MEREKA
YANG KAYA DENGAN KEMISKINAN
Untuk mendapat maklumat terkini, sila pergi ke laman web http://www.rufaqa.com dan lihat bahagian pengenalan Pengerusi
Rufaqa. Terima Kasih.
Dalam Islam, matlamat perjuangan ialah untuk mencari keredhoaan Illahi.
Berjuang mesti berkorban, dan dalam pengorbanan pasti ada yang terkorban.
Itulah lumrah kehidupan perjuangan.
Dalam Islam makin berjuang bukan makin banyak mengumpul harta.
Apatah lagik untuk memburu gelaran dan pangkat.
Tidak juga untuk mendapat
kesenangan dan kemewahan hidup di dunia. Sebaliknya
semua diburu untuk mendapat saham di akhirat.
Dengan rahmat Allah jua.
Dalam Islam, makin berjuang, makin redho menuju ke arah kemiskinan.
Sebab harta kekayaan dipergunakan untuk membangunkan syiar Islam.
Lihatlah hartawan Islam pada zaman Nabi Muhamad iaitu, Abdul Rahman bin
Auf, seluruh kekayaannya dihabiskan untuk pembangunan Umat Islam.
Pada perancangan beliaulah ekonomi Islam dapat membangun sehingga
memusnahkan rangkaian perniagaan orang Yahudi sehingga mereka gulung tikar.
Bersama dengan artikel ini diperturunkan kisah dahulu kala untuk renungan
dan iktibar kita bersama.
Pernah seorang pemuda datang ke Masjid Nabi,sewaktu Nabi sedang duduk bersama
sahabat. Lalu Rasul berkata,
“Kalau engkau mahu tengok orang yang cintakan Allah dan Rasul, tengoklah
pemuda itu”. Dengan serentak
mereka melihat. Ternyata pemuda
yang masuk ketika itu adalah Mus’ab bin Umair.
Rasulullah bersabda lagi, “Kamu lihat bajunya yang bertampung dengan kulit
kambing. Dulu ia adalah seorang
hartawan di kota Makkah dan keluarganya orang yang kaya.
Sedang makanannya berhidang dan tukang hidang akan melayaninya
sebaik-baik mungkin. Tetapi demi
cintanya kepada Allah dan Rasul, engkau lihatlah sekarang.
Yang tinggal hanyalah baju yang bertampung.
Makannya entah dapat entah tidak dan lebih banyak berlapar dari
kekenyangan.
Pada waktu Umar Bin Abdul Aziz memerintah negara Islam ia berucap diatas mimbar
kota Baghdad. Katanya, “Tuan-tuan
semua tidak tahu kalaulah tidak kerana beberapa orang pemuda atau orang-orang
yang dipandang oleh Allah nescaya dunia ini telah terbakar oleh kejahatan
manusia. Tetapi Allah masih boleh
selamatkan kita kerana mereka masih berada dimuka bumi ini,”.
Itulah orang-orang yang Rasul maksudkan dalam ucapan baginda sebagai orang-orang
yang berpakaian compang-camping dengan keadaan yang tidak terurus.
Kalau ia memasuki perkampungan nescaya pasti orang akan menghinanya.
Kalau ia meminta pertolongan, tiada siapa yang membantunya.
Kalau ia meminang gadis-gadis antara kamu nescaya kamu akan menolaknya.
Tetapi kalau mereka berdoa dengan Allah tiada batas antaranya dengan
Allah.
Merekalah yang menjadi teman kepada Umar Al Khattab di malam hari.
Merekalah yang menjadi rakan Ali di kala suka dan duka.
Merekalah orang–orang Allah dimuka bumi!
Mereka itulah yang jika ke medan jihad dengan cita-cita tidak mahu balik
lagi. Merekalah yang apabila petang
hari, sebelum matahari terbenam akan menyedekahkan harta-harta, pakaian dan
makanan yang melebihi keperluan mereka.
Lalu mereka berdoa kepada Allah: “Ya Allah, kalaulah malam ini masih ada orang
yang lapar, janganlah engkau salahkan aku kerana aku telah sedekahkan semua
hartaku. Dan kalau ada orang yang
tidur dalam kesejukan, janganlah Engkau salahkan aku kerana aku telah sedekahkan
selimutku.”
Inilah peribadi mereka yang telah dididik oleh Rasulullah dengan didikan taqwa.
Yang hidup dalam kemiskinan tetapi mampu menolong orang lain.
Mereka inilah orang yang kaya dalam kemiskinan.
Merekalah yang menumbangkan empayar Rom dan Parsi tetapi dalam hati mereka tidak
ada sebesar debu pun keinginan terhadap dunia. Mereka itulah apabila ditawarkan pangkat dan jawatan, lumpuh
kedua kaki dan tangannya dan jantungnya berdebar kencang.
Tetapi apabila diberi peluang mati syahid mereka berharap kalau boleh
biarlah seratus kali mati.
Rasulullah melihat dan mendidik mereka. Kalau
mereka cinta kepada pangkat, pangkat itu akan dilucutkan darinya.
Kalau mereka cinta nama, nama itu dibuang daripadanya.
Kalau mereka cintakan harta, cinta mereka dialihkan kepada orang lain.
Mereka didorong supaya mendapat kan pangkat taqwa.
Harta yang mereka cari adalah kawasan-kawasan tanah disyurga.
Mereka sanggup mengorbankan apa sahaja hingga papa kedana untuk
mendapatkan tapak disyurga.
Hinggakan Abu Bakar datang kepada Rasullullah menghabiskan segala hartanya.
Rasulullah bertanya, “Wahai Abu Bakar, apa yang masih tinggal untuk
anak dan isterimu?”
Abu Bakar menjawab, “Yang aku tinggalkan pada anak dan isteriku ialah Allah
dan Rasulnya.” Inilah hati mereka.
Hati yang selalu mencemaskan akhirat dan neraka, hingga tidak sempat
memikirkan kekayaan peribadi. Mereka
kalau disogokkan dengan
harta dunia, jawatan, pangkat dan kemasyuran, ia akan lari sebagaimana lari dari
harimau yang ganas. Tetapi kalau
diminta untuk syahid atau diseru berkorban apa saja untuk membangunkan agama,
merekalah orang yang berada di barisan paling depan.
Jiwa-jiwa seperti merekalah, jiwa yang telah membangunkan agama Allah.
Hati merekalah hati yang menyintai hidup miskin demi menegakkan urusan
ummah. Di sebalik kesederhanaan
hidup mereka, muncul orang yang tajam fikirannya seperti Abu Bakar As-Siddiq.
Orang yang memiliki sifat perwira seperti Khalid Al Walid. Orang yang benci pada pangkat yang berhubung dengan urusan
dunia seperti Nu’man Bin Muqarrin.
Orang yang lebih rindu anaknya mati syahid daripada mati sakit.
Orang yang bersuluk dan beribadah. Tasbih
ditangan kanan dan pedang dikanan kiri menunggu-nunggu pertahanan musuh seperti
Salman Al Farisi. Orang yang
sanggup memegang dan menumpaskan ekonomi Yahudi serta ekonomi kafir-kafir
lainnya seperti Abdul Rahman Bin Auf. Orang
yang sanggup mati perwira-perwiranya seperti Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.
Dia pernah berkata Saidina Umar “Saya lebih suka mati bersama-sama
mereka daripada lari dari mereka yang diserang taun.”
Orang yang kalau berhadapan dengan musuh tidak ada pilihan selain mati
mempertahankan agama.
Peribadi inilah yang menghiasi pentas sejarah. Bilakah akan lahir jiwa seperti mereka, bila harta diserahkan
pada mereka nescaya ia akan merintih kerana telah datang dunia untuk merosakkan
akhiratnya. Merekalah yang
mentadbir dengan adil tetapi apabila ditanya orang di mana letak istananya
rakyatnya akan menunjuk nun di sana di bawah sebuah khemah dicelah-celah pokok
tamar. Berjalur tubuh dibelakangnya
bila ia bangun dari tidur.
Apabila mereka kembali kepada Allah baju yang membalut badan merekalah sebagai
kain kafan. Dan setelah mereka
wafat, anak dan isteri mereka tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka kecuali
dua tiga biji mangkuk ataupun sebilah dua pedang.
Tidak ada apapun yang hendak direbutkan. Bila berjumpa dengan pemimpin mereka akan berucap “saya
hendak syurga”. Seperti Abdul
Rahman Bin Auf jumpa Rasulullah “Ya Rasullullah saya hendak syurga. Saya mendengar Rasullullah berkata saya akan lambat masuk
syurga dengan sebab harta saya. Izinkanlah
saya habiskan harta saya untuk perjuangan agar saya menjadi seorang yang papa
kedana.
Sekian. Wassalam.
Biar Kaya Jiwa, Miskin Harta dari
Kaya Harta , Miskin Jiwa
Dan lebih baik lagi......
Kaya Jiwa Dan Kaya Harta.... dengan syarat
Harta tersebut dipergunakan Untuk Pembangunan Islam.
Maha Suci Allah, Peliharalah kami dari azab api neraka..