HAI! HAI! HAI! | INFOMASI | UTAMA
SITI NURHALIZA - EKSKLUSIF: KONSERT DI SINGAPURA SITI NURHALIZA DIBAYAR RM 1/4 JUTA?

Mendendangkan sebanyak 29 buah lagu daripada album-albumnya serta menukar pakaian sebanyak sembilan helai, Siti Nurhaliza benar-benar berjaya membuatkan hampir 5,000 peminat setianya di Singapura dilanda histeria.

HAI sendiri turut berpeluang menyaksikan konsert Siti yang buat julung kalinya diadakan di luar negara pada 18 Mac lalu.

Sejak dari awal, peminat sudah membanjiri Harbour Pavilion di World Trade Centre, tempat berlangsungnya konsert ini dan masing-masing ternyata sudah tidak sabar menantikan persembahan istimewa Siti.

Sekalipun konsep persembahan Siti sama degna konsertnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang diadakan pada Oktober tahun lepas, atas permintaan penganjur iaitu Kg. Productions. Namun dari segi pemilihan lagu-lagunya, menurut Siti yang ditemui sebaik selesai mengadakan persembahan, terdapat sedikit perbezaan.

"Konsep persembahan Siti memang tak jauh berbeza dengan konsert di Bukit Jalil sebab ini adalah atas permintaan penganjuranya. Cuma dari segi pemilihan lagu, Siti terpaksa ubah mengikut cita rasa peminat Singapura."

"Alhamdulillah...Siti gembira dan bangga kerana konsert sulung Siti di luar negara mendapat sambutan menggalakkan."

"Bagaimanapun Siti akui, setiap yang berjaya dilakukan, pastinya ada beberapa rintangan dan halangan. Tetapi semua itu dapqat diatasi," ujarnya yang merancang untuk mengadakan konsert di Brunei Darussalam, Jepun dan berkemungkinan di Taiwan selepas ini.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - SITI KECEWA

Ditanya apakah halangan yang terpaksa ditempuhinya untuk menjayakan konsert pertamanya di negara luar, kata Siti yang telah pun berada di Singapura sejak 13 Mac lalu:

"Sebenarnya sejak Siti tiba di sana, Siti terus mengadakan latihan di studio Sriwana. Malah semasa orang sibuk berhari Raya Haji, Siti juga sibuk. Tapi sibuk dengan latihan."

"Tapi ketika itu, Siti hanya mengadakan latihan dengan penari-penari Sriwana. Sebab rombongan dari Malaysia seperti krew, penari dan pemuzik hanya tiba pada Hari Raya Haji(16 Mac)."

"Bagaimanapun, Siti rasa kecewa sedikit sebab Siti tak dapat buat latihan yang sempurna dan mencukupi. Mana taknya, 17 Mac baru kami dapat buat latihan di Harbour Pavilion."

"Sepatutnya buat latihan dan full dress jam 12.00 tengah hari hari itu tapi terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Oleh kerana kami tak mahu menggangu mereka yang sibuk dengan persiapan pentas dan peralatan, Siti hanya mua berlatih jam 10.00 malam sampailah 12.00 tengah malam."

"Esoknya pula(pada hari konsert), Siti buat latihan setelah berpuas hati dengan sistem bunyi. Dari pagi Siti di sana, hanya pada jam 5.00 petang baru Siti dapat mula berlatih dan menjelang jam 7.00 malam, baru Siti berhenti."

"Bayangkan Siti ada selama satu setengah jam sahaka untuk bersiap-siap sebelum konsert bermula. Masa itulah terkejar-kejar nak mandi, nak bersolek dan sebagainya. Oleh kerana masa suntuk, Siti tak balik ke hotel."

"Memang meletihkan. Malah orang kata, macam cari nahas. Kalau tak kuat iman...lemah semangat, memang habis...Alhamdulillah...Siti tak patah semangat dan ada keyakinan diri."

"Walaupun dah penat sangat...Tapi Siti tetap berikan persembahan yang terbaik," jelas Siti yang menerima pelbagai barangan cenderamata dari pada peminatnya sepanjang konsert berlangsung.

Tambah Siti, "Selepas selesai konsert ini barulah senang rasa hati. Kalau nak tahu, tiga hari sebelum konsert, Siti langsung tak boleh lelap mata."

"Rasa berdebar-debar ada, risau ada...macam-macam lagilah Siti rasa. Bukannya apa, biarpun Siti tahu Siti mempunyai peminat di Singapura, tetapi Siti tak tahu macam mana sambutannya."

"Mampukah Siti menghiburkan orang di sini? Syukurlah, sekarang semuanya dah beres...Barulah Sitiboleh tidur lena," akuinya kepada HAI.

Biarpun konsert sudah selesai dan dia keletihan, Siti tetap tersenyum manis melayan peminatnya.

Seramai 69 peminat bertuah iaitu mereka yang membeli tiket berharga S$300(RM690) berpeluang bertemu dengan Siti secara eksklusif.

Biarpun konsert berakhir kira-kira jam 11.30 malam, hanya jam 1.30 pagi, barulah Siti 'bergerak' pulang ke hotel penginapannya di Hotel The Elizabeth, berdekatan Orchard Road.

Antara lagu yang didendangkan pada malam tersebut ermasuklah lagu-lagu popularnya seperti Engkau Bagaikan Permata, Kau Kekasihku, Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Nian Di Hati, Cindai, Satu Hati Satu Jiwa, Bisikan Asmara

dan Aku Cinta Padamu.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - BAYARAN MAHAL

Namun paling membanggakan bagi seorang artis muda negara ilah apabila tiket paling mahal yang berharga S#300 bagus terjual.

Malah harga tiket ini lebih mahal daripada harga tiket bagi menonton konsert bintang terkemuka dunia, Mariah Carey yang mengadakan persembahannya di Singapura, lima hari sebelum konsert Siti.

"Sebenarnya Siti risau juga dengan sambutan untuk konsert ini sebab tak sampai seminggu, superstar dunia mengadakan konsertnya di sini."

"Tapi syukurlah...Peminat Siti memberikan sokongan yang baik terhadap konsert ini."

"Ini menunjukkan satu perkembangan positif bagi industri seni tanah air kerana artis kita sudah diktiraf. Peminat sanggup mengeluarkan wang untuk menonton persembahan artis Melayu."

"Biasanya, layanan first class ini hanya diperolehi oleh artis-artis luar negara. Jadi apabila mereka sanggup membeli tiket Siti yang mahal, Siti rasa terharu dan sangat berbangga."

"Bagaimanapun hanya tiket yang tinggi ini bukanlah kerana 'letak harga' atau nak demand...Tetapi ada keistimewaan kepada mereka yang membeli tiket berharga S$300 ini."

"Antaranya ialah berpeluang bertemu dengan Siti secara personally. Ini adalah taktik pihak pengajur yang Siti rasa memberi faedah kepada artis dan peminat," ujar Siti yang agak terkilan kerana tidak dapat menonton persembahan Mariah Carey itu.

Selain tiket berharga S$300, tempat duduk bagi tiket-tiket berharga S$120(RM276), S$80(RM184) dan S$50(RM115) turut penuh dengan peminat setianya.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - LUMAYAN

Dengan populariti yang dimiliki oleh Siti sekarang ini, pihak pengajur sanggup mengeluarkan konsertnya di republik tersebut.

Khabarnya, bagi konsert keduanya ini, pihak pengajur telah sanggup membayar Siti sebanyak S$100 ribu atau kira-kira RM1/4 juta. Benarkah penyani ini mendapat bayaran selumayan itu?

"Sebenarnya bayaran yang Siti terima tak sampai pun sebanyak itu...Kala u nak diikutikan, separuh daripada bayaran yang diperkatakan itu pun tidak..."

"Dan kalau nak tahu, setiap bayaran yang Siti terima, bukan untuk Siti seorang sahaja. Siti kena juga membayar kedapa krew, penari, pemuzik dan sebagainya," jelas Siti.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - SIAPA TETAMU ISTIMEWA YANG MENONTON KONSERT SITI?

Khabarnya, terdapat tetamu istimewa yang menonton konsert Siti pada malan tersebut.

"Sebenarnya tertamu ini ialah seorang lelaki Jepun yang sanggup membeli tiket paling mahal dan duduk di depan pentas untuk menonton persembahan Siti."

"Malangnya, Siti tak tahu siapa nama lelaki Jepun itu. Cuma yang Siti tahu dia memang meminati Siti dan memiliki semua album-album Siti. Malah semasa Siti mendendangkan lagu Kau Kekasihku, Siti nampak mulutnya pun terkumat-kamit menyanyi bersama," cerita Siti.

Khabarnya juga, ada orang Taiwan yang turut menyaksikan konsert Siti dan mahu membuat satu konsert untuk Siti di negara tersebut.

"Sebenarnya orang Taiwan itu adalah kawan Mr Tan(Pengarah Urusan SRC). Memang Siti dengar, dia berminat nak mengadakan konsert Siti di Taiwan. Kalau betullah, alhamdulillah...Rezeki Siti. Malah itulah caranya untuk Siti memperkenalkan diri di negara orang," tambahnya.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - KONSERT KEDUA DI SINGAPURA

Selepas kejayaan konsertnya ini, Siti sekali lagi telah dijemput untuk mengadakan konsert keduanya di republik ini. Bagaimanapun kali ini, ia bukanlah konsert solo Siti sahaja, sebaliknya menggabungkan artis dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

"Selain Siti, khabarnya, Anita Sarawak dan Hetty Koes Endang akan dijemput untuk mewakili negara masing-masing. Siti memang dah lama teringin nak bertemu dengan mereka ini."

"Terutama sekali Hetty kerana Siti memang meminatinya dan semasa Siti menyanyi di majlis kenduri kahwin dulu, Siti selalu bawa lagu-lagunya."

"Siti juga tak sabar nak menyanyi ebrsama-sama Hetty kerana katanya pihak penganjur mahu kami menyanyi duet lagu Siti iaitu Aku Cinta Padamu mengikut versi Indonesia.

"Bagi Siti, kalau Siti dapat menyanyi bersama-samanya, ia seperti golden dream buat Siti."

"Kalau nak tahu, Siti bercadang nak undang Hetty sewaktu mengadakan konsert di Bukit Jalil dulu. Malangnya, hasrat tu terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah," ujar Siti yang akan mengadakan Setiausaha di Shah Alam, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, April ini.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - DENGAN SIAPA SITI SAMBUT RAYA HAJI?

Siti yang buat pertama kalinya menyambut Hari Raya Haji di luar negara juga memberitahu dia begitu hiba apabila mendengar takbir raya tanpa kedua-dua orang tuanya di sisi.

"Itulah pengalaman paling hiba Siti menyambut raya. Selama ini, Siti tak pernah beraya bersendirian tanpa ibu, bapa dan keluarga yang lain."

"Bagaimanapun nasib baiklah perasaan tu tak lama. Inilah 'korban' Siti. Keluarga Siti hanya tiba di Singapura pada sebelah malam 17 Mac."

"Biarpun tak beraya dengan keluarga kecuali bersama Abang Ayie dan isterinya, Kak Rozie, Siti tetap merasa kemeriahan Hari Raya kerana sempat berkunjung ke rumah Abang Ramli MS dan ke rumah pihak pengajur."

"Malah Siti sempat berhari raya ke rumah kakak angkat Siti Kak Sabariah di kawasan Pulau Sentosa sekalipun pada hari tersebut Siti terpaksa menjalani latihan."

"Sebenarnya, Siti dah lama kenal dengan Kak Sabariah ni iaitu di awal Siti menjadi penyanyi lagi. Kalau Siti turun ke Singapura, dialah selalu yang menjadi peneman."

"Nampaknya, cara mereka menyambut raya dan hidangan mereka tak jauh bezanya degan masyarakat di negara kita. Tapi buat pertama kalinya, Siti menjamah biskut suji. Sedap ya!" cerita Siti tentang pengalamanya beraya di tempat orang.

Kata Siti lagi, ibunya, Siti Salmah juga awal-awal lagi sudah menyediakan biskut cornflakes dan biskut kapal sebagai bekalannya sepanjang di Singapura.

HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA - BELI BUT MERAH

Bagaimanapun kata Siti, sepanjang hampir seminggu di Kota Singa itu, dia tidak berpeluang bersiar-siar kerana jadual kerje yang ketat.

"Orang kata kalau ke Singapura, tak sah kalau tak berjalan-jalan. Tapi malangnya, Siti langsung tak sempat nak merasa itu semua. Siti teringin juga nak merayau atau sekadar jalan-jalan ke Pulau Sentosa."

"Tapi masa tak mengizinkan. Bagi Siti, tanggungjawab menyelesaikan konsert ini lebih penting daripada segala-galanya. Kalau Siti berjalan pun, adalah ke pusat membeli-belah di Takashimaya."

"Itu pun sebab Siti terpaksa membeli kasut, satu but warna merah bagi dipadankan dengan baju bagi segmen finale dan beberapa barangan lain yang diperlukan untuk konsert tersebut," cerita Siti lagi.

INFOMASI | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1