Assalamualaikum.
Bacalah dengan Nama Allah swt. Dengan hati yang tenang dan jiwa yang
lapang.Tanpa sebarang prasangka. yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk
itu dari saya. HambaNya yang banyak dosa.
Ketahuilah sesungguhnya ilmu itu cahaya dan jahil itu merbahaya. Biarlah selepas
membaca ini , kita tidak terikat dengan mana-mana aliran. Cuma dengan aliran
kebenaran sahaja.Cukuplah dengan ilmu Tasawuf itu pengajian kita bergurukan Imam
Ghazali, ilmu Fekah berteraskan pada Imam Shafei dan ilmu tauhid itu berimamkan
kepada Abu Hassan Alsyaari. Iklim politik di Malaysia buat masa sekarang memaksa
Pemimpin tertinggi UMNO merujuk kembali kepada kaedah perlantikan melalui sistem
wasiat dan sistem syura. Inilah tanda-tanda kebangkitan Islam di Malaysia yang
dirasakan sudah hampir mencapai peringkat klimaknya. Bacalah dengan nama
Allah.....
Saya selalu ditanya kenapa tidak menyertai mana-mana parti yang bertanding dalam
pilihanraya di Malaysia? Samada Parti Islam SeMalaysia (PAS) atau Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) atau Parti Keadilan atau parti DAP atau mana2
parti yang bertanding dalam pilihanraya di Malaysia.Dan dikatakan secara
logiknya jika ingin membangunkan wadah perjuangan Islam secara praktikal kenapa
tidak menyertai parti PAS atau jika ingin membangunkan masyarakat Melayu supaya
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
bangsa-bangsa lain didunia, masuklah parti Umno. Didakwa, UMNO juga
memperjuangkan Islam.
Bagi saya , perjuangan kearah kebangkitan Islam bukan untuk mengubah kerusi tapi
adalah untuk MENGUBAH HATI.Kalau hati dah berubah kepada Islam dengan mengenali
Allah atau bahasa yang lebih mudah iaitu KENAL ALLAH, masuklah parti apa pun
atas nama ideologi buatan manusia , pasti teringin kepada fitrah manusia juga
iaitu kearah mendapatkan keredhaan Illahi.Bukankah agama Islam itu agama kearah
menegakkan kesempurnaan FITRAH MANUSIA?
Allah lah PENGATUR kehidupan didunia ini. Kita hanya mampu merancang sahaja.
Ertinya berjaya atau tidak, itu adalah kerja Illahi. Perjuangan kita bukan untuk
mendapatkan kemenangan tapi adalah untuk menegakkan kebenaran.
Kebenaran dalam untuk menegakkan kesemua hukum-hukum Allah dalam semua sudut dan
bukan setakat menegakkan hudud.
Seperti mana yang kita ketahui, perjuangan dalam pilihanraya adalah atas sistem
demokrasi buatan Yahudi, melalui pegawai British ketika diMalaya dahulu yang
bernama Lord Reid. Dalam sistem ini , mana-mana parti yang memenangi mana-mana
kawasan pilihanraya walau pun atas kelebihan satu undi dianggap sebagai
pemenang.Kesemua penduduk diajak untuk mengundi tanpa mengira jantina dan umur
asalkan melebihi 21 tahun.Maka berduyun-dudyunlah mereka ke Pusat Pengundian
untuk memilih calon.Maka ketika pengumuman dibuat maka
diangkatlah, dijulang mereka yang mendapat undi walaupun atas kelebihan satu
undi majoriti.
Saya ingin bertanya, Beginikah cara Islam untuk memilih jawatan Khalifah?
Bukankah Islam itu sebagai agama addin. Atau kesempurnaan hidup dalam
Islam.Tanpa meminjam mana-mana teori atau sistem atau praktikal unsur-unsur luar
seperti sistem pilihanraya yang jelas berkonsepkan unsur-unsur penjajahan
British. Takkanlah kita nak menyambung wadah itu lagi . Cuma atas alasan sistem
itu sahaja yang ada untuk menegakkan kalimah Allah. Kalau kita perhatikan
betul-betul dengan menyingkap sejarah kebangkitan Islam dahulu kala mana ada
pemilihan pemerintah melalui
undi pilihanraya? Yang ada cuma cara melalui wasiat seperti sistem beraja pada
masa pemerintahan Muawiyah dan Bani Abbasiyah atau cara musywarah atau
perbincangan dikalangan mereka yang pakar dalam selok belok pemerintahan seperti
pemilihan Saidina Abu Bakar melalui isyarat pemilihan sebagai Imam sembahyang
sewaktu Rasululah gering dan pemilihan Kahlifah Arraysidin yang dilakukan secara
bermusyuarah.
Ketahuilah Jalan Untuk Menegakkan Kebenaran ialah Menegakkan Kalimah Allah Dalam
Lima(5) hukum iaitu Hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kaedah
penegakkan ini ialah seperti mana yang Rasullulah buat dahulu melalui Dakwah Dan
Tarbiah.Ia dilaksanakan melalui penyebaran ilmu, peningkatan iman dan
penghayatan taqwa. Atau dengan kata lain, melalui ILMU , IMAN DAN TAQWA .
Melalui kaedah inilah umat Islam berjaya mendapat bantuan Allah atas sifat
mereka seperti singa disiang hari dan abid dimalam hari.Barulah pertolongan
Allah tiba.
Kaedah melalui dakwah dan tarbiah , walau pun mendapat hasil yang agak
lambat,namun amat berkesan dimana Rasullulah berjuang selama 23 tahun baru
berjaya mendirikan Kota Islam DiMekah melalui hijrah ke Madinah. Jalan yang
rasullulah lalui itu tidak semudah yang disangka. Penuh halangan dan rintangan.
Kalau bukan calang-calang orang dah lama menyerah kalah atau mengangkat bendera
putih. Masakan tidak, kena pulau dalam sistem ekonomi dan sosial.Itu belum
dikira lagi dengan penderaan material seperti dibakar , didera dan disiksa agar
meninggalkan agama Islam. Namun atas kekuatan iman dan taqwa, mereka rela walau
pun terpaksa menghadapi kematian kerana yakin akan kebenaran yang dibawa oleh
agama Islam.
Lihatlah apa yang terjadi pada Bilal, apa yang terjadi pada Sumaiyah serta
pejuang-pejuang Islam yang lain. Rasullulah mendidik mereka melalui sistem
pendidikan madrasah Rasullulah. Dimana sistem pengajian tidak membataskan ilmu
dan masa.Bila-bila masa murid boleh berjumpa dengan guru. Pertautan antara guru
dan anak murid ibarat pertautan dari hati ke hati.Perkaitan antara Rasullulah
dengan pengikutnya ibarat bapak dengan anak.Sibapalah yang mencorak kehidupan
anak-anaknya dengan mendidik ke arah ketaqwaan pada Allah Taala.Diajar cinta
pada syurga dan gerun pada neraka.Jadilah masyarakat Islam sebuah masyarakat
yang cinta pada akhirat dengan merindui CINTA AGUNGNYA iaitu pada PENCIPTA dan
tidak takut menghadapi kematian dengan rela berkorban hatta diri sendiri
sekiranya langkah tersebut dapat mengangkat martabat Islam. Dan pengikut pula
amat menyayangi hatta sanggup berkorban nyawa meraka semata-mata untuk menjaga
keselamatan pemimpin. Bukan atas sifat taksub tapi atas sifat kesetiaan pada
Pemimpin selagi tidak melanggar syariat Ilahi.
Ini berlainan dengan keadaan Pemimpin sekarang. Dipilih atas dasar undi
majoriti.Maka segala tindak tanduk mereka dicorakkan oleh ahli. Maka untuk
mengekalkan teraju kepimpinan , segala tindak tanduk diambil kira atas
kepentingan ahli walau pun terpaksa mengorbankan prinsip kepimpinan.Dengan kata
lain , pemimpin mengikut kehendak pengikut dan bukannya Pemimpin yang mencorak
Pengikut.Dalam keadaan begini bagaimana mungkin Pemimpin dapat menegakkan Islam
secara syumul?
Kalau kita kembali kepada sejarah Islam dahulu , ketahuilah bagaimana Rasullulah
berjuang menegakkan Islam. Bukan atas dasar pemerintahan dahulu. Tapi atas dasar
IMAN DAN TAQWA.Rasullululah menanam iman dahulu.
Sehingga bangsa Arab yang suatu ketika dahulu sebelum kedatangan Nabi Muhamad
adalah suatu bangsa yang sanggup berbuat apa sahaja, hatta membunuh anak
perempuan
sekali pun dalam alam jahiliah, bermusuhan antara suatu sama lain, menyembah
berhala hatta melakukan seribu satu macam kemungkaran boleh membina tamadun
Islam yang unggul kearah PENGABADIAN pada Ilahi sehingga mampu
memerintah 3/4 dunia.
Atas asas apakah mereka boleh berubah? Adakah atas penukaran khalifah atau
pemerintah dahulu atau atas dasar menanam iman dan taqwa? Saudara dan saudari
sendiri boleh menjawabnya. Mengapa kita tidak boleh mengikut
Kaedah yang sama??? Jawapan yang mengatakan orang Melayu di Malaysia sudah
beragama Islam, takkan nak berdakwah lagi adalah satu jawapan yang cuba lari
dari menilai fakta yang sebenar.
Kalau kita perhatikan , Keislaman orang Melayu di Malaysia adalah berdasar
keturunan atau baka .Dari ibu dan ayah kepada anak.Pembentukan keislaman
seseorang itu bergantung kepada didikan dan persekitaran awalnya.Bukankah
Rasullulah pernah bersabda, seseorang bayi itu dilahirkan dalam fitrah suci dan
bersih. Ibu bapalah yang mencorakkannya samada beragama Yahudi, majusi atau
nasrani.Pepatah Melayu ada mengatakan “Bapak borek anak rintik”. Inilah gambaran
sebenarnya Islam di Malaysia. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tak
hairanlah kes sumbang mahram, penagihan dadah, kes bohsia dan bohjan, kes Black
Metal serta seribu satu macam kes keruntuhan akhlak remaja melayu yang rata-rata
mengikut Perlembagaan beragama Islam adalah disebabkan oleh salah didikan dan
asuhan.Takkan nak disalah ibu yang mengandung? Kesemua pihak harus sama-sama
mengakui terlibat keatas kerosakan akhlak umat Islam.Takkan hendak dipersalahkan
Pemerintahan sahaja dan menyeru umat Islam supaya menukarkan sistem pemerintahan
supaya dapat dilaksanakan hokum hudud. Dan bukannya atas dasar penanaman iman
dan taqwa. Apakah dengan penukaran sistem pemerintahan, kita dapat memperbaiki
keruntuhan akhlak dan menyempurnakan keseluruhan sistem Islam dengan menegakkan
hukum hudud? Itu semua berdasarkan atas sifat kita dah dapat kuasa?
Bukankah sudah sunnahtullah kita hanya dapat menyempurnakan perkara yang besar
dengan memperbaiki asas perkara yang kecil dahulu? Mengapa kita hendak
memperbaiki perkara besar sekiranya perkara kecil pun kita tidak dapat
menyelesaikan dahulu? Takkan kita hendak mengajak bapa yang ibarat haruan makan
anak,siibu yang perangai macam pisau cukur,sianak yang tidak mengenal sejadah
seperti individu yang tidak pernah atau jarang bersembahyang, remaja yang
mengamalkan pergaulan bebas dan keluarga yang sudah rosak dengan tidak mengenal
Allah atas nama sahaja Islam tetapi seluruh aspek kehidupannya macam orang tidak
beragama. Pada mereka inikah golongan yang kita hendak mengajak mendirikan
negara Islam?Mengapa kita tidak mencerminkan diri kita dahulu? Muhasabah diri
dahululah asas kearah menegakkan negara Islam. Ia bermula daripada diri,
keluarga, masyarakat dan barulah seterusnya kearah penegakkan negara Islam.
Pada pihak pemerintah juga tidak seharusnya berlepas tangan. Berat tanggung
jawabnya sebagai Pemimpin. Pada merekalah diletakkan bahu untuk mengubah
struktur masyarakat Islam itu sendiri. Kepercayaan yang diberi oleh masyarakat
yang masih jahil dalam Islam sepatutnya diambil langkah-langkah untuk meramaikan
pakar-pakar yang boleh mengubah sistem hidup mereka sendiri. Kalau pemimpin
sendiri sudah rosak dengan mengamalkan sistem politik wang, pemilihan jawatan
atas dasar nepotisme iaitu berdasarkan kekeluargaan atau kenalan, pemberian
kontrak atau tender pada sahabat handai.Bagaimana mungkin hendak mengubah
masyarakat? Jadilah masyarakat dengan mentaliti budaya tongkat. Siapa yang
mengajarnya kalau bukan pemimpin itu sendiri? Lepas itu kita hendak menyalahkan
masyarakat dengan menyebut mereka mudah lupa. Tanpa masyarakat bagaimana mungkin
pemimpin dapat hendak naik keatas?
Kalau pemimpin itu sendiri tidak mampu hendak mengubah masyarakat mengikut
kaedah yang rasulullah lakukan kerana mereka yang digajikan tugas tersebut
berkerja kerana gaji sahaja iaitu 8 jam sehari dan bukannya kerana Allah iaitu
24jam bekerja sehari. Kenapa tidak dibuka ruang dan peluang kepada badan-badan
dakwah yang sanggup melakukan secara sukarela dengan hanya cukup rahmat dari
Allah sebagai ganjarannya. Ini tidak, kebanyakkan badan-badan dakwah dinafikan
peranannya malah diharamkan aktivitinya atas alasan mengugat keselamatan negara,
walaupun mereka tidak pernah mengamalkan demontrasi, tidak berhasrat hendak
merevolusikan negara hatta tidak pernah sekali hendak terlibat dalam sistem
pilihanraya.Dimana silap mereka? Kearah mengamalkan ajaran sesat? Tapi dalam
masyarakat mereka tidak timbul isu haruan makan anak, penagihan dadah, keluarga
pincang dan black metal. Malah ramai dikalangan mereka sanggup mengikut sunah
nabi dengan memimpin keempat-empat sekali isteri yang taat dan patuh pada
suami.Pada waktu suami tidak dapat memimpin isteri taat pada nya dan pihak
isteri pula bersifat tidak takut pada suami malah bersifat ‘queen control’ pada
suami
Isu kesesatan adalah sesuatu yang abstrak. Tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Lagi pun ilmu Islam itu luas merangkumi tiga bidang ilmu yang utama.
Iaitu Tasawuf, Fekah dan Usulludin. Kebanyakkan ulama-ulama yang berada
disekeliling pemerintah hanya menimba 2 bidang ilmu sahaja iaitu Fekah dan
Usuludin. Jadi kalau ada ulamak lain yang mengamalkan ajaran tassawuf takkan
kita hendak menuduh mereka sebagai sesat. Atas alasan tidak ada dalam ajaran
Islam. Padahal bukan tidak ada dalam Islam tetapi ilmu tersebut tidak termasuk
dalam pemikiran mereka. Tetapi peliknya ulamak-ulamak dalam kerajaanlah yang
melakukan pecah amanah dalam Tabung Haji dan Baitul Mal.Tidakkah penyelewengan
ini juga dinamakan sesat. Terdapat setengah daripada mereka berkhalwat dengan
anak dan isteri orang. Tetapi pada mereka yang hendak berpoligami dirumitkan
dengan berbagai-bagai halangan dan peraturan.Inilah sebenar ulamak yang
membelakangkan hukum Allah mengikut undang-undang mereka sendiri.Pada mereka
inilah yang sepatutnya kita namakan mengikut ajaran sesat.
Jadi pada ulamak macam inikah yang hendak dinamakan Penasihat pada Pemimpin?
Baik ulamak , baiklah umarak. Rosak ulamak , rosaklah pemimpin. Masyarakat rosak
kerana ulamak(dalam kerajaan) tidak berfungsi,ulamak rosak kerana mengikut
nasihat pemimpin yakni kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin tidak berani
ditegur dan pemimpin rosak kerana cinta pada dunia dan tidak mengenal
Allah.Macam mana hendak mengenal Allah kalau mereka yang ingin memperjuangkan
Islam melalui dakwah dan tarbiah disekat dan kegiatan mereka diharamkan? Yang
peliknya kegiatan bohsia dan bohjan, pergaulan bebas sehingga melahirkan anak
luar nikah tidak pula disekat.
Jadi jalan kearah memperbetulkan pemimpin ialah dengan menasihati mereka kearah
mengenal Allah dan Rasul. Syukur di Malaysia , pemimpin yang bakal menerajui
pemerintah berlatar belakangkan lulusan akademik agama di Universiti Malaya.
Semoga dibawah kepimpinan beliau dapat mengangkat martabat agama Islam. Agar
beliau dapat menegakkan kesemua 5 hukum dalam mendaulatkan kalimah Allah. Cuma
satu sahaja hukum yang beliau belum mampu tegakkan lagik. Corak penampilan atau
pakaian isteri beliau.Takkanlah perkara sekecil begini beliau tidak dapat
mendidik isteri beliau dalam melaksanakan hukum Allah. Iaitu pakaian yang
menutup aurat.Datuk beliau ialah bekas Mufti Pulau Pinang.Takkan bab kecil
begini beliau tidak mampu menegakkan kalimah Allah.
Kalau kita kaji betul-betul kegiatan penyebaran kebangkitan Islam di Malaysia
bermula dari bawah. Iaitu dari peranan individu dahulu, kemudian keluarga dan
seterusnya kepada masyarakat dan negara. Jadi makna dia masyarakat bawahan
dahulu yang memulakan kebangkitan Islam baru naik keatas. Bukti dia lihatlah
corak penampilan pakaian semasa perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Rata-rata
kaum wanita yang berpakaian menutup aurat ialah mereka diperingkat bawahan.
Syukran Jazilan. Nampak juga kebangkitan Islam melalui dakwah dan tarbiah. Nak
diharapkan pemimpin atasan jauh sekali. Hampir kesemua mereka yang memegang
jawatan peringkat menteri dan Ketua Puteri UMNO masih lagi berfikiran terbuka.
Belum lagi menerima dakwah dan tarbiah secara tertutup seperti mana peringkat
bawahan terima. Sebab itu rambut mereka masih lagik terbuka. Kalau ada pun Cuma
menutup sekerat sahaja manakala ruangan yang lain masih lagik terbuka. Macam
peragawati mengayakan rambut mereka pula.
Apa-apa pun Allah perintahkan sesama umat Islam agar saling nasihat menasihati
satu sama lain secara berkasih sayang. Firaun yang menderhakai nikmat Allah pun,
disuruh oleh Allah kepada Nabi Musa dan nabi Harun agar menasihati secara
hikmah. Inikan kita umat Islam pada sesama agama malah sesama bangsa dan
negara.Kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah sekiranya ada, baik ditegur
secara hikmah daripada memaki hamun apatah lagik hendak menukarkan tampuk
pemerintahan. Belum pernah berlaku dalam sejarah , mereka yang menumbangkan
pemerintah selain daripada dakwah dan tarbiah dapat melakukan perkara yang lebih
baik daripada pemerintah sebelumnya. Malah apa yang berlaku ialah lebih teruk
lagi . Lihat lah pada apa yang berlaku dinegara tetangga kita iaitu Indonesia
malah dimana-mana negara jua. Apa yang berlaku pemerintah yang bila mendapat
kuasa, mereka lupa topik asal perjuangan mereka dahulu. Akhir sekali belaku juga
penyelewengan kuasa dan mereka ini digantikan dengan pehak yang lain. Rakyat
juga yang menderita.
Jadi syukur pada kita yang beragama Islam. Kerana dalam ajaran Islam sudah ada
petunjuknya.Kegagalan umat Islam bukan kerana agamanya tetapi ialah kerana
kelemahan pengikutnya.Selagi tidak mengikut kaedah yang diperjuangkan oleh
Rasullulah, selagi itu Allah biarkan umat Islam dalam keadaan lemah.Bagaimana
hendak dimakbulkan doa kita kalau kita sendiri membelakangkan ajaran Islam walau
pun niat kita hendak menegakkan negara Islam. Ertinya dalam kita mencari untuk
mengubati masyarakat, kita memberi sukatan ubat yang tidak tepat. Hasilnya
masyarakat masih lagi dalam keadaan ditimpa wabak dan menderita. Cuma kaedah
INILAH JALAN KITA merupakan ubat yang paling mujarab kearah mengubati penyakit
masyarakat menuju kearah masyarakat yang bersih dan sihat dalam mendapat
keampunan dan keredhoan Illahi.
Barulah dikatakan dunia dapat dan insyaAllah di Akhirat pun Allah bagi syurga
sebagai ganjarannya.
Pak Syeikh Kamunting
E-mail : [email protected]
[email protected]
Dalam proses pembinaan : http://www.iqra.com.my
Tunggu pelancarannya.