ABSTRACTS OF PAPER PRESENTED IN SYMPOSIUMS AND CONFERENCES AND PUBLISHED IN JOURNALS 1990-2001



 
 

Kajian ikonografi, perletakan dan jenis ukiran kayu bermotif flora pada rumah-rumah tradisi di Perak
Ismail Said, Mohd Tajuddin Rasdi
Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, No. 32(B), Jun 2000.


Key words : Ukiran, tradisi, ikonografi, flora, motif.

Ukiran kayu merupakan salah satu elemen penting dalam seni bina rumah Melayu tradisi.  Kehadirannya pada sesebuah bangunan kebiasaannya dikaitkan dengan status pemilik sebagai ‘orang besar’ atau orang kaya, tetapi bagi ahli akademik, ukuran kayu dikatakan mempunyai maknanya tersendiri. Sejarawan tempatan telah menyatakan bahawa terdapat suatu sistem tata letak dan makna tertentu pada ukiran kayu yang wujud pada rumah Melayu tradisi. Kajian ikonografi adalah suatu penyelidikan tentang makna asal sesuatu elemen seni atau  seni bina, manakala kajian tata letak berkait rapat dengan suatu sintaks bahasa pada susunan seni bina. Kajian jangka pendek ini cuba untuk membuat verifikasi secara ilmiah tentang pernyataan sejarawan tempatan tentang teori makna dan tata letak seni ukiran pada bangunan. Suatu kelemahan yang wujud masa kini tentang penulisan dalam bidang ini adalah ketiadaan rangka kerja yang sistematik untuk membuat perbandingan antara rumah-rumah dengan seni ukirannya. Kelemahan tentang pernyataan berkait dengan ikonografi pula tidak menyebut tentang sumber-sumber maklumat sejarah. Kajian ini cuba menangani kelemahan ini dengan membuat penyelidikan awal tentang seni ukuran bermotif  flora pada rumah-rumah tradisi di Perak.
 
 
 
 

Ismailsaid2003.All Rights Reserved®
Hosted by www.Geocities.ws

1