Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • SEJENIS kepah �quahogs-hanya terdapat di pesisir pantai lautan Atlantik. Ia di katakan boleh hidup lebih 200 tahun.


  • PROTEIN gandum dapat mengurangkan sakit kepala. Kerana itu mereka yang menjadikan bijirin itu makanan ruji, tidak pernah diserang penyakit itu.


  • KETIKA memulakan khidmatnya pada 1970, Boeing 747 mendapat julukan Queen of the Skies ( ratu langit). Beratnya tanpa penumpang ialah 400 tan (40 % adalah petrol dalam tangkinya.) empat enjinnya membekalkan 250,000 juta watt tenaga bagi membolehkannya meluncur laju. Ia boleh terbang selama 12 jam tanpa berhenti dengan membawa penumpang seramai 524 orang.


  • HIDUNG manusia boleh mengecam lebih seratus bau yang berbeza-beza. Namun demikian deria hidu itu boleh di latih hingga menjadi terlalu sensitif- dapat membezakan lebih seribu bauan. Pengawal mutu di syarikat-syarikat pengeluar minyak wangi adalah antara mereka yang dapat membezakan lebih seribu bau.


  • PAKAR Alam Sekitar Amerika Syarikat, Gina Solomon melaporkan pelajar yang berulang-alikmenaiki bas terdedah kepada gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan tersebut.Gas itu menjadi punca begitu ramai kanak-kanak diserang pelbagai jenis kanser.


  • WANITA China sukar mendapat kanser payu dara kerana mereka menyusukan anak melebihi dua tahun. Ini kerana kitaran hormon reproduktif ada hubung kaitnya dengan pengeluaran sel. Penyusuan badan dapat merangsang hormon dan akan menjadi daripada barah tersebut.


  • BAHAN kimia triclosan, sejenis antiseptik yang digunakan dalam ubat gigi, abat kumur dan sabun mandi mempunyai agen aktif untuk merawat malaria. Ia telah diuji berkesan untuk membunuh kuman yang dibawa oleh nyamuk.


  • KURANG pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan orang tua berusia 60 tahun ke atas mengalami insomnia ( kesukaran untuk tidur).



Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1