual hariannya dia nak pergi ke mana Ayie tidak kongkong, cuma kalau dia nak buat apa-apa, dia kena bagi tahu Ayie.

Soalan: Apakah syarat yang ditetapkan oleh keluarga kalau sekiranya Siti ingin bercinta?

Ayie: Sebenarnya keluarga kita tak pernah meletakkan apa-apa syarat cuma dari segi penampilan, kita mahu dia berpakaian sopan. Macam nak kahwin...mak tak cakap apa-apa tapi...mungkin lima tahun lagi dia akan kahwin. Sebenarnya semua terpulang pada Siti. Mana tahu tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, esok dia dah jumpa orang dia nak kahwin, kita tak boleh halang. Kita cuma boleh berbincang bagi nasihat pada dia.

Soalan: Maknanya kalau dah sampai jodoh, keluarga akan beri nasihat sebelum membenarkan dia kahwin. Apa sebenarnya impian keluarga terhadap Siti dalam bidang seni?

Ayie: Ya! Impian keluarga...Ayie nampak Siti boleh pergi jauh. Dia ada suara, rupa dan ada kemampuan. Cuma dia perlu banyak kena perbaiki kelemahan. Kelaurga sentiasa memberi sokongan moral. Apa Siti nak buat keluarga beri sokongan moral asalkan tidak melanggar tatasusila dan agama. Jaga nama baik dan maruah keluarga. Kalau boleh kita bukan sahaja nak perjuangkan irama Malaysia, malah kalau boleh kita nak perjuangkan bahasa, lagu dan budaya kita ke luar negara. Ayie nampak dia ada masa...sekarang Siti baru 21 tahun, Ayie target dalam 26 tahun...lima tahun lagi dari segi perstasi insya-allah kalau dia kekal lagi, dia boleh pergi. Melainkan Tuhan punya kuasa dan peminat tak boleh terima...itu kita tak boleh buat apa.

Soalan: Sebagai abang kepada Siti Nurhaliza, apakah Ayie rasa bangga dengan kejayaannya?

Ayie: Sebenarnya...saya bangga. Apa yang kita usahakan bersama membuahkan hasil. Sebenarnya ini semua rezeki. Klalau kita berusaha Tuhan tak izinkan tak dapat juga. Bagi Ayie...alhamdulillah dapat adik yang glamor tak lupa diri.

Soalan: Apa komen Ayie ada yang bercakap Ayie menumpang kemewahan Siti?

Ayie: Sebenarnya kita ni di dunia kalau kita susah orang tak pernah cerita fasal kita. Dia tak tahu macam mana kita susah dulu, dia tak tahu macam mana susahnya mak bapa nak besarkan kita. Tapi bila kita dah senang, dia orang tak senang hati. Itu rezeki dia. Bagi prinsip Ayie kalau nak berjaya kita usaha sendiri. Kita tak kacau periuk nasi orang. Kita bawa Siti. Bukan nak cakap besar...siapa lagi yang Siti nak harapkan? Kalau nak harapkan abah dia dah pencen, takkan nak suruh dia kerja. Emak tak tahu kerja macam ni dan adik-beradik lain semua ada tanggungjawab sendiri, jadi Ayie tumpang kemewahan ni tak timbul kerana apa yang Ayie dapat ini adalah kerja Ayie. Contohnya macam nak buat show, Ayie tak boleh lepaskan pada orang lain kerana itu semua tanggungjawab Ayie. Sebab tu Ayie tubuhkan Siti Nurhaliza Production(SNP). Ayie rasa bukan bayar kepada Siti saja tapi pada syarikat itu. Duit-duit itu pula digunakan untuk menjayakan kerjaya Siti dan tenga di bawah SNP iaitu Ayie, my wife(Rozie) kakak Siti, ayah sebagai chairman syarikat kerana semua tu menjalankan tugas. Jadi tak timbul tumpang kemewahan. Mewah pun tak juga cuma untuk Siti dan keluarga punya masa depan.

Soalan: Bagaimana perasan Ayie bila dengar cerita yang negatif begitu?

Ayie: Ayie tak rasa apa-apa. Ayie bukannya suruh Siti menyanyi dan Ayie duduk berehat. Kalau ada orang kata, dia bayar RM 1,000lah katakan pada Siti tapi Ayie bagi Siti RM 500 lebihnya Ayie ambil...itu memang Ayie marahlah. Tapi...tugas Ayie bila orang nak undang Siti menyanyi, Ayie uruskan di mana, pakaian dia macam mana, penginapan dia, makan minum, transportation, keselamatan dia...jadi semua tu Ayie punya kerja. Kalau Ayie bagikan kerja tu pun pada orang lain, kita kena bayar dia. Ayie buat kerja tu semua...dia tak perlu banyak fikir. Macam pengurus artis lain juga dia dibayar kerana service dia. Artis tu datang cuma untuk menyanyi. Itu saja.

Soalan: Memandangkan Siti Nurhaliza ada syarikat sendiri, apakah Ayie tak berminat menyanyi semula di bawah SNP?

Ayie: Mak dengan ayah kata, Ayie tak payahlah menyanyi bukan kerana Ayie tak abgus tapi Tuhan dah bagi rezeki kat adik Ayie, Siti, jadi jagalah dia baik-baik. Kalau Ayie menyanyi nanti emak ayah susah hati kalau kena buat promosi siapa nak jaga Siti pula.

Soalan: Siti ada menyatakan dia akan berehat selama setahun setelah tamat kontrak dengan SRC tahun ini. Siti ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Adakah hasratnya itu dipersetuji oleh keluarga?

Ayie: Sebenarnya benda ni macam peringkat awal tadi Ayie cakap, SNP bisnes keluarga jadi segala apa tingakan yang nak kita ambil kita harus bincangkan. Ayie dah discuss. Mungkin apa yang Siti katakan tu dia nak berehat seketika. Sebab Ayie tengok sejak awal 1996 sampai tahun 2000 dah emapat tahun kita tak pernah punya masa panjang untuk berehat...sebulan misalnya kerana bulan puasa pun dia buat album. Bila album siap mula promosi, jagi jadual untuk dia berehat betul-betul tak ada. Dia takkan berehat setahun. Sebab saya rasa banyak lagi target yang belum dia dapat. Cuma kalau dia berhenti...ini saya punya pandanganlah...sayang dengan bakat dia dan apa yang kita usahakan salam ini. Siti menyanyi memang cari rezeki, jual album sebagai landasan untuk mendapatkan nama, album jual kita ada rezeki dapat royalti, lepas tu kita ada show. Dia dapat jadi model dan memperkenalkan negara.

Soalan: Sebagai abang, Ayie tahu hati budi Siti, jadi lelaki bagaimanakah yang Ayie rasa boleh memikat hati Siti?

Ayie: (Ketawa). Saya harap kalau boleh Siti tu...dapat seorang suami yang baik, penyanyang dan yang penting kasih sayang dan menghormati seta saling percaya-mempercayai. Dia mesti boleh terima Siti sebagai artis. Bukan artis tu tak baik tetapi kalau dia salah gunakan seni rosaklah seni itu dan rosaklah diri dia, maknanya kita perlu ada batasan. Macam Siti kalau dapat suami yang cukup didikkan agama...sekurang-kurangnya boleh membimbing dia ke jalan yang baik.

Soalan: Andai kata, ditakdirkan selepas kahwin, Siti berhenti menyanyi, macam mana?

Ayie: Bila dia dah kahwin itu tanggungjawab suami dia. Kita tak boleh mengongkong dia. Itu terpulang cara hidup. Cuma kalau boleh jangan jadi tak elok sudahlah.

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1