Artikel ini tidak bermaksud penyelidikan ilmiah.  Ia hanya sekadar igauan atau mimpi ngeri akibat serangan rejim Yahudi yang dilaknati oleh Allah kepada bangsa Arab Palestin.

Minta renung sejenak, mengapa terjadinya perkara ini.  Ambik susur galur sejarahnya kembali.  Kedua bangsa ini adalah bersaudara.  Asalnya dari Datuk mereka iaitu Nabi Ibrahim.  Pada Isteri pertama iaitu Siti Hajar mendapat anak Ismail sehingga kepada Nabi Muhammad.  Pada Isteri kedua, Siti Sara mendapat anak yang bernama Ishak yang susur galurnya kepada Nabi Yaakub, Nabi Yusuf yang pernah mentadbir perbendaharaan Mesir dan seterusnya kepada Nabi Zakaria dan Nabi Isa.

Jika diteliti secara jelas, kaum Yahudi ini adalah bangsa yang tidak mengenang budi sampai sanggup membunuh Nabi-nabi Allah.  Apatah lagi pada masa mengikut seruan Nabi Musa dahulu mereka sanggup murtad dengan menyembah lembu walaupun setelah dinasihati dan dilarangi oleh Nabi Harun.  Sekarang ni, kita dah jelas akan akidah mereka, bukan lagi tergolong sebagai ahli kitab, sebab kitab Taurat yang ada pada hari ini telah mengalami pelbagai pindaan.

Akibat dari kedegilan mereka, Allah s.w.t telah melaknati mereka sehingga mereka menjadi bangsa yang terbiar, menjadi pelarian di merata tempat didunia.  Sehingga pada waktu Perang Dunia Kedua, bangsa Yahudi telah dibunuh secara kejam oleh pihak Nazi Jerman.  Akibat campur-tangan Inggeris dan Amerika, barulah mereka dapat bertapak kembali di BaitulMaqdis dan Juruselam yang sebelum itu menjadi hak rakyat arab Palestin.  Maka berbondong-bondonglah bangsa Yahudi dari sepelusuk dunia menetap di Tebing Barat atas campurtangan Amerika.

Maka nasib rakyat Palestin bertukar menjadi mimpi ngeri.  Merempat dibumi sendiri dan mengalami nasib tak ubah seperti hamba abdi disepak dan diteranjang secara sesuka hati oleh tentera Yahudi.  Mana-mana yang tak tahan dengan penganiayaan berhijrahlah ke luar negeri terutama Lubnan.

Kaji dengan mata akal dan mata hati, bagaimana perkara ini boleh terjadi?  Renung kembali dan bukalah mata kita dengan seluas-luasnya.  Bagaimana suatu bangsa yang menganut agama yang sebenarnya (Islam) tidak (atau belum lagi) mendapat pertolongan Illahi, manakala bangsa Yahudi yang dilaknati oleh Allah mampu melakukan secara sesuka hati tanpa mendapat tentangan sebenar dari umat Islam.

Umat Islam hanya mampu membuat setakat demontrasi dengan membakar bendera Amerika dan Yahudi sambil menjerit beramai-ramai membaling batu pada Israel dan setengahnya meletupkan diri.  Saya tak mau menyentuh bab meletupkan diri.  Bergantung kepada tafsiran masing-masing.  Cuma bab membakar bendera sambil menjerit ganyang Amerika dan Yahudi.  Tindakan tersebut ibarat anjing menyalak bukit.  Bukit tak runtuh, suara anjing jer yang lebih.  Dalam Islam ada kaedahnya.  Mengapa terjadinya demikian???

Jawapannya ialah :   JANGAN SALAHKAN MUSUH !!!

Salahkan diri umat Islam itu sendiri.  Memang kerja musuh untuk merosakkan kita.  Dan mengapakah kita hanya berslogan untuk menyalahkan mereka?  Siapa yang patut dipersalahkan?  Lepas itu perbaikilah individu Islam itu sendiri agar menjadi umat Islam yang BERTAQWA pada Allah.  Barulah boleh pergi berperang dengan Israel.

Hanya dengan TAQWA sahaja barulah tiba pertolongan Allah.  Lihatlah sejarah dahulu kala.  Pada waktu tentera Sallehuddin Al-Ayubi hendak berperang menawan kota Konstantinople, hanya mereka yang sembahyang tahjud malam dan membersihkan diri dengan Nur Illahi sahaja yang diajak berperang.  Dan sewaktu tentera Saidina Umar hendak pergi menawan Kota Rom, tenteranya diajak memperbetulkan syaf sewaktu hendak bersembahyang.  Maknanya umat Islam perlu menjadi mujahidin-mujahidin sejati, barulah tiba bantuan Allah.  Sekarang lihat pula apa yang berlaku pada umat Islam sekarang ini?

Sebelum pergi jauh, lihatlah mengapa bangsa Palestin dihina sebegitu rupa oleh Tentera Yahudi?  Sebenarnya bangsa Palestin adalah simbolik di atas sikap bangsa Arab yang tidak memperbaiki diri mereka ke arah insan yang bertaqwa pada Allah.  Semua sumber rezeki ada pada perut bumi masing-masing seperti minyak.  Yang mana kalau dipergunakan pada saluran yang betul, boleh melingkupkan ekonomi Yahudi dan Amerika.  Bangsa Arab ini pulak tidak bersatu.  Sedangkan dalam negara mereka, ramai Pak Syeikh dan Ketua Agama yang mana kalau boleh berfungsi dengan betul boleh menyatu padukan bangsa Arab.

Tapi ini tidak berlaku. Bangsa Arab yang mahir dalam bahasa Arabpun tidak mampu mengangkat kembali kemulian Islam.  Cara hidup mereka lebih banyak mengikut cara hidup orang barat daripada mengamalkan cara hidup Islam.  Apatah lagik dengan dibuai kekayaan, menyebabkan mereka lupa daratan dimana banyak wang dihabiskan di negara Barat daripada negara Islam yang lain.  Kalau bagi pada pelajar di Al-Azhar Mesir pun lagik bagus.

Pada hati dan tindakan mereka membenci Yahudi.  Tetapi lihat apa yang sebenarnya? Corak pakaian mereka, akhlak mereka, sudut pemikiran mereka malahan keseluruhan makan minum mereka bergantung kepada atau menyamai orang Yahudi.  Masakan bantuan Allah hendak tiba?  Tiap-tiap barangan buatan Yahudi semua mereka sapu dan bukan boikot.  Malahan mereka sendiri yang bekerja dengan pihak Yahudi dan bukannya mampu untuk berdikari.  Macam rokok Malboro, Dunhill sabun buatan Yahudi dan barangan lain seperti Filem keluaran Hollywood bukan sahaja pihak Palestin yang tolong menaikkan ekonomi Yahudi malahan keseluruhan bangsa Arab termasuk ilmuan agama sendiri pun menyokong barangan buatan Yahudi termasuk juga umat Islam di Malaysia!!!

Lihatlah KFC, Pepsi, Coca-cola dan daripada minuman susu kanak-kanak keluaran Nestle, Snow White dan banyak lagik sehingga pakaian putih (Selimut Putih) suatu ketika dahulu diimpot dari Amerika digunakan untuk menutup jenazah.  Mengapa ini semua boleh terjadi?

Jawapannya SALAHKAN DIRI SENDIRI.

Dan bukannya dengan alat peletup diri, demontrasi, revolusi bakar bendera Yahudi dan lain-lain lagi.  Pihak Yahudi macam itu jugak.  Lebih lagik macam ular sawa kekeyangan.  Lepas tu kita cari susur galur bagaimana nak menyembuh penyakit.  Penyakit umat Islam sekarang dah masuk peringkat kronik. Tiap-tiap bangsa Islam semuanya berpecah belah dan bukan bersatu hati dalam menangani pihak Yahudi.  Perpecahan umat Islam inilah yang memudahkan pihak Yahudi dengan bantuan Amerika memperlekehkan umat Islam itu sendiri.  Apa puncanyer...

 

1.  ILMU

Diakui atau tidak ilmu memainkan peranan penting dalam mempertabatkan ketinggian bangsa.  Lihatlah perbezaan ilmuan antara pihak Arab dengan Yahudi.  Kemaraan bangsa Yahudi ke Palestin bukan memakan masa sehari dua.  Malahan ratusan tahun sudah ada perancangan ini.  Pihak datuk nenek Yahudi dulu sanggup bekerja keras demi anak cucu cicit mereka.  Walaupun mereka tahu, mereka akan meninggal sebelum masa untuk melihat kejayaannya.  Kaedah ini juga mereka gunakan untuk menenggelamkan keagungan Turki dengan melahirkan banyak anak-anak luar nikah.  Hatta Presiden Turki Modenpun, Mustapha Kamal Attaturk pun tidak diketahui asal galur mak bapanya.  Lihatlah dalam semua aspek kehidupan.  Bangsa Yahudi menguasai bumi Amerika.  Walaupun jumlah mereka tidak melebihi 4% daripada penduduk Amerika, namun mereka cukup berpengaruh sehingga kesemua dasar Amerika, pihak Yahudi yang control.  Bangsa Yahudi semacam menjadi Ilmuan.  Penasihat pada pihak Amerika.  Pada anak-anak Yahudi, siang malam diasuh dan dididik agar mencintai ilmu.  Dengan ada nya ilmu ini, ekonomi Amerika mereka boleh pegang.  Dengan menguasai segenap sudut pertahanan Amerika, dasar luar Amerika yang mana setiap Presiden Amerika yang dilantik, seolah-olah menjadi boneka kepada bangsa Yahudi.

Sekarang kita lihat pulak ilmu pada umat Islam.  Tak perlu pergi jauh-jauh, lihatlah di Malaysia sendiri.  Bangsa mana mana yang mencipta kerja dan bangsa mana yang ramai jadi kuli di atas tanah air sendiri?  Bangsa mana yang ramai pergi ke Pusat Serenti? Bangsa mana yang ramai membuang masa melepak di pasar raya sehingga mendapat gelaran Bohsia dan Bohjan?  Mengapa mereka ini tidak berminat menimba ilmu?

Hatta di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, kaum yang bukan beragama Islam yang ramai menuntut ilmu berbanding dengan anak-anak Melayu yang beragama Islam.  Sebab umat Islam walaupun tidak semua, meremehkan bidang ilmu.  Alasan yang diberi…malaslah.. tetapi kalau dibuat hiburan anak-anak Melayulah yang ramai jadi pengunjungnya.  Sebab bila dengan ilmu yang berkurangan, pendedahan dengan persoalan masyarakatpun agak berkurangan.  Apatah lagi dengan ilmu untuk menaikkan kembali umat Islam.  Sedangkan untuk menjatuhkan Yahudi, umat Islam, kalau tidak dapat melebihi, perlu menyamai ilmu yang ada pada cerdik pandai Yahudi ini.  Barulah boleh menjadi suatu umat yang tidak mudah diperkotak-katikkan.  Atau dengan bahasa mudah, kepala kita tidak mudah dipijak oleh orang lain.  Begitulah tamsilannya dengan bangsa-bangsa arab di Timur Tengah.  Sudah hampir setengah abad mereka menjadi pelarian di negara sendiri.

2.  Taqwa

Rasanya ayat ini setiap minggu keluar semasa khutbah sembahyang Jumaat.  Bertaqwalah kamu dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  Tapi apa dah jadi pada umat Islam hari ini.  Hatta Pak Syeikh arab Saudi yang memakai jubah serban di negaranya, semua orang tahu bila sampai ke Thailand habis dibuka serban jubahnya, berkepit dengan gadis muda Thailand.  Saya tak berani nak tuduh apa-apa sebab ketiadaan bukti dari 4 saksi.  Memang tiada saksipun dinegara yang bukan beragama Islam.  Mereka bebas buat apa sahaja.

Begitulah taqwa bangsa arab pada hari ini.  Walaupun tidak semua.  Seperti kata pepatah Melayu, seekor kerbau membawa lumpur, semua (kawannya) terpalit.  Di negara Palestin sendiripun, pengamalan Islam agak kurang.  Contohnya pakaian, masih ramai lagik tidak menutup aurat (kecuali yang beragama kristian).  Kalau pakaian pun begitu, apatah lagik nak buat macam singa disiang hari, abid di malam hari.

Kalau nak menang soal penyerahan diri pada Allah kena buat betul-betul.  Baru Allah lagi jalan keluar untuk menang.  Macam di Malaysia juga,bangsa mana yang kerap buat perangai macam haruan makan anak?  Kalau Pak Arab bersukaria dengan bangsa asing, tetapi di Malaysia, bab sumbang muhram atau perbuatan sumbang sesama muhrim banyak berlaku pada bangsa Melayu.  Begitu juga dengan kes bapak yang sepatutnya menjaga anak-anak terutama perempuan bersikap macam haruan makan anak.  Maklumat ini saya perolehi dari kawan-kawan saya yang bertugas sebagai Peguam (Bukan Syariah) di sebelah Utara (Kedah dan Perak).

Tak perlu saya untuk menjelaskan puncanya.Saudara-saudari pun tahu jawapannya.  Tapi itulah realiti semasa umat Islam masa kini.  Jadi umat Islam harus memahami mengapa doa untuk mencapai kemenangan masih lagik tertolak.  Apa yang penting, perbetulkan keadaan masyarakat itu dahulu.  Beri didikan dan panduan.  Perbaiki diri sendiri dahulu dan kurangkan menyalahkan orang lain.

Nak salah pemimpin pun, masyarakat juga yang pilih.  Nak tahu keadaan sosio-ekonomi masyarakat, lihatlah cara hidup pemimpin tersebut.  Macam pencuri, takkan nak pilih ustaz jadi ketua mereka?  Mesti memilih mereka yang pakar dalam merompak untuk dipilih menjadi ketuanya.  Jadi nak ubah perompak ni menjadi insan yang baik kita kenalah jadi masyarakat yang terbaik.  Macam ketua perompak, akhir bertaubat setelah melihat kebaikan Syeikh Qadir Al-Jalani yang sentiasa bercakap benar.

Nak harap pada pemimpin jauh sekali.  Sebab kemenangan dalam Islam selalunya bermula dari bawah.  Baru naik keatas.  Sebab masyarakat yang perlu ditarbiahkan untuk mengamalkan cara hidup Islam.  InsyaAllah lama kelamaan sampai kepada pemimpin jugak.  Lihat la sejarah dahulu.  300 tahun umat Islam dalam keadaan aman (zaman Tabiin).  Walaupun di bawah pemerintahan yang zalim seperti di bawah pemerintahan Bani Muawiyah dan Bani Abbasiyah.   Namun masyarakatnya kerana takut pada Allah.

Barulah Allah bagik kemenangan.Pokok pangkalnya bertolak kepada diri kita dahulu.  Lepas itu baru pada keluarga dan seterusnya masyarakat dan NEGARA ISLAM.

Sekian. Wassalam.

 

P/s:   Kalau ada teguran untuk kebaikan bersama, sila hantar pada saya.  Dengan niat kerana Allah jua.  Saya insan biasa, banyak kelemahannya.

Rumah ku, syurga ku.Dari rumahlah bermulanya pembinaan empayar Islam.

Hosted by www.Geocities.ws

1