psm-logo.gif (16958 bytes)

Buku Panduan Dan Sukatan Pelajaran

    Bagi mempertahankan nilai, taraf dan mutu seni Silambam ini dan menyebarkannya secara meluas dan teratur, Persatuan Silambam Malaysia telah menghasilkan buku-buku panduan pada tahun 1981 dan 1989. Sayangnya buku-buku itu tidaklah begitu menyeluruh. Justerunya, jawatankuasa teknik seni, Persatuan Silambam Malaysia telah bertungkus lumus untuk menghasilkan buku Silambam yang paling lengkap dan diterima umum sebagai satu-satunya buku panduan yang unggul dan ulung bagi Seni Silambam di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa, telah berajaya dalam usaha gigih mereka, maka kita berpeluang menghayati buku panduan berkenaan.

    Buku panduan yang dilancarkan ini mempunyai banyak hal yang berkaitan dengan seni Silambam. Antaranya termasuklah latarbelakang dan sejarah seni Silambam, sukatan dan rancangan mengajar dan belajar seni Silambam, latihan-latihan seperti salaa(born), kemahiran tangan tanpa senjata, pertandingan-pertandingan jenis ujian dan pementasan, pementasan pertama, persumpahan, pakaian seragam, kelayakan bagi ahli-ahli jawatankuasa teknik seni, talipinggang yang diiktiraf, anugerah, tauliah dan yuran.

    Jelas banyak perkara baru telah dimasukkan ke dalam seni Silambam ini. Ini menunjukkan buku panduan ini menyesuaikan seni Silambam agar sejajar dengan keperluan semasa dan merupakan satu-satunya buku yang dapat memenuhi keinginan umum.

    Buku panduan yang mempunyai kira-kira 300 halaman, terbentuk lengkap atas usaha gigih Pengerusi Jawatankuasa teknik seni Encik R. Masilamani dan setiausaha P. Rajendran. Mereka mengorbankan masa yang amat banyak untuk menghasilkan buku ini. Buku panduan ini menjadi panduan wajib bagi semua cawangan Persatuan Silambam Malaysia. Namun demikian pihak lain bolehlah menggunakannya sebagai panduan pilihan, walaupun buku ini sepenuhnya ditulis di dalam bahasa Tamil.

Silambam 90-an

Seni Silambam pada masa ini telah menjadi satu acara sukan yang lebih agresif. Beberapa undang-undang baru dan sesuai ditambah dan diubahsuai dengan mengambil kira peserta dan keselamatannya. Ini memberikan kepercayaan lebih kepada pemain. Dengan panduan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan beberapa kerajaan negeri dan dengan Polisi Sukan Kebangsaan dapatlah PSM membangunkan lagi Silambam ke tahap yang lebih tinggi tarafnya dengan seni mempertahankan diri yang lain. Sukan ini juga telah dan sedang diceburi oleh kaum-kaum lain, contohnya di Sabah iaitu kaum Kadazan dan Dusun.

    Silambam juga boleh sebagai aktiviti rekreasi. Ia boleh diterima sebagai sukan prestasi tinggi ataupun sukan Massa(Sports For All). Seperti sukan lain ia telah memainkan peranan dalam mewujudkan perpaduan dan mengeratkan sillaturahim antara kaum, daerah, negeri dan juga negara.

home1.gif (7305 bytes)

CopyRight�2000[Persatuan Silambam Malaysia]

Hosted by www.Geocities.ws

1