PERANAN ULAMA SEBENARNYA  

Sedari atau tidak terdapat dua bentuk ulamak pada masa kini.  Yang pertama ulamak yang lahir dari mulut Yahudi dan yang kedua ialah ulamak yang lahir dari mulut nabi.  Ulamak yang lahir dari mulut yahudi kebiasaanyanya mempunyai tingkah laku macam orang yahudi iaitu tidak menutup kepalanya sekurangnya seperti serban atau ketayap.   Corak kehidupannya macam orang awam yang tidak mempunyai tanda-tanda zuhud atau ahli sufi.  Tidak mempunyai bentuk jemaah sendiri seperti sembahyang sendirian.  Mereka cuma mahir dalam hukum-hakam Islam dalam bentuk teori sahaja tetapi dari segi pengamalannya agak mirip kepada sistem sekular.

Manakala ulamak yang lahir dari mulut nabi dapat dilihat dari segi penampilan mereka, air muka mereka serta tingkah laku mereka yang melambangkan keikhlasan untuk memperjuangkan Islam.  Kebanyakannya mereka belajar secara pondok yang berbentuk madrasah Rasullulah, di mana sistem pembelajaran mereka berbeza dengan sistem sekular.  Buku-buku rujukan mereka meliputi konsep yang agak luas, dan tidak bersukat seperti sistem sekular yang merangkumi kesemua bidang agama.  Corak pembelajaran dengan guru secara bertentang mata.  Dan tiada had masa untuk bertemu dengan guru.  Pertautan antara murid dengan guru adalah secara pautan hati.  Dan bukannya seperti pautan gaji macam guru sekular.  Di mana para guru walaupun tanpa gaji sanggup mengajar anak muridnya.

Ini adalah coretan khutbah dari Tuan Guru ku.  Semoga kita dapat memperolehi manafaat bersama.

RASULULLAH SAW bersabda:

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan bersih (bagaikan kain putih), sesungguhnya ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada jadi Yahudi, nasrani atau majusi.

                                                                                                                (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

 

Yang putih bersih bagaikan kain putih itu ialah fitrahnya.  Manakala fitrah itu selari dengan ajaran Islam. Sebab itu Islam disebut juga Agama Fitrah.  Yang mana ajarannya sesuai dan selari dengan kecenderungan fitrah murni manusia.  Bila ajaran Islam melalui Al Quran dan Hadis ditolak, maka manusia pun dikotori oleh segala macam kekarutan jahiliah yang didedahkan kepadanya.  Hingga akhirnya manusia hidup bertuhankan nafsu syaitan.  Tunduk pada sebarang kehendak hawa nafsu dan menolak semua perintah dan larangan ALLAH.  Keadaan mereka disebut oleh ALLAH dalam firmanNya:

Apakah tidak engkau perhatikan mereka yang mengambil nafsu sebagai tuhannya?  ALLAH biarkan mereka sesat dalam ilmu ( mereka ).  Ditutup pendengaran dan hati mereka,dan dijadikan penglihatan kabur.

                                                                                                              (Al Jasiah: 23)

Inilah yang sedang melanda dunia seluruhnya pada hari ini.  Zaman jahiliah kedua berulang dan sedang membawa manusia kembali kepada zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW.  Bahkan keganasan jahiliah kali kedua ini kelihatan lebih dahsyat lagi.  Tetapi Rasul sudah tidak ada lagi; sudah muktamad bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul penutup.  Siapa kata selepas Nabi Muhammad ada nabi lagi, rosaklah aqidahnya, kerana menafikan Al Quran dan Hadis.

Firman Allah SWT:

Bukanlah Muhammad itu bapa kepada lelaki kamu, akan tetapi dia adalah penyudah (penutup) segala nabi.

(Al Ahzab:40)

 

Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya akan lahir pada umatku seramai 30 orang pendusta, kesemua mereka mendakwa sebagai nabi.  Sebenarnya aku adalah Nabi penyudah tiada nabi selepas itu.

                                                                                                                (Riwayat At Tarmizi)

Jadi siapakah yang menjadi MUHAMMAD KEDUA untuk menghadapi jahiliah kedua ini?  Yang pasti zaman jahiliah ini akan hancur.  ALLAH telah berjanji melalui lidah Rasul-Nya bahawa sebelum Qiamat, Islam akan bangkit semula sekali lagi di dunia.  Soalnya siapakah yang bakal menerajuinya?  Ya, Al Quran dan Hadis memang ada.  Tidak akan sesat siapa yang mengikuti keduanya, kata Rasulullah SAW.  Tapi siapa pula yang akan jadi AL QURAN BERGERAK yang akan memimpin umat kembali kepada Sunnah Rasulullah SAW dan masyarakat salafussoleh?

Jawabnya ialah ulama.  Yakni orang-orang yang diberi ilmu Al Quran dan Hadis serta keupayaan untuk melaksanakan keduanya.  Merekalah orang-orang yang akan mengulangi kerja-kerja Nabi pada zaman tidak ada nabi lagi ini.  Di tangan merekalah masyarakat akan kembali pada ALLAH dan meninggalkan kehidupan jahiliah.  Rasulullah menamakan mereka ini sebagai waris-warisnya.  Sabda baginda:

                                Ulama ialah pewaris para nabi.

                                                                                   (Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi)

Apakah yang mesti dibuat oleh para alim ulama ini dalam tugasnya sebagai waris Rasulullah?  Tentunya menjalankan kerja-kerja yang pernah dibuat oleh Rasulullah.  Yakni kerja-kerja yang boleh membawa manusia dari kejahilan kepada alam Islam.  Agar mereka kembali menyembahkan diri kepada ALLAH, melaksanakan perkara-perkara disuruh dan meninggalkan yang ditegah.  Agar hidup mereka selamat dari kesesatan dunia dan Akhirat.  Dengan izin ALLAH, saya akan cuba menyenaraikan langkah-langkah Rasulullah.  Moga-moga para ulama benar-benar dapat menjadi pewaris baginda. 

Rasullullah memulakan kerjanya seorang diri dengan berdakwah dari rumah ke rumah, dari seorang ke seorang.  Waktu itu cuma baginda seorang saja yang Islam, orang lain semuanya kafir.  Jadi Rasulullah membawa mesej tauhid dan aqidah.  Ayat-ayat Al Quran surah Makkah dijadikan tajuk dakwahnya.  Bukan senang nak mengajak seorang yang tidak percaya pada ALLAH, Hari Qiamat dan segala yang ghaib itu kepada mempercayainya.  Maka sesudah itulah Rasulullah; menghadapi segala macam risiko, fitnah, cacian, kesakitan dan kesusahan.   Selama 13 tahun, baginda Cuma dapat mengumpul 313 orang Sahabat untuk beriman bersamanya.

Malangnya mereka dihalau keluar dari Makkah oleh orang-orang Makkah yang menentangnya.  Membawa dirilah mereka berhijrah dengan segala susah payah menuju ke Madinah.  Alhamdulillah, di sana mereka disambut baik oleh orang-orang Ansar yang sudah tahu tentang mereka.  Maka bermulalah negara kecil Islam di Madinah yakni gabungan hidup antara orang-orang Ansar dan Muhajirin.  Perlu diingat, tugas Rasulullah SAW bukan selesai setakat berdakwah, mengajar dan mendidik.  Baginda juga mengusahakan pembangunan tamadun material sesudah kerja-kerja pembinaan insaniah berhasil pada setiap individu masyarakatnya.

Di Madinah, baginda membangunkan masyarakat Islam.  Di kota kecil tempat Sahabat-Sahabat berkumpul dan hidup bersama itu, baginda menyusun program dan jadual hidup orang-orangnya.  Kegiatan sosial, budaya, ibadah, ekonomi, politik, akhlak, pendidikan, keselamatn, perhubungan, ternakan dan serba-serbi keperluan hidup harian generasi bertaqwa itu dibagunkan tepat seperti kehendak ALLAH.  Yang tentunya begitu asing dengan apa yang sedang dilakukan dan dibangunkan oleh masyarakat sekitar yang masih hidup cara jahiliah.  Bermulalah pertembungan budaya dan tamadun Islam dengan jahiliah.  Yang memberi dua kesan besar iaitu:

Pertembungan ini memarakkan lagi kebangkitan Islam di Timur Tengah itu sehingga kemuncaknya musuh-musuh terlalu sakit hati.  Lalu mereka mengundang Rasulullah ke medan perang.  Di masa yang sama Islam kian meluaskan sayapnya ke benua lain di dunia.  Akhirnya musuh tersungkur dan tempatnya diambil alih oleh Islam di ¾ bahagian dunia ini.  Barulah selesai tugas-tugas kenabian dan Sahabat-Sahabatnya.  Mereka pulang ke hadrat ALLAH dengan membawa kejayaan dan kemenangan Ukhrawi dan duniawi.

Ulama para pewaris nabi-nabi sepatutnya bekerja macam Rasulullah bekerja itulah.  Tugas Rasul itu diwariskan kepada ulama di waktu tiada lagi rasul di kalangan umat.  Ulama mesti merasakan tugas ini begitu besar dan mulia, dan mereka beruntung kerana terpilih untuk mewarisi hak-hak kenabian. Sepatutnya umat Islam berlumba-lumba menduduki tempat istimewa sebagai pewaris nabi di dunia dan

Akhirat.  Memang kerja ini tidak mudah sebab ianya terlalu mulia dan tinggi.  Kerja yang mudah-mudah itu semuanya bernilai murah dan rendah.  Ulama sebaik-baiknya berperanan seperti yang berikut ini, yakni menuruti jejak-jejak para nabi:

 

1.  Mendidik diri dan keluarga untuk menjadi peribadi dan keluarga Islam contoh di kalangan masyarakat.  Kalau diri dan keluarga tidak dapat dijadikan contoh kepada masyarakat, jadilah ia seperti bapa ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri tidak melakukannya.  Maka mustahil bagi si anak untuk mengikutinya.  Sebab itu langkah awal bagi kejayaan perjuangan Islam itu ialah membangunkan keluarga Islam.

2.  Kalau satu keluarga saja yang mahu melaksanakan Islam, tentu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. sebab banyak dari kehidupan ini mesti dilakukan secara berjemaah. Untuk membangunkan jemaah yang dapat melaksanakan kehidupan Islam, kenalah para ulama mengumpul kawan-kawan yang akan menjunjung cita-cita yang sama.  Ertinya kenalah berdakwah dan seterusnya mendidik anggota masyarakat ke arah melaksanakan cita-cita Islam itu.  Ada orang kata umat Islam tidak payah didakwah dan dididik lagi, sebab mereka sudah Islam.  Zaman Rasulullah dulu bolehlah.  Sebab masyarakat itu belum Islam.  Sebab Rasulullah pun telah menegakkan negara Islam, kata mereka.  Mereka ini terlupa agaknya bahawa umat Islam yang ada hari ni jauh terlupa agaknya bahawa umat Islam di zaman Rasulullah.  Islam mereka Islam baka, yang mana nama saja Islam tapi hukum-hukum Islam tidak dipedulikan.  Tiang agama pun tidak cukup ditegakkan, bagaimana kita mahu ajak mareka menegakkan hukum-hakam yang lain?  Sebab itu dakwah dan tarbiah amat perlu sekali.  Tarbiah insaniah dengan roh tauhid sehingga mereka benar-benar cinta ALLAH dan rindukan kampung Akhirat.  Dari situ baru mereka bertenaga untuk melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

3.  Bila sudah terkumpul kawan yang sudah terdidik dengan iman dan syariat Islam, gemblengkan tenaga untuk memulakan kegiatan social, budaya, ekonomi, pendidikan, perhubungan dan serba-serbi bidang kehidupan yang diperlukan oleh masyarakat.  Ada orang kata, buat apa hendak bangunkan semua itu. Sebab semuanya sudah ada.  Sekolah sudah ada, klinik sudah ada, ekonomi sudah ada, pendeknya semuanya sudah ada.  Tidak payah bangunkan yang baru.  Rumah sudah ada.  Buat apa nak bangunkan yang baru.  Ubah saja yang ada kepada Islam.  Senang ke?  Mana lebih senang nak ubah rumah lama jadi baru dengan buat rumah baru?  Saya ingat baik buat baru.  Jangan-jangan buat rumah baru itu lebih cepat daripada hendak rombak rumah lama.  Atau sekurang-kurangnya begini:  Buat satu rumah baru sebagai model, supaya ada contoh untuk panduan bagi orang-orang yang hendak baiki rumah lama itu.  Kalau model pun tidak ada, sulitlah bagi para pekerja untuk menentukan bentuk rumah yang dikehendaki dari rombakan yang dibuat.

 

Tentang membangunkan jemaah ini, perlu diingat bahawa Rasulullah berpesan dengan sabdanya:

Wajib bagi kamu berjemaaah, sesungguhnya tangan (bantuan) ALLAH kepada yang berjemaah.

Sebab dalam jemaahlah kita boleh praktikkan Islam bersama.  Kalau sorang-sorang susah, lagipun macam mana hendak sembahyang jemaah kalau tidak ada jemaah.  Segala aktiviti fardhu kifayah itu mesti dikerjakan secara berjemaah.  Misalnya kegiatan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan Islam dan lain-lain lagi.  Tetapi kalau ada jemaah pun,sedangkan tidak dibangunkan apa-apa sistem Islam bersama-sama, tidak bermakna juga jemaah itu.  Macam orang ada bakul tetapi tidak ada isi.  Apa ertinya bakul itu?

Kalaulah setiap jemaah yang dibangunkan oleh ulama yang benar-benar mewarisi tugas Rasul itu membangunkan cara hidup Islam dalam jemaah mereka, umat Islam sudah boleh berdiri sendiri atas nama Islam.  Bahkan akan memiliki kekayaan tamadun dan identiti yang membanggakan.  Banyak jemaah tidak mengapa.  Banyak jemaah tidak mengapa.  Banyak jemaah bukan bermakna tidak bersatu, yakni berpecah-belah.  Tidak.  Kalau tidak betul caranya, dalam satu jemaahpun berpecah-belah.  Sebab erti bersatu menurut Islam ialah berpegang teguh dengan tali ALLAH.  Bukannya bersatu itu mesti berada dalam satu jemaaah.  Bila semua orang melaksanakan syariat ALLAH, walaupun berada di lain-lain tempat dan lain-lain jemaaah, mereka itu hakikatnya satu.  Satu cara, satu fikiran, satu sikap dan satu hati.  Kalaulah bertemu dua orang Islam dari dua buah negara dan jemaaah yang berbeza, tapi masing-masing kuat berpegang pada syariat ALLAH, pasti di antara mereka akan ada rasa kesamaan, terikut dan bersatu.  Tetapi anggota dari satu jemaah pun, kalau yang satu sembahyang, satu lagi tidak, umpamanya, nescaya  mereka itu tidak boleh bersatu.

Sekarang ini kita tengok wujudnya banyak jemaah, nampaknya macam berpecah.  Sebenarnya kalau semua jemaaah ini digabungkan jadi satu pun akan jadi lebih kacau-bilau lagi. Akan jadi pecah-belah yang lebih rumit lagi dalam jemaah baru itu.  Sebab masing-masing kumpulan ada cara tersendiri.  Bukannya sibuk mempraktikkan Islam, tapi sibuk dengan angan-angan yang bukan-bukan dan macam-macam, konon matlamatnya Islam.  Jemaah dibiarkan jadi bakul kosong.  Sudahlah bakul sendiri kosong, sibuk  mengatakan bakul orang.  Bila orang lain berbuat, rasa tidak senang pula.  Dibuatlah macam-macam fitnah.

Sedangkan cara membangunkan Islam itu ialah bila sudah berjemaah, ramai-ramai berpakat membina sistem hidup Islam bersama-sama dalam jemaaah.  Memanglah mula-mulanya kecil-kecilan tetapi lama-lama tentu ia membesar.  Itu ialah Sunnatullah yang tidak payah dipertikaikan.  

4.  Ulama dalam usaha mendidik umat agar kembali mencintai ALLAH dan Akhirat,mesti mempastikan yang ilmu dan cara yang dipilih adalah tepat menyampaikan manusia ke sana.  Kalau di satu tempat itu manusia belum pun mahu ikut syariat ALLAH, masih melanggar-langgar perintah ALLAH, tidak munasabah kalau syarahkan tentang bab zakat kambing.  Apalagi di tempat itu orang-orangnya tidak ada bela kambing.  Tidak munasabah juga kalau di tempat orang yang tidak sembahyang, disyarahkan tentang negara Islam.  Dan lagi tidak munasabah kalau dalam masyarakat yang masih jahil disyarahkan bab nahu dan saraf Arab.  Sepatutnya kita bawa tajuk-tajuk kesedaran, tujuan hidup, tuntutan kalimah thoyibah, peranan manusia di bumi, mencari kebahagiaan dan yang seumpamanya.

Ulama mesti tahu dan sedar apa matlamat kerjanya dan apa cara hendak menyampaikan kepada matlamat. Kalau berbeza matlamat dan caranya, sampai bilapun tugas kita tidak akan berjaya.  Macam orang di Malaysia yang nak pergi ke Singapura, tapi jalannya menuju ke Bangkok.  Boleh tiba ke matlamatnya.

5.  Ulama tidak boleh kerja full-time di pejabat.  Mereka mesti turun ke tengah masyarakat untuk sentiasa bersama-sama masyarakat, mengajar, memimpin dan menasihat mereka.  Mereka itu tidak kira rakyat jelata, orang-orang kaya, pemimpin masyarakat mahupun pemimpin negara.  Nasihat dengan penuh kasih-sayang, lemah-lembut, hikmah dan betul caranya.  Kalau tidak betul caranya akan jadi bala.  Atau kalau tidak betul caranya, nanti kita yang dinasihati mereka.

6.  Ulama juga merupakan orang yang bertanggungjawab meng-Islamkan orang yang belum Islam. Bagaimana caranya?  Dalam keadaan sekarang, di mana Islam  dan umat Islam dilihat begitu rendah dan lemah, memang sulit kita mengajak mereka masuk Islam. Tiada sebab mereka hendak meninggalkan agama asal kecintaan mereka semata-mata kerana sesuatu yang tiada istimewa apa-apa.

Untuk menyelesaikan masalah ini, kembali kita mengatakan Islam contoh sama ada pada diri atau masyarakat.  Dengan contoh yang baik, yang kebaikannya boleh mengatasi kebaikan lain dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi, mudah saja nanti orang akan terima Islam.  Di zaman salafussoleh, orang masuk Islam berduyun-duyun sesudah melihat indahnya peribadi Islam dan bagusnya sistem hidup masyarakat Islam.  Jadi kita kena mulakan dengan tapak atau model Islam yang indah dan meyakinkan itu.  Waktu itu bila kita bawa kebenaran Islam, yang dapat disaksikan realitinya dalam kehidupan, baru mereka serah diri untuk masuk Islam, Insya-Allah.

Begitulah secara umum peranan yang mesti dimainkan oleh orang-orang yang Allah beri ilmu dan iman pada mereka.  Mereka tidak boleh goyang kaki di dunia ini.  Mereka mesti berjuang berhempas-pulas di tengah masyarakat agar mereka selamat dari kehidupan yang jahil, gelap dan sesat.  Supaya dunia dinaungi iman dan Islam, memberikan manusia kebahagiaan dunia dan di Akhirat.  Ingatlah sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa yang mengetahui satu ilmu lalu dia menyorokkannya, ALLAH akan kekang mulutnya dengan Api Neraka pada Hari Qiamat.

Sekian. Wassalam.

Hosted by www.Geocities.ws

1