from UMNO Youth website 3 March 2003
|
Sdr Editor!
Saya menganggap polemik Shamsul Akmar – Tun Faisal (beberapa minggu lalu) sebagai satu perkara yang sangat menarik untuk dibincangkan. Jelas sekali, surat Tun Faisal telah berjaya menggugat ego seorang kolumnis terkenal New Straits Times (NST), sehingga menyebabkan Shamsul Akmar menggunakan seluruh tenaga untuk membalas tulisannya.
Walaupun menganggap surat Tun Faisal sebagai surat dari
seorang ahli Pemuda UMNO yang tidak dikenali, yang remeh dan perlu dinyah
pedulikan (diulang beberapa kali), Shamsul Akmar nampaknya terpaksa turun jauh
ke bawah untuk mempertahankan dirinya.
Berdasarkan bacaan saya, surat Tun Faisal hanya tindak balas kepada artikel
Shamsul yang lantang mengkritik Pemuda UMNO. Surat tersebut tidak pernah tersiar
di NST dan mana-mana surat khabar utama. Ia hanya disiarkan oleh laman web
Pemuda UMNO.
Wajarkah Shamsul, sebagai kolumnis terkenal membalas satu surat yang impaknya tidak seberapa? Perlukah beliau menggunakan kolum hari Sabtu untuk membalas satu surat yang tidak diketahui kewujudannya?
Saya fikir cuma ada satu sebab kenapa Shamsul sanggup bertindak sejauh itu – sikap tidak boleh menerima kritikan. Sepatutnya sebagai seorang yang rajin mengkritik orang lain, Shamsul patut belajar menerima kritikan.
Bagi saya jawapan Shamsul sangat memalukan. Beliau takut dan mengelak dari menjawab soalan-soalan panas yang ditimbulkan oleh Tun Faisal.
Di samping itu tindakan Shamsul menggunakan taktik meremehkan surat Tun Faisal, merupakan taktik kotor, yang sekaligus menunjukkan Shamsul tidak jujur memperjuangkan kebebasan bersuara.
Pembantu politik kanan UMNO yang disebut telah memberi nasihat yang betul – Shamsul sepatutnya tidak mengambil peduli tentang surat Tun Faisal. (hanya Shamsul, bukan orang lain). Kerana akibat dari tidak mendengar nasihat, akhirnya Shamsul dipengaruhi emosi dan memalukan diri sendiri.
Megat Zulhazmi
Keramat