ORGANISASI DAN BIDANG TUGAS
- Memberi latihan dan kursus kepada pelajar-pelajar Silambam
bagi membolehkan mereka menjadi lebih profesional dalam Seni Silambam.
- Memberi latihan dan kursus kepada guru-guru Silambam untuk
membolehkan mereka mengajar pelajar-pelajar Silambam dengan lebih mantap lagi.
- Memberikan kursus kepimpinan kepada ahli Majlis Tertinggi
Silambam untuk membolehkan ahli-ahli majlis menjadi pemimpin yang berkebolehan dan membawa
cabaran Dasar Sukan Negara.
- Mendapatkan khidmat nasihat dari Kementerian Belia dan Sukan
Negara dalam semua program yang akan dilaksanakan.
- Mendapatkan khidmat dan nasihat dari Majlis Sukan Malaysia
dalam pertandingan-pertandingan yang akan diadakan dan diceburi.
- Mendapatkan khidmat dan nasihat dari Penaung-penaung Persatuan
YAB Tan Sri Muhammad Bin Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, dan Ybhg. Dato S. Subramaiam
dalam pengurusan Persatuan Silambam Malaysia.
- Mengadakan klinik-klinik untuk memodenkan pendekatan Persatuan
dan Seni Silambam.
- Mengadakan perjumpaan-perjumpaan dari peringkat daerah hingga
ke peringkat kebangsaan untuk mencapai vision persatuan wawasan negara.
- Memberi dan menerima khidmat dan nasihat, iaitu memberikan
bantuan teknikal kepada mana-mana persatuan yang menghendaki bantuan kami. Kami juaga
sedia menerima khidmat nasihat dari semua badan-bdan persatuan untuk memantapkan lagi
Persatuan Silambam Malaysia.
Copyright�2000[Persatuan Silambam
Malaysia]