PROGRAM 5 TAHUN YANG LALU
- Pada tahun 1989 bulan September, Persatuan Silambam
telah mengadakan Pertandingan Silambam di peringkat kebangsaan yang pertama di Kuala
Lumpur. Seramai 500 ahli Silambam dan 5 seni pertahanan lalu mengambil bahagian dalam
kejohanan ini.
- Pada tahun yang sama, Persatuan Silambam malaysia
telah mengeluarkan Buku Panduan Silambam di Kuala Lumpur dan dilancarkan oleh YAB Tan Sri
Muhammad Bin Mohd Taib dan lebih 1000 orang ahli Silambam dan pemerhati serta pelatih
sukan hadir dalam majlis itu.
- Pada tahun 1990, PSM telah menubuhkan 50 cawangan
baru di seluruh negara dan menambahkan ahli-ahli Silambam.
- Pada tahun 1990 bulan Jun, PSM mengadakan latihan
selama 3 hari di port Dickson untuk semua pelajar Silambam dari seluruh negara, 500 orang
ahli Silambam hadir dalam latihan ini.
- Pada tahun 1991 bulan Mac-September, telah
mengadakan pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Lebih 2000 orang ahli Silambam
mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
- Pada tahun 1993 bulan Ogos, telah diadakan
konvensyen Silambam yang ketiga, di mana 500 ahli Silambam, pemerhati dari dalam dan luar
negeri telah hadir. Program ini diadakan secara 3 peringkat.
- Pada tahun 1993 bulan Disembar, Persatuan Silambam
telah berusaha menubuhkan The International Silambam Federation di mana 200 ahli Silambam
dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Sri lanka dan Maldiv telah
hadir ke Kuala Lumpur untuk membindangkan penubuhan The International Silambam Federation.
CopyRight�2000[Persatuan Silambam Malaysia]