psm-logo.gif (16958 bytes)

 

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN SILAMBAM

    1. GELANGGANG SILAMBAM
    2. Gelanggang Silambam adalah berbentuk bulat. Terdapat 2 bulatan yang berdiameter 24 kaki. Kawasan diantara kedua-dua bulatan ini dikenali sebagai kawasan amaran kerana sewaktu berlawan hanya sebelah kaki peserta sahaja boleh melepasi garisan gelanggang. Sekiranya kedua-dua belah kaki peserta melepasi garisan gelanggang, untuk kali pertama dan kedua, 2 markah akan dipotong. Jika kesalahan ini berulang, maka peserta berkenaan akan dikeluarkan dari pertandingan.

    3. PUSINGAN
    4. Terdapat 3 pusingan untuk setiap peserta. Pusingan pertama adalah selama 2 minit di mana peserta dihendaki menunjukkan dan mempersembahkan kemahiran mereka dalam seni ini dengan meliputi semua sukatan pelajaran.

    5. BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG PERLU DIELAKKAN

 

Sasaran larangan

    1. Bahagian Kepala (Kepala, Leher, Muka)
    2. Dari bahagian Pinggang hingga ke Peha (Bahagian Atas)
    3. Dari Hujung Jari Hingga Ke Siku

 

Bahagian-bahagian yang dinyatakan di atas adalah dilarang sama sekali untuk menyentuh atau memukul, walaupun ianya hanya sebagai percubaan.

    1. PERMARKAHAN
    2. 1 Mata – 1 mata akan dipungut oleh peserta sekiranya menyentuh bahagian yang bukan bahagian larangan.

    3. PERATURAN UMUM
    4. Peserta hendaklah sentiasa bergerak dan menggerakkan kayu secara bulatan sehingga ke akhir pertandingan. Jika tidak berbuat demikian, amaran akan diberi dan markah akan ditolak. Adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan sebelah tangan untuk memungut markah. Amaran akan diberi dan markah akan ditolak. Pukulan-pukulan yang kuat dan membahayakan tidak dibenarkan. Ini akan menyebabkan seseorang peserta itu tersingkir dari pertandingan. Sekiranya seorang peserta dapat menjatuhkan kayu lawannya maka peserta itu dianggap pemenang. Jika kayu jatuh tergelincir, peserta berkenaan akan dibenarkan bertanding semula.

    5. PERTANDINGAN_PERTANDINGAN LAIN
    6. Pertandingan Kumpulan/Pasukan

      Terdiri daripada 10 orang peserta dalam setiap pasukan. Hanya 10 minit saja diberikan kepada setiap pasukan untuk mempersembahkan kemahiran mereka dalam seni Silambam. Hanya sebanyak 20 pasukan saja dibenarkan untuk menyertai pertandingan.

    7. BILANGAN ORANG YANG TERLIBAT DALAM PERTANDINGAN

 

    1. 2 Orang Peserta (seorang dengan tali pinggang MERAH dan seorang lagi bertali pinggang HIJAU).
    2. 1 Ketua Pengadil
    3. 2 Orang Penolong Pengadil (Seorang pengadil untuk seorang peserta)
    4. 2 Orang Penghebah Markah
    5. 2 Orang Pencatat Markah.
    6. 1 Orang Penjaga Masa
    7. 1 Orang Pencatat markah di papan markah.

 

home1.gif (7305 bytes)

CopyRight�2000[Persatuan Silambam Malaysia]

Hosted by www.Geocities.ws

1