EH! EH! Aku Dari Jauh | KORESPONDEN | UTAMA

SITI DILAMUN CINTA...

Siti Nurhaliza, dia sudah banyak menyimpan anugerah dlm khutub khanah peribadinya. AIM 1999 bagi 3 kategori, Persembahan Vokal Artis Wanita Terbaik, Album Terbaik & Album Pop terbaik adalah yg terbaru. Pemerhati dan peminat meramalkan 2000 tahun Siti membolot lagi pelbagai anugerah.

Siti, dia juga pilihan Pepsi Music 2000, di barat Ricky Martin dan di Hong Kong Aaron Kwok. Semua tahu Siti juga model Maybelline juga duta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSMM).

Selepas ini apa lagi yg bakal kita dengar & saksikan drpd Siti? Banyak syarikat sedang mengintipnya. Mungkinkah Siti akan mengejutkan peminat dgn cerita yg lebih peribadi. Desas-desusnya, Siti akan melangsungkan pertunangannya tahun ini. Siapakah jejaka yg bertuah itu....(Yusry KRU kah?). Kalau ya tentu tidur Siti tidak lena lagi & makan pun sudah tidak kenyang tapi katanya mandi mesti basah. Beginilah keadaan Siti kalau dia dilamun cinta.

1) Kalau saya miliki wang berjuta-juta
-Saya akan membina mahligai impian saya
-Saya akan membina masjid...InsyaAllah
-Membantu golongan yg memerlukan

2) Perkara paling jahat pernah saya lakukan
-Menipu...tapi utk menyelamatkan keadaan
-Memukul orang...Jangan salah sangka, itu masa zaman kanak-kanak dulu

3) Saya tahu saya jatuh cinta apabila
-Saya tidur tak lena, makan tak kenyang tapi mandi basahlah

4) Jika saya terdampar di sebuah pulau, 3 perkara yg saya inginkan
-Keluarga saya datang menyelamat
-Makanan yg mencukupi
-Majalah & radio supaya tidak bosan

5) Perkara paling menyeronokkan saya ialah
-Membeli-belah
-Usaha saya dihargai
-Apabila peminat terhibur dgn persembahan saya

6) Kalau saya miliki kuasa ajaib Sabrina the Teenwitch, saya akan
-Menjadikan dunia aman & tenteram
-Berada di mana-mana dlm sekelip mata

7) Seorang gadis itu seksi kerana
-Personalitinya yg menghiburkan & tidak hipokrit

8) Seseorang lelaki itu seksi kerana
-Karisma yg tersendiri
-Tutur bahasanya

9) Kalau saya seorang lelaki, saya akan menjadi
-Ketua keluarga yg baik
-Saya akan kahwin dgn Siti Nurhaliza(jgn mare)

10) Tabiat buruk saya yg sukar ditinggalkan
-Sanggup tak makan krn nak baca majalah

11) Lagu yg membuat saya bergoyang & ingin berdansa ialah
-Livin'La Vida Loca (Ricky Martin)

12) Makanan & minuman paling lazat yg boleh membuat air liuh saya meleleh ialah
-Masakan ibu sayalah....

13) Perkara terakhir yg saya ingin lakukan sebelum mati
-Amal ibadat
-Mengucap 2 kalimah syahadat

KORESPONDEN | UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1