PANORAMA MEI 2000 | INFOMASI | UTAMA


SITI NURHALIZA - WAJAH SEORANG PENYANYI BERGELAR JUTAWAN...?

Zaman kegemilangan seseorang tidak dapat hendak diamalkan. Bangun dan jatuhnya juga tidak kita ketahui. Semua itu pemberian daripada ilahi. Sewaktu dia mahu memberikan kita pangkat dan darjat yang istimewa, ketika itulah seharusnya manusia itu sedar akan kebesarannya. Tidak mendonggak tinggi hingga melupakan diri sendiri.

Seperti senangnya Dia memberikan kita pangkat dan darjat yang dipandang tinggi, semudah itu juga dia menarik balik situasi itu. Haruslah diingat bahawa semua yang diberikan kepada kita hanya 'pinjaman' yang bersifat sementara.

Kini, dunia nyanyian disini boleh heboh memperkatakan 'siapa di antara penyanyi yang bergelar jutawan'? Ada yang menyebut beberapa nama penyanyi popular disini. Memang tidak dinafikan mereka yang tersenarai sebagai 'penyanyi bergelar jutawan' itu memang mempunyai kejayaan yang dapat dibanggakan.

Tiap tahun, akan ada sahaja aktiviti seni yang diceburinya. Boleh kata, mereka kerap menggondol anugerah mahupun 'ligat' mencari wang. Tetapi, adakah sekadar itu sahaja orang akan melabelkan mereka sebagai 'penyanyi bergelar jutawa'?

Siti Nurhaliza, penyanyi sensasi masa kini sering mendapat jolokan 'penyanyi bergelar jutawan' hinggakan adakalanya dia serasa rimas dengan berita gembar-gembur seperti itu.

Mungkin ramai yang mula membuat andaian apabila penyanyi itu kerap menggondol kemenangan demi kemenangan dan mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan nyanyian di luar negara.

Di samping itu juga, hak ini dapat dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti nyanyian. Siti Nurhaliza yang sentiasa tidak putus seperti air. Dialah satu-satunya penyanyi popular Malaysia yang ligat 'buat duit'.

Tidak cukup sekadar pertunjukkan pentas yang gah, Siti Nurhaliza juga kerap menerima tawaran berlakon iklan produk kecantikan, minuman dan juga telefon bimbit. Bahkan bukan setakat itu sahaja, penyanyi ini juga ditawarkan berlakon filem dengan bayaran RM 1 juga bersama Shah Rukh Khan.

Kepopularitian penyanyi ini membuatkan dirinya mendapat perhatian ramai lantas dia diberi gelaran penyanyi no. 1 Malaysia. Apabila diajukan perkara tersebut kepada penyanyi itu, dia tidak menganggap dirinya sudah kaya-raya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Kalau Siti dah kaya dan bergelar jutawan, buat apa Siti nak kerja keras lagi?" ulasnya dalam sebuah media percetakan kebelakangan ini. Mungkin, ada kebenarannya dengan kenyataan Siti itu. Inilah zaman kegemilangannya untuk meraih kejayaan dan dalam masa yang sama 'ligat' mencari 'pulangan'. Usahanya yang sentiasa bekerja keras telah menarik perhatian sesetengah pihak yang berpendapat Siti Nurhaliza adalah di antara penyanyi yang bergelar jutawan. Adakah jolokan yang diberikan kepada penyanyi ini memadai hanya dengan desas-desus seperti itu tanpa ada sebarang kesahihannya?

Apa yang nyata, nama Siti Nurhaliza semakin disebut-sebut sebagai salah seorang penyanyi yang progressif. Kepopularitian yang dikecapi, seiring dengan kejayaannya yang melimpah-ruah. Dan, setakat ini tiada lagi penyanyi yang dapat berjaya cemerlang sepertinya.

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1