psm-logo.gif (16958 bytes)

Teknik Dan Taktik

Ahli Silambam yang menghadapi musuh tidak akan memerhatikangerakan-gerakan tangan mahupun kaki musuh. Sebaliknya ia hanya akan mengamati mata si musuh sahaja. Ini adalah untuk mengetahui lebih awal akan gerakan-gerakan kaki dan tangan yang melibatkan taktik-taktik seperti mengerat dan berpura-pura menikam, membelasah, berundur dengan berpura-pura melempar dan sebagainya.

Seseorang yang telah menjadi mahir dalam seni silambam boleh mengalahkan berpuluh orang dengan menggunakan tongkat. Dia menjatuhkan orang dengan menggunakan teknik-teknik seperti langkah kera, langkah ular, pengamatan singa, lompat katak, sambar helang dan sebagainya.

Selain itu terdapat ahli Silambam yang dapat melompat ke atas dan berdiri di atas pokok dan melompat melewati tombok dengan meggunakan tongkat. Apabila dikatakan tongkat Silambam, bukanlah sebarang kayu boleh digunakan. Buluh keras atau rotan yang tidak terbelah atu terguris dan berlilitan kira-kira 3 cm akan dipilih setelah mengamati luas, berat, kelasakan dan kelenturan. Ia akan direndamkan ke dalam air buat beberapa lama. Seterusnya ia akan dibanting di permukaan air yang mengalir dan tidak mengalir untuk meninggikan kelasakan. Kayu yang telah siap ini akan dikerat setinggi ahli Silambam yang bakal menggunakannya.

Ini adalah kerana seni Silambam bukanlah rekaan belaka. Ia dibentuk berdasarkan taktik dan teknik haiwan-haiwan seperti harimau, ular, beruang, burung, gajah dan sebagainya berkelahi di dalam hutan bagi mengalahkan musuh atau untuk mempertahankan diri. Masyarakat Tamil tradisional mengubahsuai taktik dan teknik haiwan seperti di atas mengikut keperluan dan kebolehan. Mereka melahirkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuklah seni Silambam yang tidak menggunakan senjata dan yang menggunakan senjata.

                                 Rajah -rajah di illustrasikan di bawah.         

        

                                              

                                                                              

                                        

                                                          

home1.gif (7305 bytes)

 

CopyRight�2000[Silambam Association of Malaysia]

Hosted by www.Geocities.ws

1