Piagam Pelanggan

Kami warga IP Rajang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  1. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap proses pendaftaran yang dilaksanakan;
  2. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti program pengurusan pelajar baru yang dilaksanakan;
  3. memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
  4. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
  5. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti GERKO;
  6. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap praktikum;
  7. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap bimbingan dalam tutorial peribadi;
  8. memastikan sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;
  9. memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
  10. menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
  11. menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus;
  12. memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima;
  13. elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada BPG kecuali bulan Januari;
  14. menyediakan guru permulaan yang:
  • bekemahiran mengajar bidang pengkhususan masing-masing;
  • berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan;
  • mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1