LAGU-LAGU FIELM & TV APRIL 2000 | INFOMASI | UTAMA


SITI NURHALIZA - SUDAH BANYAK PENCABARNYA?

Kemasyurannya tidak disangka-sangka. Tiada siapa yang dapat menguggat kedudukannya sebagai seorang penghibur yagn unggul. Walaupun usianya baru menjangkau 21 tahun, jolokan epenghibur no.1 di Malaysiai.

Kelangsungan ini diterima setimpal dengan usaha gigihnya dalam dunia nynanyian. Bahkan, gadis dari Kuala Lipis Pahang ini juga sudah melangkah ke depan lagi apabila berjinak-jinak dengan bidang penghiburan komersial.

Baru-baru ini Siti terlibat dengan iklan Pepsi yang berkehendakkan dia beraksi di atas pentas dengan ribuan peminat yang membanjiri persembahannya. Situasi seperti itu tidak ubah seperti konsert-konsertnya yang sentiasa mendapat sambutan hangat setiap kali diadakan.

Maka tidak hairanlah sekiranya konsert yang diadakan di Singapura baru-baru ini telah mendapat sambutan yang tidak diduga. Semua tiket berharga RM 675 habis dijual dan ia merupakan harga tiket paling mahal dalam sejarah industri muzik negara. Kemampuan itu telah 'mengalahkan' tiket konsert Mariah Carey yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Sesungguhnya, populariti Siti Nurhaliza tidak dapat ditandingi oleh sesiapa. Mungkin musim ini adalah tahunnya 'mencari duiti'. Maka tidak hairanlah kalau Siti Nurhaliza dikatakan sebagai artis temahal dan terkaya di sini. Mungkin juga nilai RM 1 juta dan RM 2 juta itu sudah seing 'dimiliki' olehnya.

Tetapi, artis yang terkenal dengan sikap lemah-lembut dan budi perkerti yang tinggi ini mengatakan, dia masih belum puas mengecapi kejayaan. Sekirannya sudah ada nilai berjuta-juta, masakan dia terus aktif berjuang dalam bidang nyanyian hingga ke tahap ini. Itu kata Siti Nurhaliza. Tetapi, dari apa yang dapat dirakamkan kini, Siti Nurhaliza seolah-olah sudah sukses dengan kariernya.

Cuma, sekarang ini nampaknya saingan Siti sudah mula menampakkan etaringnyai. Dengan adanya bakat-bakat baru yang semakin mendapat sambutan ditambah pula dengan rupa paras yang menarik, sudah pasti ianya disifatkan sebagai 'menutup periuk nasi' penyanyi ini. Paling tepat, mereka adalah pencabar Siti Nurhaliza.

Namun, bagi Siti Nurhaliza, dia tidak pernah menganggap bakat-bakat yang dikatakan sebagai'menutup illahi. Sekiranya hidup ini tidak ada saingan dan pencabarnya, sudah pasti tidak bermakna.

"Bukankah cabaran itu satu dugaan. Perkara seperti itulah yang lebih mematangkan kita dan terus membuat kita tidak putus asa dalam apa yang dikejari. Sikap seperti itu juga buat kita tidak malas," kata Siti dengan senyuman yang masih melekat di bibir.

Kata Siti Nurhaliza lagi, dia sentiasa mengalu-alukan kehadiran bakat-bakat baru dalam dunia nyanyian.

"Takkanlah Siti nak menyanyi selamanya. Banyak lagi perancangan masa depan yang harus Siti buat," tambahnya lagi. Siti Nurhaliza juga semakin matang dalam mengendalikan sesebuah pertunjukkan. Dia sudah tidak sekekok lagi seperti mula-mula muncul dulu. Selain beraksi ligat dan bertenaga di atas pentas, Siti Nurhaliza juga semkin matang berkomunikasi dengan peminat.

Kejayaan mengendalikan konsert yang memakan masa selama 2 jam itu, terlibat melalui kesungguhan dia beraksi tanpa mengecewakan peminatnya. Semua lagu dendangannya mendapat tepukan gemuruh peminat di SIngapura. Dengan adanya kehebatan itu, mampukah penyani-penyanyi baru yang dikatakan bakal memberi cabaran kepada penyanyi ini menunujukkan taring sebenar mereka?
INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1