RENUNGAN
- KEBANGKITAN ISLAM.<
Pada masa sekarang di Malaysia Ulamak-ulamak yang bertugas dengan pihak kerajaan
sibuk dengan penyiasatan mereka terhadap sebuah pasentren Al-Zaiytun di
Indonesia yang dikatakan sebagai menyebar ajaran sesat ke Malaysia.
Terdapat sebuah cawangannya di Shah Alam, Selangor.
Maka hebuhlah pihak pemerintah dengan kerjasama sebuah badan agama
kerajaan iaitu Jakim menyiasat pesentren (pondok) tersebut.
Alih-alih pihak pemerintah di Indonesia menyebut hasil siasatan mereka (pemerintah
Indonesia) pasentren tersebut tidak sesat, cuma terdapat kesilapan teknikal
sahaja. Begitulah kerja Ulamak rasmi di Malaysia.
Tugas utama mereka hanya menyesatkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan
mereka. Kalaulah pasenteren
tersebut terletak di Malaysia, sudah lama diarahkan tutup serta merta serta
pengikutnya diminta bertaubat
seperti mana yang dilakukan pada sebuah jemaah yang telah diharamkan suatu
ketika dahulu.
Sementara kerja-kerja mungkar yang dilakukan oleh pemerintah didiamkan begitu
sahaja seperti majlis tari menari dengan hidangan minuman terlarang,
penyelewengan dalam wang di Tabung Haji serta penyelewengan wang zakat di baitul
Mal. Pada hal umum mengetahui wang
di baitulMal hanya layak diberi pada 8 asnaf sahaja.
Mana-mana mufti yang tidak sehaluan dengan pemerintah disingkirkan
seperti Mufti Selangor. Dan mufti
yang ada sekarang hampir kebanayakkannya boleh dikatakan sebagai ulamak-ulamak
yang menyambung lidah pihak penjajah.
Ini adalah coretan yang saya sampaikan pada anda kesemua untuk dijadikan panduan
dan iktibar buat kita yang terdiri dari generasi yang terkemudian dari mereka.
Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari sejarah.
Sejarah tidak pernah berbohong. Dan
benarlah masa jua yang menentukan kebenaran.
Dah hampir 8 tahun jemaah tersebut diharamkan oleh pemerentah.
Dan sekarang ketuanya dalam buangan di Labuan.
Dahulu di Rawang. Bila
semakin berkembang, diarah pindah ke Labuan.
Masya Allah. Semoga
sama-sama mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt.
Ini adalah sedutan pandangan dari dari Tuan Guru saya yang diterbitkan pada
tahun 1992 dalam sebuah buku yang bertajuk, Ulamak Dalam Pandangan Islam.
Ini adalah ciri pertama, buat pedoman bersama.
Di Malaysia, proses mengalih tempat ulama dari tempat mulia ke kandang-kandang
musuh berlaku begitu licin dan rapi sekali.
Nyata ianya dirancang sejak lama dan penuh hati-hati.
Sebagai contoh mari kita lihat tahap-tahap peralihan itu berlaku dengan
jayanya di Malaysia.
A
Menjemput
para alim ulama makan gaji. Waktu
sebelum penjajah dulu, alim ulama tidak bekerja makan gaji. Mereka berdikari dalam soal mencari rezeki.
Mereka bekerja menyebarkan ilmu di tengah masyarakat sekitar.
Bila penjajah memerintah, ulama-ulama ditawarkan bekerja dengan
pemerintah. Yakni mereka (penjajah)
masuk ke dalam kampung melalui wakil-wakilnya, naik ke rumah ulama-ulama itu,
berbincang dengan tuan rumah,berbincang mengenai kerja yang ditawarkan itu.
Hasil pujuk rayu, maka ramailah ulama menerimanya di samping ramai juga
yang menolaknya.
B
Tuan guru saya Allahyarham Syeikh Mahmud Bukhari (asal Bukhara, Uzbekistan)
dijemput sewaktu dia berada di Makkah. Dia
menerimanya menjadi guru di Maahad Hisamudin, Klang.
Cuma syukur kerana beliau tidak dapat ditipu oleh dunia.
Rumah besar yang ditawarkan ditolaknya.
Teruslah dia tinggal di rumah kecil tepi masjid. Hidupnya zuhud.
Selain kerja rasmi, dia banyak buat kerja-kerja tidak rasmi iaitu
mengajar masyarakat di masjid dan lain-lain lagi. Termasuk Sultan Selangor di masa itu Sultan Hishamuddin Alam
Shah, Sultan Selangor yang keenam, mengaji dengannya.
Dibuatnya Sultan macam anak muridnya yang lain. Dia tegur apa yang patut ditegur. Ini diakui oleh semua ulama di zaman itu.
Selamatlah ia dari mengampu dan menjilat.
Tetapi umumnya, ulama yang menerima jemputan penjajah dapat ditipu oleh
dunia yang melambai-lambai. Tipuan
dunia tentu kita sudah maklum. Yakni
bagai kita mengejar bayang-bayang atau fatamorgana.
Kita ingin padanya kerana ia begitu menarik.
Tetapi makin diburu makin ia lari. Hingga
kita asyik memburu,tidak juga puas-puas. Keasyikan
yang melalaikan kita dari memburu Akhirat.
Akhirnya kita mati sebelum menyediakan apa-apa bekal untuk hidup di
Akhirat. Dunia yang diburu hilang
dari hidup kita. Hiduplah mereka dalam kemewahan.
Hati kian jauh dari Tuhan kerana penuh dengan kehidupan yang diisi oleh
rasa cintakan dunia yang mengasyikan. Kerja-kerja
ALLAH yang tanpa gaji itu tidak berasa seronok lagi.
Yang seronok,kerja makan gaji. Begitulah
dunia telah menggelapkan mata hati kita tapi mempesonakan mata lahir.
C
Bila umpan pertama sudah mengena, penjajah pun bangunkan tangga kedua iaitu
membuka sekolah-sekolah agama mengikut sukatan penjajah.
Sekolah yang secara terang dapat menjamin makan gaji dengan kerajaan.
Yakni dapat kehidupan mewah yang
indah itu. Kalau tak buka sekolah
sendiri,proses membawa ulama ke kandang mereka agak lambat.
Bukan senang nak ubah kuih yang sudah disiapkan orang.
Eloknya buat kuih sendiri. Itulah
falsafah bangunnya sekolah-sekolah agama ini.
Masyarakat melihatkan contoh ulama makan gaji yang hidupnya sudah berubah
indah itu. Maka ramailah yang
menghantar anak ke sekolah agama kerajaan.
“Dunia dapat, Akhirat dapat,” kata mereka.
Walhal pemburu dunia jarang dapat jadi pemburu Akhirat. Manakala pemburu Akhirat akan diburu –buru oleh dunia.
Masa di sekolah lagi pelajar-pelajar sudah berbincang-bincang tentang
jawatan-jawatan yang bakal disandang nanti.
Ada yang nak jadi mufti, kadhi, mubaligh, dan lain-lain lagi.
Masing-masing mengharap jawatan besar untuk dapat gaji.
(Apa yang saya sebut ini adalah pengalaman yang saya lihat dan dengar
sendiri).
Dengan adanya sekolah, kerajaan tidak payah lagi menjemput ulama di rumah-rumah
mereka untuk datang ke pejabat. Tetapi
para ulama sendiri yang berduyun-duyun datang memohon kerja.
Dapat kerja ertinya dapat duit, dapat nama, dapat kuasa, dapat pengaruh,
yang semuanya sangat dicintai oleh nafsu. Waktu
itu sama ada dapat tegak hukum ALLAH atau tidak, sudah tidak diperhitungkan lagi.
D
Tertekannya ulama tidak rasmi dan pondok-pondok. Pada era ini, kekuatan ulama rasmi mudah terasa.
Maka jadilah mereka ayam sabung pemerintah untuk menekan ulama yang masih
mempertahankan hak-hak ALLAH dalam masyarakat mereka.
Sekolah-sekolah pondok tempat keluarnya ulama turut jadi sasaran.
Kita tentu sama-sama dapat saksikan bagaimana proses peralihan berlaku
dipondok-pondok. Yang sebelumnya
berserban atau berkopiah putih, telah bertukar kepada kopiah hitam dan akhirnya
jatuh semuanya. Kepala yang mulia
tidak bertutup lagi. Baju-baju
Melayu beralih kepada baju kemeja. Kain
pelikat beralih kepada seluar. Mula-mula
kemeja di luar tapi akhirnya kemeja masuk ke dalam seluar. Jadilah ulama rupa pakaiannya macam rupa pakaiaan tuannya,
penjajah. Perempuan yang mula-mula
dirahsiakan kecantikannya, dibuka sedikit demi sedikit, akhirnya terdedah betul
untuk santapan nafsu lelaki macam wanita-wanita penjajah.
Saya hanya menyebut perubahan-perubahan yang lahir-lahir ini sebagai
contoh sahaja. Yang sebenarnya perubahan fikiran melalui propaganda dakyah musuh
itulah yang menjadi punca bagi perubahan lahir itu.
Di Turki, Kamal Atarturk menjahanamkan ke-Islaman di Turki dengan cara
inilah. Bahkan ia menggunakan kekasaran, membunuh ulama dan menghukum
siapa-siapa yang degil. Lebih-lebih
lagi di kawasan-kawasan jajahan komunis seperti di negara-negara di Asia Tengah
yang pernah dijajah oleh Moscow, dan juga di Tanah Besar China.
Ulama tidak rasmi dan ulama-ulama pondok dianaktirikan hingga menjadi
begitu buruk dan tidak berharga lagi. Orang
ramai pandang mereka bagaikan pandang kucing kurap.
Akibatnya pondok hidup segan mati tak mahu.
Yang meriah pondok buah-buahan seperti pondok durian, rambutan dan
lain-lain lagi. Kemudian sebahagian
besar ulama pondok pun terpengaruh sama. Walaupun
mereka masih mengajar di pondok-pondok tetapi anak-anak mereka sendiri dihantar
ke sekolah sekular yang menjamin keduniannya.
Sikap mereka ini seolah-olah menampakkan mereka menyesal mengaji di
pondok-pondok (pesantren-pesantren) kerana tidak dapat apa-apa habuan keduniaan.
E
Bila taring makin besar dan tajam, musuh Islam makin berani.
Mengumpan pula agar umat Islam mengaji Islam di negeri kafir, universiti
kafir,guru-gurunya pun kafir. Masya-ALLAH,
malangnya umat Islam! Ramai yang
menerima tawaran ini. Pulang dengan
PhD syariah atau PhD loghah atau PhD tasawuf dari Universiti Kent,
Universiti Birmingham, Universiti Temple di Amerika atau dari Universiti
St.Andrews di Scotland atau lain-lainnya. Ulama
ini bukan lagi setakat gila dunia lalu memperdayakan agama. Tetapi mereka juga
adalah ejen musuh dalam menghancurkan Islam di negara-negara dan negeri-negeri
umat Islam. Di mana-mana hari ini, siapa ada sijil dari negeri-negeri
kafir
itu, dia yang dapat tempat istimewa dalam kerajaan. Atas nama Islam, dengan kuasa yang ada, disesatkanlah,
ditekan, diugutlah saudara-saudara seIslam yang serius dengan agama.
Walhal mereka sendiri yang menuduh sesat pada orang itu ada yang kaki
perempuan, kaki muzik dan segala-galanya. Syariat
Islam mereka, jangan soallah. Isteri
penoreh getah yang jahil pun pakai tudung, tetapi isteri tuan besar agama,
kepala masih terdedah.
Sebab itu saya berani mengatakan lulusan Islam dari sekolah orang kafir ini
sebagai penghalang kebangkitan Islam. Dituduh
ajaran tasawuf sebagai sesat sedangkan dia sendiri anti syariat.
Juga dituduh tasawuf itu karut sedangkan kekarutan yang di lakukannya
lebih bahaya lagi. Inilah
kerja musuh, kerja nafsu dan syaitan. ALLAH
berfirman dalam surah An Nisa’:
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman
kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?
Tapi mereka masih berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah
diperintah mengingkari thaghut itu. Dan
syaitan memang hendak menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.
Apabila dikatakan kepada mereka, ”Marilah(tunduk) kepada hukum yang
telah Allah turunkan dan kepada ajaran Rasul,” nescaya kamu lihat orang-orang
munafiq menghalang (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu. (An Nisa’:60-61)
F
Di tahap ini sudah sempurnalah hasrat musuh untuk hancurkan Islamdan ulamanya
sekali. Bila lidah musuh sudah
disambung oleh ulama, maka selesailah proses penghancuran yang dirancang sekian
lama. Umat Islam tinggal nama
sahaja. Cara hidup sepenuhnya bukan
Islam lagi. Cara hidup Islam jadi
dagang dan begitu asing di kalangan penganutnya sendiri.
Tepatlah sudah sabda Rasulullah SAW:
Kamu akan mengikut perjalanan orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta. Sehingga
kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikutnya.
Lalu ditanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah?
Sabdanya: Yahudi dan nasrani.
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Berjayalah sudah musuh mendaki kemuncak itu.
Tapi insya-ALLAH bila sudah sampai kemuncak, dia akan jatuh.
Dan zaman kejatuhan mereka sedang bermula.
Itulah Sunnatullah.
Kesimpulannya, sekolah dan universiti agama kerajaan di dunia hari ini
sebahagian besar sebenarnya mengusahakan keluarnya ulama yang rosak.
Memang umat Islam tidak sedarkan hal ini.
Bahkan bila saya sebut begini, mungkin ada yang tidak percaya atau tidak
boleh terima. Maklumlah orang sudah
sedap dengan rokok, susah nak terima kalau dikatakan ia bahaya untuk badan.
Orang yang sudah rosak, susah untuk nampak merosakkan.
Oleh itu terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya.
Saya cuma mengingatkan lagi sekali, memang pelanduk selalu lupakan jerat.
Bahkan dia tidak sangka jerat ada niat tidak baik padanya. Tetapi
si jerat sedetik pun tidak terlupa dan tersilap dalam niatnya nak tangkap
pelanduk. Begitulah!
Tetapi jerat tidak bersalah. Memang
tanggungjawabnya. Yang salah ialah pelanduk.
Mengapa pelanduk tidak serius dalam mengawal keselamatan dirinya?
Sedangkan dia ada otak, jerat tidak ada otak.
Umat Islam ada Al-Quran dan Hadis,musuh tidak ada. Petunjuk yang begitu jelas. Itupun musuh yang menang.
Bukan salah musuh tetapi salah umat Islam sendiri.
Diri yang tidak mempergunakan seluruh amanah ALLAH untuk membangunkan
kejayaan dan kemenangan hakiki. ALLAH
berfirman dalam surah At Taubah:
Wahai orang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan pada kamu,”Berangkatlah
(untuk berperang) pada jalan ALLAH,” kamu
merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan
Akhirat? Padahal kenikmatan hidup
di dunia ini (dibandingkan dengan Akhirat) adalah kecil. (At-Taubah: 38)
Rasulullah SAW bersabda:
Akan tiba masanya kamu (umat Islam) akan dikeronyok oleh musuh bagaikan
menghadapi makanan di dalam dulang.” Para
sahabat bertanya: “Apakah bilangan kita ketika itu sedikit?”
Rasulullah menjawab, “Bahkan kamu ketika itu ramai tetapi
bagaikan buih di laut. ALLAH akan cabutkan perasaan gerun musuh kepada kamu.
Sebaliknya dimasukkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.
Apa itu ‘wahan ’.
Tanya sahabat? Jawab baginda: iaitu
gila dunia dan takut mati. (Riwayat
Abu Daud)
Begitu jelas diceritakan bahawa punca kelemahan umat Islam ialah penyakit cinta
dunia dan takut mati (dalam menegakkan kebenaran). Tetapi umat Islam tidak juga mahu mengubati penyakit itu.
Musuh yang sungguh-sungguh mengusahakan agar penyakit ini terjadi atau
menimpa umat Islam. Sebab musuh
yakin rahsia untuk merosakkan umat Islam ialah jadikan mereka gila dunia dan
takut mati. Musuh kaji Al Quran dan
Hadis.
Al Quran pun menerangkan bahawa yang boleh menipu umat Islam ialah dunia.
Sudah lebih 50 kali bangsa Yahudi dan nasrani menterjemah Al Quran.
Mereka kaji dengan mendalam rahsia umat Islam.
Alimnya mereka tentang Islam sampai mampu menjadi pensyarah Islam di
peringkat ilmu PhD. Mereka buka pengajian Islam. Panggil umat Islam untuk berguru dengan mereka.
Maka ramailah lahir ulama Islam di tangan Yahudi dan nasrani.
Umat Islam seluruh dunia menyambut baik perkara ini.
Bangga mengaji Islam dengan orang kafir. Walhal Al-Quran sudah ingatkan:
Tidak sekali-kali orang Yahudi dan nasrani meredhai kamu sehinggalah kamu
mengikut cara hidup mereka.
( Al Baqarah: 120)
Maha Benarnya ALLAH, maka terjadilah hal di mana lulusan PhD tasawuf dari
universiti St. Andrews di Scotland jadi penentang kuat pada kebangkitan Islam di
Malaysia dan di mana-mana saja. Demikian
juga lulusan pengajian Islam dari Universiti Kent di England, jadi orang yang
gigih menentang gerakan Islam.
Sedangkan pelajar kejuruteraan sebuah universiti di Indonesia jadi ketua
kebangkitan Islam di sana. Dan lulusan PhD satelit angkasa dan pemegang PhD
jurusan aeronotik dari Aerospatiale, Universiti de Toulouse di Peranchis, jadi
aktivis Islam yang turut memeriahkan kebangkitan Islam di Eropah.
Ertinya, hasil belajar Islam dengan orang kafir,orang Islam telah menjadi
penentang Islam. Sedangkan pelajar
aliran sekular, yang mendapat didikan Islam dari pendakwah-pendakwah Islam,
akhirnya jadi penggerak Islam. Keadaan ini berlaku tentunya
kerana ilmu Islam yang diberikan oleh kedua-dua pihak bezanya bagaikan langit
dengan bumi. Ilmu Islam yang diberi oleh orang kafir itu ibarat makanan yang
sudah dibubuh dengan racun.
Firman ALLAH SWT:
Dan kalau ALLAH mengkehendaki, nescaya Dia jadikan kamu satu umat (saja).
Tapi ALLAH menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk
kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah
kamu kerjakan. (An Nahl: 93)
Sekian. Wassalam.
Ilmu Memimpin Kita
Pengalaman Mengajar Kita
Masa Mendewasakan Kita.
Sesungguhnya Dengan Nama Allah, saya berterima kasih kepada Abuya ku, kerena
memimpin daku keluar dari alam jahiliah menuju kepada roh dan fikrah Islamiah
sejati.
Tunggulah arus gelombang Kebangkitan Islam Buat Kali Kedua yang bakal menjelang
tiba. Masanya dah semakin hampir.
Semoga berjaya dan lulus dalam peperiksaan.
Jangan perdagangkan ilmu Allah untuk habuan di dunia.
Biarlah untuk akhirat. Amin.