MEDIA HIBURAN Mei 2000 | KORESPONDEN | UTAMA


SITI NURHALIZA - Tidak tidur malam kerana kakak diva

Sejak mula pandai menyanyi, Siti Nurhaliza mengakui bahawa dia sering menyanyikan lagu-lagu Anita, Sheila dan Hetty. Baik untuk majlis sekolah mahupun sudah popular. Lagu-lagu popular dari kakak-kakak divanya masih terus dinyanyikan.

"Tidak salah kalau Siti katakan, Siti memang membesar dengan lagu-lagu yang mereka bawa. Tanpa Sii sedari akhirnya, Siti dapat bersama mereka untuk satu konsert.

"Bagi Siti ini adalah satu penghormatan yang terlalu besar dan Siti rasakan bagai mimpi kerana dapat menyanyi dengan mereka yang memang popular dan jauh lebih matang dari Siti. Siti baru sahaja 4 tahun lebih berkecimpung dalam dunia ini tetapi Siti benar-benar bangga kerana mahu menerima Siti bergandingan dengan mereka. Sekali lagi Siti katakan, ini adalah waktu paling bermakna buat Siti," ujar Siti dengan tenang.

Menurut Siti, bila ditawarkan untuk bersama konsert Diva hatinya terus menjadi gelabah. Hinggakan beberapa malam dia tidak dapat tidur memikirkan tentang konsert ini.

"Siti rasakan, ini adalah waktu keemasan kerana daripada sini nanti Siti boleh belajar dari pengalaman mereka menguasai pentas. Bagi Siti ketiga-tiga kakak diva ini ada keistimewaannya. Mereka bukan sahaja cantik, tetapi mempunyai bakat semulajadi yang harus dipuji," tambah Siti sambil tersenyum.

KORESPONDEN | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1