Sempena kedatangan Maulidur Rasul 1423 Hijrah, saya ulang tayangkan kembali
sebuah sajak yang telah saya siarkan pada tahun lepas. Tujuannya untuk
pengetahuan kepada mereka yang belum menerima sajak ini. Kepada mereka
yang telah menerimanya, anggaplah sebagai sebuah peringatan (mauizatul) buat
diri yang selalu terlekadan terlena dengan buaian dunia.....
Teman…Untuk Apa Dibanggakan !!!
Wahai Teman Kalian
Ingin ku bertanya
Untuk apa dibanggakan
Tentang sejarah silam
Kecemerlangan kebudayaan Islam
Sehingga mampu menyapu ¾ pemerintahan dunia
Bukan atas titik peluh kita
Bukan atas daya usaha kita
Pun bukan atas pengorbanan kita
Apatah lagi atas darah syuhada kita
Juga bukan atas pena minda kita
Samakah kita dengan mereka
Cinta akhirat, merindui kematian
Berlainan sekali dengan kita
Cinta pada kedunian,bimbang menghadapi kematian…
Teman….
Untuk apa kita banggakan
Tentang sijil yang berjela-jela
Yang bergelar ijazah, master, phd,
Semua itu untuk mendapat kesenangan duniawi
Tukarkan kepada mendapat ilmu untuk kemajuan agama
Walaupun tidak mendapat upah apa-apa
Cukuplah dengan janji Allah, syurga di penghujungnya.
Wahai Teman
Lihatlah apa yang berlaku
Kepada Assyahid Hassan Al-Banna di Mesir
Juga kepada Marhum Tuan Guru Hamka di Indonesia
Juga kepada Touko Paloh di Malaysia
Mereka tak punyai apa-apa sijil,
Apatah lagi degree atau phd
Tapi kewibawaan mereka
Professor Al-Azhar bertaraf phd pun tak mampu menyainginya
Dakwahnya menyelinap sepelusuk dunia
Tanpa mengira tempat dan darjat
Semata-mata untuk mengangkat kalimah Illahi.
Mengajak seluruh penghuni dunia
Kearah jalan kebenaran.
Berlainan sekali dengan kita
Yang sering bercelakaran
Menyalahi suatu sama lain
Bukan untuk bersatu hati pada jalan Illahi
Juga Wahai Teman..
Untuk apa dibanggakan
Tentang kemajuan di Malaysia
Tentang projek Cyberjaya, Putrajaya,
Menara Berkembar Petronas,
KLIA di Sepang, Keretapi Transit Laju di Sentral
Bukan kita yang membangunkanya.
Apatah lagik kita maki, keji dan cerca umpat pemimpinnya
Bukan kah kenaikan pemimpinnya atas kudrat Ilahi….
Teman…
Ingin ku menyedarkan mu
Kebangkitan Islam di Malaysia
Bukan atas semangat Revolusi
Atau atas semangat demontrasi
Atau atas undi pilihanraya
Kebangkitan Islam di malaysia
Atas kebangkitan evalusi
Kaedah yang lembut dan lunak
Kenaikan pemimpinnya tidak diduga
Untuk menunjukkan keagungan Illahi
Kaedah seperti mana Rasullulah berdakwah
Bermula di rumah Al-Arqam
Atas permulaan iman dan taqwa
Bukan atas pembinaan negara.
Barulah tertegak Islam disepelusuk dunia.
Apakah kita tidak boleh mengikut kaedah yang sama???
Catatan: Pada mereka yang bertanya dimanakah tempat ku belajar agama?
Katakanlah bahawa Tuan Guru ku ialah Ustaz Ashaari Muhammad. Bekas
pemimpin Darul Arqam. Dulu saya bersama penyanyi nasyid Rabbani, Raihan,
Hijjaz,Diwani dan Qathrunada sama-sama belajar di Sungai Penchala, Selangor dan
Kampung Sempadan Pahang serta seluruh pelusuk Malaysia. Walaupun sebahagian
besar kami datang daripada sistem pendidikan sekular namun pabila cuti sekolah,
kami belajar secara pondok di Madrasah Darul Arqam di seluruh Malaysia.
Terima kasih pada Abuya ku. Jasa mu hanya Allah jua yang mampu membalasnya.