psm-logo.gif (16958 bytes)

Matlamat hingga tahun 2000

Jangka Pendek

  1. menarik lebih ramai lagi belia untuk menyertai Persatuan sebagai ahli. Keahlian akan berkembang sebanyak 50% menjelang tahun 1996 dari jumlah keahlian sekarang yang sebanyak 5000 orang.
  2. menubuhkan cawangan di dalam semua 14 negeri sebelum tahun 1996 dengan menambahkan aktiviti – aktiviti persatuan. Perkembangan ini akan merangkumi peringkat negeri.

Jangka panjang.

  1. mewujudkan perhubungan antarabangsa dan supaya Silambam dapat mencapai perinkat sukan antarabangsa.
  2. Mengeratkan lagi perhubungan di antara pihak persatuan,Kerajaan dan Swasta(Penaja) supaya 70%
  3. Dari kegiatan – kegiatan Persatuan dapat dilaksanakan secara bersama/gabungan.
  4. Memjelang tahun 2000 Persatuan akan menggalakan penubuhan badan – badan Silambam di semua negara Asean.Ini akan membuka peluang untuk Silambam mengadakan pertujukan dalam sukan ASEAN.
  5. Akan menganjurkan pertandingan Silambam di peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

Bidang

  1. Persatuan Silambam dalam bidang tugasnya ingin melahirkan pakar –pakar seni Silambam yang akan
  2. membawa cabaran wawasan kita dan Dasar Sukan Negara.

  3. Menarik minat lebih banyak lagi negara- negara menjadi anggota Persatuan Silambam antarabangsa yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
  4. Persatuan Silambam juga ingin melahirkan ramai lagi pemimpin yang mampu menguruskan Persatuan
  5. Silambam menjelang tahun 2000.

  6. Persatuan Silambam juga berhasrat berkerjasama dengan persatuan Silambam di peringkat Asia dan di dunia.
  7. Persatuan Silambam berhasrat masuk bertanding dalam Sukan Malaysia(SUKMA), Sukan SEA,Sukan ASIA dan di peringkat Olimpik.
  8. Persatuan Silambam juga ingin mendapatkan satu tempat latihan yang luas yang menampung lebih dari 2000 orang.
  9. Persatuan juga akan melaksanakan banyak lagi kegiatan – kegiatan masyarakat demi kepentingan semua.
  10. Memajukan Silambam dari dua segi iaitu dari segi sukan dan dari segi seni.

PRINSIP ORGANISASI

  1. Persatuan Silambam Malaysai adalah satu organisasi Sukan.
  2. Tujuan utamnya ialah memperkembangkan dan memajukan Seni Silambam sebagai satu cara berkesan untuk membina rohani dan jasmani remaja supaya mereka berdisiplin dan berdikari.
  3. Menyumbang untuk negara dalam usaha kerajaan mengatasi masalah budaya lepak dan menubuhkan satu negara maju dan saksama seperti yang digambarkan dalam Wawasan 2020.
  4. Semua cara dan bentuk pergerakan kami akan bersasas kepada professionalisma,amanah , keikhlasan dan taat setia.

Strategi Persatuan Silambam Malaysia

  1. .Memodenkan silambam ini dari masa ke semasa mengikut kehendak pelajar dan peredaran zaman.
  2. Mengadakan seminar – seminar untuk menarik pelajar – pelajar dari segenap masyarakat bagi mempelajari Silambam ini.
  3. Mengamalkan latihan – latihan besar – besaran dari peringkat sekolah rendah, hingga tamat sekolah secara berkesan.
  4. Menubuhkan cawangan – cawangan dari peringkat daerah hingga kebangsaan.
  5. Jawatankuasa teknik akan bermesyuarat tiap –tiap bulan untuk menkaji dan mengatasi masalah dalam perkembangan seni silambam
  6. Persatuan juga akan mengadakan klinik- klinik dan kursus – kursus untuk melahirkan lagi pemimpin –pemimpin yang akan membawa cabaran wawasan negara kita dan dasar sukan negara kita.
  7. Mengadakan pertandingan- pertandingan di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan pada tiap –tiap tahun untuk memilih ahli yang handal di peringkat antarabangsa
  8. Melahirkan pelajar- pelajar yang berkemampuan bertanding di peringkat antarabangsa.
  9. Promosi media massa,surat khabar.

home1.gif (7305 bytes)

 

CopyRight�2000[Persatuan Silambam Malaysia]

Hosted by www.Geocities.ws

1