Iszaid Dipole-Dipole Bond
Satu lagi projek dibawah Rancangan Komuniti Global Aspirasi Iszaid. Diseliakan oleh Unit Teknologi Iszaid.
PERMASALAHAN LINA JOY BOLEH DIATASI
Bagi pandangn saya, kes penukaran agama melalui hitam putih iaitu kes Lina Joy ini hanya akan mendatangkan masalah kepada kestabilan perpaduan rakyat. Telah tersebut dalam perlembagaan Malaysia bahawa orang melayu itu mewakili Islam. Dalam kata yang lebih mudah: semua orang melayu adalah Islam.
Konsep inilah yang menjadi pertikaian dalam kes Lina Joy. Hal yang demikian, tidak mustahil suatu hari nanti; bakal wujud pelbagai persatuan melayu murtad jika dan hanya jika perkara dalam perlembagaan ini terus menerus dicabar.
Jangan panik, masih ada penyelesaiannya. Bagi saya, cara penyelesaian paling mudah adalah dengan mengeluarkan kenyataan kerajaan yang mengarahkan Lina Joy memulangkan semua kelebihan(Hak istimewa orang melayunya) yang telah diberikan kepadanya sejak ia lahir di bumi Malaysia ini kepada pihak kerajaan. Ini beerti semua bantuan kerajaan kepada dirinya sejak dari mula hingga sekarang, perlulah diserahkan kembali dengan kadar yang sama tanpa sebarang pengurangan. Ini adalah jelas dibawah payung perlembagaan yang menjelaskan bahawa hak keistimewaan bumiputera dan orang melayu dilindungi. Jika dia keluar agama islam beerti beliau menafikan perlindungan agama dan status melayu keatas dirinya Sehubungan itu, jika beliau keluar dari agama Islam, difinisi melayu bagi beliau sudah tentu tidak lengkap dan tidak selari dengan apa yang tertulis dalam perlembagaan. Jadi adalah menjadi kewajipan kepada beliau untuk menyerahkan hak keistimewaan yang diperolehi beliau sejak lahir hingga kini kepada pihak kerajaan dalam tempoh masa beliau ingin keluar dari agama Islam itu sendiri.Perlu diingat bahawa perlindungan dan hak istimewa diberikan sejak kecil lagi; dan kerana itulah dia perlu bayar balik sejak beliau lahir.
Cadangan yang dinyatakan oleh saya seperti diatas bukanlah untuk menyinggung mana-mana pihak atau agama, sebaliknya saya berpandukan pada asas kesucian perlembagaan Negara yang mengharamkan konflik antara bangsa ataupun agama kerana itu hanya akan menyebabkan perpecahan dan masalah kepada Negara.
Andai kata Lina cukup bijak untuk menolak penyelesaian diatas dan/atau tidak mahu membayar balik hak keistimewaanya kepada kerajaan, sudah tentulah kerakyatannya boleh ditarik balik oleh kerajaan kerana kerakyatannya boleh dipersoal kerana status kesetiaannya kepada Negara adalah berbelah bahagi (pincang). Maka dia boleh dilucutkan kerakyatan seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan Negara.
Selai dari 2 jalan penyelesaian diatas, opsyen terakhir yang boleh dibuat oleh Lina Joy adalah dengan menggugurkan rayuan disemua mahkamah berkaitan dengan serta-merta. Itupun jika dia masih mahu menjadi rakyat Malaysia.
Atau… ISA menjadi jawapan paling akhir kerana berani mencabar ketulusan perlembagaan Negara. Belaiu boleh disabitkan kesalahan atas perbuatan mencalarkan keunggulan perlembagaan dan boleh didifinisikan sebagai virus Negara. Begitulah pentingnya tindakkan kerajaan dalah usaha menangani isu ini.
Itu sahajalah cadangan saya bagi mengekalkan ketelusan perlembagaan dicabar dan dalam masa yang sama mengelakkan semua pihak bertikam lidah berhubung dengan perbezaan agama. Ingatlah bahawa Negara ini dibina atas limpahan keringat para perajurit yang sangup bermati-matian mempertahankan Negara dari ancaman musuh durjana. Sudah menjadi kewajipan kita untuk saling mengekalkan keharmonian Negara dan terus berjaya menempuh hari-hari mencabar. Selamat Hari Merdeka.

Sekian Terima Kasih.

ISZAID BIN IDRIS
Selayang Baru

[email protected]
2006-08-24 09:58:44 GMT
Hosted by www.Geocities.ws

1