<bgsound src="http://geocities.com/hawari86/tema.rm" loop="infinite"> 
       
         
    ...Unite Each Other Scooterist...

 

   
   

Home | TSC Biography |  TSC Family | TSC Pictures | TSC Activities | Sign Up | Guest Box | Forum | Contact Us | Sales Product

                        

   
   
 

 

  Tak boleh view source

Hosted by www.Geocities.ws



Hosted by www.Geocities.ws

TSC BIOGRAPHY

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengujung laman web twister. Tersebutlah kisah, pada tanggal 17.6.2005 maka dengan tidak rasminya penubuhan kelab skuter yang dinamakan Twister Clan yang diasaskan di negeri Perak. Pada dulunya Twister Clan dikenali sebagai Unite Scooter Clique. Tetapi diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menukar nama kelab kami. Setelah berbincang dengan semua ahli, maka wujudlah satu nama yang agak simple & penuh makna. Twister ini membawa maksud TRIPLE WHITE SCOOTER. Didalam kelab kami, triple itu bermaksud, tiga orang yang mengasaskan kelab ini(warry, part 1 & fathi) & white pula membawa masksud bersih. Seboleh-bolehnya kami mahukan semua ahli kami bersih dari jenayah yang boleh menjatuhkan nama kelab kami. Maka lahirlah TWISTER CLAN. Bermacam-macam masalah & kejadian telah kami hadapi untuk menaikkan nama Twister Clan setaraf dengan team skuter yang lain antaranya pengunduran ahli & kemalangan semasa berkonvoi dan sebagainaya. Kami jadikan itu sebagai satu pengalaman & pengajaran yang amat berguna untuk masa hadapan.

Buat masa sekarang, kami tidaklah mempunyai ahli yang ramai, di Perak sahaja didalam 20 orang. Kami juga mempunyai cawangan kelab skuter Twister di utara & selatan tanah air. Di Penang kami mempunyai ahli sebanyak 13 orang. Di Johor pula kami tidak dapat memastikan lagi berapa ramai ahli, kerana cawangan Johor baru dibuka.Sesiapa sahaja yang berminat dengan skuter & tidak melibatkan diri dengan mana-mana kelab skuter bolehlah menjadi ahli Twister. Kami amat mementingkan displin serta komitmen dari semua ahli. Kami juga mengalu-alukan kemasukkan anda semua tidak kiralah anda skuteris lama mahupun baru. Kita sama-sama majukan dunia skuter Malaysia.

Kelab kami ini tidaklah seaktif kelab-kelab skuter yang ternama yang lain, memandangkan kebanyakkan ahli Twister tediri dari pelajar sekolah & IPT. Dalam tak sedar, kelab ini sudahpun berkonvoi ke Penang, K.L & sekitar kawasan Perak. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri ke comp2 yang di anjurkan di sekitar Perak, Penang & KL walaupun kebanyakkan skuter kami adalah skuter standart. Insyaallah kami akan cuba me` UNITE kan kelab kami dengan kelab-kelab skuter seluruh Malaysia, tidak kiralah kelab skuter itu besar mahupun kecil. Yang penting kita semua UNITE!!! Jika ada salah silap, harap dimaafkan, kami hanya merancang, tuhan yang menetukan. Kami juga mahukan tunjuk ajar dari anda semua skuteris, terutama orang-orang lama didalam dunia skuter. Kebanyakkan kami ini adalah pendatang baru didalam dunia skuter. Unite Each Other Scooterist! Go! Go! Go! Twister Clan!

Hasil nukilan, Warry.

 

   
         
   

All Right Reserved

Twister Clan ( Triple White Scooter Clan )

-Warry-

   
Hosted by www.Geocities.ws

1