PANORAMA APRIL 2000 | INFOMASI | UTAMA


SITI NURHALIZA - DI SEBALIK TAWARAN RM 1 JUTA....

SITI TOLAK TUAH?
Suatu ketika dulu, dia di antara gadis yang tidak pernah bermimpi mengecapi kejayaan sehebat kini. Malah, teman eseper-mainannyai mungkin hanya sungai di belakang rumah atau pohon jambu di tepi rumah. Menjadi seorang penghibur terkemuka bukanlah hasratnya suatu ketika dulu, tapi, sudah itu tuahnya.

Berbekalkan bakat, kecantikan dan sopan santun sebagai seorang gadis Melayu yang masih terpelihara, namanya semkin menyerlah. Itulah yang ada pada SITI NURHALIZA. Kemasyhuran yang dikecapinya secara mendadak tidak pernah melalaikannya sebagai seorang insan yang hidupnya berpegang kepada adat dan budaya serta agama yang disanjung tinggi. Biarpun, dirinya bergelar artis, dia tidak pernah melangkaui batas-batas tertentu sebagai 'seorang perempuan Melayu'.

Di sebalik tawaran RM 1 juta itu, sememangnya kehebatan penyanyi ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Kemantapan vokalnya mampu menarik perhatian ramai pihak. Siapa yang tak kenal dengan Siti Nurhaliza? Namun tawaran RM 1 juta daripada pihak PLSB Media & Network terpaksa ditolak oleh penyanyi itu. Ada yang berpendapat Siti sengaja menolak tuah.

SITI SUDAH PANDAI LETAK HERGA?
Bukan disebabkan Siti Nurhaliza sudah pandai letak harga terhadap kepopularitian yang dikecapinya. Bukan juga dia bongkak dengan kejayaan yang diterima selama ini tetapi sudah menjadi keputusannya tidak mahu berlakon. Bagi penyanyi yang masih bercita-cita tinggi dalam nyanyian ini, belum masanya dia berkecimpung dalam dunia lakonan. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

"Siti belum bersedia berlakon dan Siti tak mahu berlakon. Itu sudah keputusan muktamad Siti. Siti harap, keputusan Siti itu tidak menghampakan pihak terbabit. Buat masa ini, Siti lebih selesa dengan dunia nyanyian dan tidak pernah berfikir mahu beralih bidang," katanya.

Namun pihak penerbit terbabit yang mahu Siti Nurhaliza berlakon menerima tawaran mereka suatu hari nanti. Mereka berusaha memujuk Siti agar menerima tawaran tersebut dan akan menunggu hingga akhir tahun ini. Agak-agaknya...apa keputusan Siti hujung tahun ini?

Siti Nurhaliza mendakwa bahawa dia tidak pandai berlakon. Tetapi, peminat sudah sedia maklum dengan penglibatannya dalam berlakon iklan. Dia kerap mejadi model produk kecantikan berjenama. Siti Nurhaliza kini sedang sibuk dengan pengambaran iklan Maybelline dan Pepsi. Setelah itu, dia akan bersedia untuk konsert di Singapura pada 18 Mac ini.

TAK SUKA BABAK PEGANG-PEGANG...
Bagi sesetengah pihak, kenyataan Siti Nurhaliza sebagai tidak boleh berlakon adalah tidak tepat. Hal ini berkaitan dengan iklan-iklan yang pernah dilakonkan. Bukankah itu satu titik permualaan bagi dirinya berkecimpung dalam bidang lakonan? Berdepan dengan kamera sudah. Menampilkan bakat lakonannya pun sudah. Apa lagi yang masih kurang? Tetapi, Siti Nurhaliza berpendapat bahawa, berlakon iklan dengan filem, tidak sama. Mungkin itu ada kebenarnnya.

Pertama: berlakon filem mesti ada hero dan heroin lebih-lebih lagi yang mengaitkan kisah-kisah percintaan. Kedua: mungkin disebabkan banyak babak, sebab itulah nampak berat? Dan, ketiga: terpaksa 'berpegang-pegangan' dan bertentangan mata? Ha...yang ketiga ini, memang berat. Selama Siti Nurhaliza berkecimpung dalam dunia artis, dia tidak pernah berbual demikian.

Mungkin disebabkan perkara tersebut, maka Siti Nurhaliza masih belum bersedia mahu berlakon. Bukankah penyanyi yang satu ini masih berpegangn teguh dengan kenyataannya suatu ketika dulu kerana tak mahu bergandingan secara keterlaluan dengan mana-mana artis lelaki mahupun berlakon?

"PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR DI KALANGAN ARTIS?"
Apa yang nyata, kepopularitian Siti Nurhaliza setanding dengan bakat yang dimiliki. Tidak ada batu loncatan lain yang dinaunginya untuk meraih nama. Dia tidak perlu berimej seksi dengan pakaian yang 'buka sana-sini' seperti sesetengah artis. Dia juga seorang penghibur yang punya komitmen dan kredibiliti yang tinggi. Tatasusila dan budi bicaranya selalu dijaga. Tidak hairanlah Siti Nurhaliza tampil sebagai artis yang ebersihi. Setiap artis ada caranya. Tetapi, inilah yang menjadi modal kepada Siti Nurhaliza.

Di sebalik tawaran RM 1 juta, itulah Siti Nurhaliza yang sebenarnya! Mungkinkah Siti boleh dikatakan sebagai "Perempuan Melayu Terakhir Di Kalangan Artis?" Hmm...kena fikir tu.
INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1